Menu Ibu Menyusu Apabila Lapar Di Tengah Malam

Menu Ibu Menyusu Apabila Lapar Di Tengah Malam

Snek Sihat Ibu Menyusu Apabila Lapar Di Tengah Malam

.

Ibu yang menyusukan anak selalu lapar tak kira waktu, terutamanya selepas menyusukan anak kerana badan kita perlu menghasilkan susu setiap masa. Setiap apa yang kita makan, sebahagiannya akan digunakan untuk menghasilkan susu. Oleh itu, ibu perlu makan makanan yang sihat sentiasa. Tapi, persoalannya, kalau lapar di malam hari macma mana? Takkan nak cari nasi juga masa nak tidur kan?

Selama tempoh menyusukan anak, Syu akan sentiasa pastikan yang snek makanan sihat sentiasa ada untuk Syu alas perut, just in case Syu lapar masa tengah-tengah malam lepas menyusukan anak. Syu jenis yang tak boleh lapar, nanti susah nak tidur. Jadi, kena makan juga, tapi bukan makanan berat macam nasi tu. Nanti terus tak tidur pula kan?

.

Snek Makanan Sihat Untuk Alas Perut Kalau Lapar Selepas Menyusukan Anak

.
snek sihat untuk ibu menyusu

.

1. Minuman Berserat

Minuman berserat mengandungi fiber yang sangat penting untuk kenyangkan perut, tapi tidak terlalu berat untuk usus kita memprosesnya di malam hari. Tak perlu la risau kalau-kalau boleh buncit ataupun gemuk bila minum air seperti ini.

Syu memang suka minum air panas kalau lapar sebab boleh kurangkan angin perut. Selesa perut bila minum air panas terutamanya bila menyusukan anak nie. Jadi, Syu akan pastikan di rumah sentiasa ada air minuman penuh serat seperti milo ataupun horlicks. Kalau lapar malam-malam boleh terus buat air panas.

.

2. Cereals

Cereals memang akan sentiasa ada sebagai snek nak mengunyah sepanjang masa, bukan setakat malam hari je. Bila lapar tapi tak nak makan makanan berat, cereal memang menjadi pilihan Syu.

Syu ingat lagi bila susukan Zuhayr dulu. Zuhayr suka mengempeng sampai Syu takde masa nak makan. Kejap-kejap nak susu, bila menyusu lama pula tu. Memang tak sempat nak buat apa-apa la. Pada masa tu, memang cereals akan sentiasa ada sebelah. Sambil susukan Zuhayr, sambil makan cereal. Takde la lapar sangat sementara nak tunggu dapat makan nasi.

.

3. Buah-buahan

Syu suka makan buah, tapi malas nak potong. Tapi, bila dah menyusukan anak nie, Syu kena juga la potong buah kalau dah lapar. Kalau malas nak potong, memang ambil je sebiji terus. Antara buah yang sesuai untuk hilangkan lapar adalah pisang dan epal. Cumanya elakkan makan epal hijau dan oren di malam hari sebab asidnya tinggi, risau sakit perut pula nanti.

.

4. Roti Gandum

Syu suka roti gandum sebab cepat kenyang, tak perlu nak makan banyak-banyak dan tak perlu nak makan dengan apa-apa. Makan kosong begitu pun dah sedap. Tak payah nak masak malam-malam semata-mata nak isi perut yang lapar nie.

.

5. Muesli Bar

Muesli bars ini Syu sediakan sebagai sarapan sebanarnya sebab senang nak makan dalam perjalanan pergi kerja. Tapi, kalau malam-malam pun lapar, Syu makan juga muesli bar. Ia mengandungi protien dan fiber yang tinggi untuk membuatkan kita cepat kenyang. Siapa yang nak diet memang sangat sesuai makan muesli bar, memang senang turun berat 🙂

.

6. Kurma

Kurma adalah makanan yang sangat best sebagai pemberi tenaga instant dan mengurangkan lapar dengan cepat. Kalau Syu makan kurma apabila perut tengah berbunyi tu, memang cukuplah. Cukup kenyang sementara Syu sediakan makanan yang lain.

.

7. Air Madu Suam

Madu pun best makan bila lapar, tapi Syu suka buat air madu suam. Lebih selesa di perut yang lapar nie 🙂

.

8. Biskut Wholegrain

Syu kurang sikit makan biskut sebab lambat nak kenyang. Kena makan banyak baru kenyang. Syu akan makan biskut apabila Syu buat air panas. Cicah sekali dengan air panas, hmmm sedap!

.

9. Oat

Syu tak boleh nak telan oat macam tu je. Memang tak kena pada tekak. Tapi, Syu boleh makan oat dengan air milo. Yang nie sedap dan kenyang. Kalau buat air milo panas, Syu akan campurkan sesudu oat untuk lagi kenyang 🙂

.

10. ESP + Mealshakes

ESP + Mealshakes + milo adalah favourite Syu. Yang lain-lain tak de pun tak pe la kalau ESP dan mealshakes nie ada. Bukan setakat hilang lapar, tapi buat Syu yang tak boleh tidur sebab Cik B penuh. Susu memang meriah bila minum ESP. Jadi, Syu akan mengepam ataupun bagi anak menyusu dulu sebelum Syu tidur. Kalau tak, bangun pagi baju memang basah la.

.

Ini adalah antara makanan yang boleh disediakan untuk pastikan ibu semua tak lapar di malam hari. Jangan biarkan perut kita berlapar sebab badan perlu hasilkan susu untuk anak kita. Kalau perut kosong, macam mana nak hasilkan susu berkualiti untuk anak kan? Susu cair je kalau kita tak makan makanan yang berkhasiat, nanti tak kenyang anak kita minum susu. Kesian pada anak. Fikir-fikirkanlah ♥

.

Love,

sekadar hiasan

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. betul tu..setuju sangat!
    waktu malam adalah waktu paling lapar..tapi yang nazak nya bila tak ada apa yang nak dimakan kecuali nasi.. ohh..nasi malam-malam? memang tak la… Akhirnya, minum tamar cocoa + esp..superb. Kenyang ^_^
    AS recently posted…Anugerah: Putera kedua buat AnnurSyuhadahMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.