Nak Anak Tidur Lena Di Waktu Malam? Amalkan Tips-tips Ini!

Nak Anak Tidur Lena Di Waktu Malam? Amalkan Tips-tips Ini!

Tips-tips Membuat Anak Tidur Lena Di Waktu Malam

.

Anak-anak kecil di bawah 5 tahun tidak digalakkan untuk tidur lewat sebenarnya. Risau nanti akan memberi kesan kepada badan mereka dan juga perkembangan otak mereka kerana tidak mendapat rehat yang cukup. Tapi, anak-anak nie biasalah, kalau mak ayah tak tidur, mereka pun akan tahan mata tak nak tidur juga. Terpaksalah mak ayah fikirkan cara untuk buat anak tidur awal dengan lenanya. Boleh sambung kerja lepas anak tidur kan?

Anak-anak Syu pun macam tu juga. Selagi Syu tak tidur, mereka takkan tidur. Semua pun akan cakap “Nak tunggu Ummi naik sekali la”. Basyiirah yang tak pandai cakap tu pun akan cergas aktif main selagi Syu tak bawa semua naik atas masuk bilik. Jadi, Sebab tu la Syu akan pastikan anak-anak Syu mempunyai rutin-rutin wajib sebelum Syu tidurkan. Barulah Ahmad, Syifa’ dan Basyiirah tidur dengan nyenyaknya hingga ke pagi. Ummi pun boleh rehat dan tidur dengan tenang πŸ™‚

.

Rutin-rutin untuk tidur malam dengan lena

.

tips buat anak tidur lena

.

Main hingga penat

Biasanya Syu ambil anak balik dari rumah babysitter dalam jam 5.30 petang dan akan bawa merreka main dulu di taman permainan ataupun bawa anak jalan-jalan pusing-pusing keliling taman perumahan Syu ni. Biar mereka aktif-aktif dulu sebab bila dah aktif nie nanti penat cepat boleh tidur. Lagipun, budak yang aktif bermain nie minda mereka akan aktif berimaginasi juga. Bijak anak kita πŸ™‚

.

Mandi

Lepas puas main di luar, Syu akan mandikan anak-anak semua, tapi seorang demi seorang la. Roboh bilik air kalau semua mandi serentak…hahaha… Selagi boleh mandikan anak kita, mandikanlah mereka. Best sebab anak akan bercerita dan masa ini juga, kita boleh bina bonding yang kuat dengan anak πŸ™‚

.

Makan malam

Lepas solat maghrib, Syu akan suap anak makan. Saja je bagi makan lambat sikit supaya kenyang sampai pagi. Lagipun, lepas makan mesti anak mengantuk. Boleh la tidur cepat πŸ˜€

.

Vitamin

Pagi-pagi memang susah nak bagi makan vitaminΒ set anak pintar sebab Syu keluar pergi kerja awal pagi dan anak masih tidur lagi, tapi sebelum tidur Syu memang akan bagi mereka suplement ini untuk membuat anak Syu lebih sihat dan mempunyai imun sistem yang kuat untuk melawan penyakit πŸ™‚

.

Minum susu

Sebelum tidur mestilah kena ada susu. Kalau tak mereka tak tidur. Zuhayr dan Syifa’ akan minum susu dalam bilik dan botol susu tu diorang mesti nak pegang sampailah terlena baru Syu boleh ambil dan letak tepi ataupun basuh terus.

.

Bila dapat je botol susu, semua dah tahu memang kena masuk bilik. Mulalah “Ummi, kejap lagi la”, “Ummi, tak mengantuk lagi” ataupun “Ummi, Ahmad nak tunggu Abi”. Semua tu Syu tak layan. Lepas dapat susu memang kena masuk bilik. Awal-awal tu memang susah sikit, tapi bila kita tegas, anak-anak mesti faham. Tegas dalam kasih sayang ye, bukan tengking-tengking anak ye πŸ™‚

Syu akan bawa anak-anak masuk bilik dalam jam 9 malam. Tapi, bukanlah terus tidur. Dalam bilik buat aktiviti lain pula, tapi semua aktiviti yang membantu membuat mereka tenang dan juga mengantuk pada masa yang sama.

Bila dah masuk dalam bilik, Ahmad, Syifa’ dan Basyiirah memang Syu tak benarkan aktif-aktif lagi. Takde la nak melompat ke, memanjat ke. Syu akan pastikan Ahmad dan Syifa’ dah baring ataupun duduk di katil masing-masing sambil membuat aktiviti-aktiviti seperti:

.

Baca buku cerita

Syu tak selalu sangat membaca buku cerita masa nak tidur nie sebab bilik dah gelap. Tak nampak nak membaca. Kalau anak minta nak baca buku, Syu buka lampu dulu la dan bacakan buku cerita sampai habis. Lepas tu tutup lampu semula.

Pada masa nie, walaupun bilik terang, Syu masih suruh Ahmad dengan Syifa’ duduk di katil masing-masing. Kalau tak, ummi tak baca buku. Diorang kenalah duduk.

.

Bersembang

Lepas dah tutup lampu semula, barulah Syu mula tanya pasal hari anak-anak. Ahmad biasanya mesti ada cerita nak cakap sebab dia dah pergi sekolah, tapi Syifa’ pun sama je. Semua yang berlaku di rumah babysitter dia akan ceritakan walaupun dia pelat lagi dan kadang-kadang Syu tak faham pun.

Kalau tak faham pun, pastikan kita dengar tau. Respond je apa-apa, paling tidak pun “Ye ke?” dengan nada excited ataupun, “Lagi adik buat apa?”. Nanti anak kita mesti sambung cerita.

.

Berzikir atau membaca ayat Al-Quran

Bila dah selesai semuanya, barulah Syu pasangkan Surah Al-Mulk di handphone (kalau suami takde la, kalau suami ada, dia yang bacakan) dan baca doa tidur. Sambil-sambil nak tunggu anak tidur, Syu zikir je perlahan-lahan buat mereka mengantuk dan akhirnya terlelap.

.

Alhamdulillah, kaedah ini berjaya buat anak Syu tidur awal dan yang penting lena sampai pagi. Cuma hujung minggu je Syu bagi kelonggaran untuk tidur lewat sedikit. Lagipun, masa hujung minggu la nak pergi shopping barang la, nak pergi rumah orang la, nak bawa anak jalan-jalan la. So, masa weekend je boleh tidur lewat.

Anak kecil memang tak boleh tidur lewat sangat nanti bangun esok pagi mesti buat hal dan tantrum sebab tak cukup rehat dan badan masih letih. Sebab tu la, kita kena cuba juga buat anak kita tidur awal. Cuba awalkan sedikit demi sedikit, lama-lama nanti mesti boleh ubah masa anak kita tidur.

Selamat mencuba dan moga ianya bermanfaat πŸ™‚

.

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.