Menu Yang Sesuai Untuk Ibu Yang Menghidapi Diabetis Ketika Hamil

Menu Yang Sesuai Untuk Ibu Yang Menghidapi Diabetis Ketika Hamil

Menu Ibu GDM Yang Sesuai Diamalkan

Dalam entry yang lepas, Syu ada kongsikan mengenai bahayanya GDM kepada ibu yang hamil. Ia akan membawa kepada banyak komplikasi lain jika ibu tidak mengawalnya dari awal. Antara cara yang boleh ibu-ibu lakukan adalah dengan mengawal cara pemakanan dan menu makanan yang ibu ambil hari-hari.

Seperti yang kita tahu, GDM berpunca daripada insulin tidak dapat dihasilkan dengan cukup untuk menampung keperluan ibu dan anak dalam kandungan. Bila insulin tidak cukup, gula dalam darah akan meningkat. Takut kan?

Sebab itulah ibu-ibu GDM perlu makan makanan yang mempunyai Glisemik Indeks (GI) yang rendah. GI yang rendah membolehkan kandungan gula dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam salur darah kita. Ini adalah cara terbaik untuk mengawal gula dalam darah supaya gula tidak terlalu banyak dalam darah kita pada satu masa.

Antara makanan yang mempunyai GI yang rendah ialah:

  • beras perang
  • oatmeal
  • ubi keladi
  • pasta
  • sushi
  • Laddu
  • Sayuran Hijau
  • Kacang Hitam
  • Kacang soya
  • Plain yogurt
  • susu

Ibu-ibu bolehlah pilih makanan-makanan ini untuk dimasukkan ke dalam menu harian. Syu bagi juga cadangan menu yang ibu-ibu boleh buat sendiri.

.

menu-gdm

.

Sarapan pagi:

  • 1 gelas susu rendah lemak
  • 1 cawan susu + 1 cawan oat
  • Sekeping thosai/capati
  • 2 senduk rata nasi/beehoon/pasta

Minum pagi:

  • 3 keping biskut kraker
  • 1 biji kuih (tidak manis ye)
  • Sekeping roti mil penuh

Makan tengah hari

  • 2 senduk rata nasi
  • bayam masak air
  • 1 peha ayam panggang
  • 1 mangkuk sup
  • 1 ekor ikan selar masak asam pedas
  • 1 mangkuk salad

Minum petang

  • 3/4 cawan natural yogurt
  • 1 gelas susu
  • 1 biji kuih tidak manis
  • 1 keping Roti mil penuh

Makan malam

  • 2 senduk rata nasi
  • seketul ikan/ayam
  • sayuran hijau

Supper

  • 1 keping roti mil penuh
  • 3 keping biskut krim kraker
  • segelas susu

.

Moga cadangan menu ini membantu ibu-ibu memilih makanan yang sesuai untuk dimakan. Jangan lupa juga untuk makan vitamin yang disarankan untuk mendapat kesihatan yang baik sepanjang hamil ini ye.

.

Love,

Syu Amir

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.