Panduan Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan (Cesarean)

Panduan Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan (Cesarean)

Ibu-ibu mempunyai pilihan sama ada hendak melahirkan anak secara normal, ataupun secara pembedahan. Ikutlah kehendak masing-masing, tapi, pada Syu, biarlah bersalin normal sebab ia lebih mudah untuk dijaga dan sakitnya pun hanya sekejap jika dibandingkan dengan bersalin czer nie. Tapi, ada juga orang yang tidak mempunyai pilihan pada masa itu melainkan untuk dibedah. Apa-apa pun kaedah kita bersalin, penjagaan lepas bersalin tetap perlu dilakukan. Sekarang kita share mengenai penjagaan ibu bersalin ikut ‘tingkap’ dulu ye ๐Ÿ˜€

 

6 Panduan Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan

 

bersalin

 

 

1. Pembersihan luka pembedahan

Luka pembedahan tak boleh basah ataupun lembab. Kalau kita selalu berpeluh sekali pun, pastikan kita sentiasa mengeringkannya. Paling bagus, sediakan sehelai tuala kecil untuk mengelap peluh-peluh di bahagian luka pembedahan supaya tidak terkena jangkitan yang boleh buat luka kita bernanah.

 

2. Letak bantal semasa menyusukan bayi

Kadang-kadang, ada sesetengah ibu tak mampu nak memegang bayi mereka semasa menyusu sebab sakit di bahagian tempat kena bedah tu. Kalau bayi menyusu, uterus akan mengecut dengan drastik. Itu akan mengebabkan bahagian luka semakin sakit. Seeloknya letaklah bantal untuk menampung bayi supaya bayi dan ibu selesa.

 

3. Berurut

Berurut nie bukan sebarang urut tau. Takut nanti bertambah sakit pula luka jahitan nanti. Bila dah bersedia untuk berurut, carilah tukang urut yang mahir mengurut orang yang bersalin czer. Tanya dulu orang yang urut tu, jangan main hentam je. Nanti luka jahitan terbuka, kita juga yang susah kan?

 

4. Mandi air suam

Semua ibu bersalin, tak kiralah bersalin normal ataupun pembedahan, kita memang digalakkan untuk mandi air suam untuk mengembalikan tenaga yang hilang dan melegakan urat-urat badan kita yang tengah sakit-sakit tu. Tapi, jangan mandi lewat petang/malam ye sebab sejuk dah tu. Takut nanti demam urat pula. Lagi bahaya!

 

5. Makanan yang berkhasiat

Menu berpantang sangat penting bagi menjaga luka pembedahan agar ceat sembuh. Banyakkan makan sayur dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C untuk mencantumkan kembali tisu-tisu kulit yang dah ditoreh tu.

Yang penting, seboleh-bolehnya berpantanglah dari makan telur, seafood, dan juga sayur-sayuran yang ‘sejuk’ seperti kangkung supaya kita boleh sembuh secara menyeluruh.

 

6. Suplement untuk menyembuhkan luka pembedahan

 

Set-Berpantang-Shaklee-Optimum

 

 

Selain dari makanan yang berkhasiat, kita perlukan juga suplement yang bagus untuk membantu sembuhkan luka pembedahan kita. Sebab tu la Syu memang akan setia dengan SET PANTANG BERTENAGA yang sangat ohsem. Ada Zinc Complex untuk menyembuhkan luka jahitan dan juga ada Vitamin C yang akan membantu mencantumkan tisu-tisu kulit kita.

Di samping itu, set ini juga mempunyai sumber protein terbaik dari ESP, multivitamin dari Vitalea dan juga sumber kalsium dari Ostematrix. Memang cukup dah keperluan nutrisi ibu berpantang dengan mengamalkan set berpantang ini.

 

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. set berpantang shaklee memang superb!cubalah, anda pasti jatuh cinta!
    ayu recently posted…SKIL UNTUK MARAH DAN ANAK JADI LAGI SAYANG DAN HORMAT KITA -MESEJNYA KASIHMy Profile

Leave a Reply to ayu Cancel reply

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.