Masa Yang Ideal Untuk Mengepam Susu

Masa Yang Ideal Untuk Mengepam Susu

Masa Yang Sesuai Untuk Mengepam Susu

Ibu-ibu, sama ada bekerja mahupun tidak, amat disarankan untuk mengepam susu untuk mengekalkan penghasilan susu yang sentiasa mencukupi untuk bayi kita. Bagi ibu yang bekerja, amatlah penting untuk mengepam supaya dapat buat stok EBM untuk keperluan anak di taska/rumah pengasuh.

Tapi, bagi ibu yang sentiasa bersama anak pula, proses mengepam susu bukanlah untuk kita kumpul stok sangat pun sebab anak kita selalunya akan menyusu direct, ianya lebih kepada nak merangsang penghasilan susu supaya susu kita tidak merudum. Stok EBM yang kita pam tu simpan je la, mungkin ada gunanya di kala kecemasan. Ataupun, mana tahu kita ada anak susuan ke, bolehlah bagi pada anak susuan kita tu 🙂

.

Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Mengepam Susu?

bf mom

.

Masa untuk mengepam susu adalah mengikut masa ibu-ibu sendiri, takde masa yang spesifik pun untuk semua ibu mengepam, tapi ada beberapa perkara penting yang perlu ibu-ibu ikut untuk  mengelakkan susu merudum.

1. Pam setiap 3 jam

Bagi ibu yang bekerja, ianya penting untuk mengepam setiap 3 jam semasa anak tidak berada bersama kita.

Contoh, macam Syu yang bekerja di sekolah, Syu akan mengepam pada awal pagi lepas sampai ke sekolah. Masa pagi nie Syu buat kalau sempat la (kalau sampai awal dan tiada kelas pagi). Kalau Syu ada kelas pagi, Syu akan pastikan Cik B kosong sebelum pergi kerja.

Sesi seterusnya adalah pada waktu rehat (10 pagi) dan selepas itu pada jam 1 tengah hari ataupun jam 2 petang lepas habis sesi persekolahan.

Sela masa 3 jam itu penting, tapi, kalau kita tidak boleh mengepam pada masa tu, pamlah secepat mungkin untuk mengelakkan bengkak susu ye.

.

2. Mengepam Di Malam Hari

Penghasilan susu di malam hari (terutamanya di pertengahan malam) adalah lebih tinggi berbanding masa-masa yang lain. Ini kerana hormon prolactin dan oxytocin lebih mudah merembes di masa ini sebab masa ini adalah masa tenang (nak hasilkan susu tak boleh stress-stress tau!). Kalau mengepam masa ini kemungkinan untuk penghasilan susu lebih banyak dari hari siang adalah tinggi (ikut pengalaman Syu).

Jadi, masa malam adalah sangat sesuai untuk ibu-ibu buat power pumping jika ibu mengalami masalah susu merudum. Power pumping amatlah membantu untuk meningkatkan kembali penghasilan susu badan kita.

.

3. Tandem Nursing

Tandem nursing bermakna kita menyusukan bayi kita sebelah sambil mengepam sebelah. Kalau yang ada anak kembar tu, kita menyusukan anak-anak serentak. Teknik ini sangat bagus untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Tambahan pula, ia membantu untuk ibu bekerja untuk menambah stok EBM (bagi yang tidak berkesempatan untuk mengepam di tempat kerja atas masalah-masalah tertentu).

Tandem nursing boleh dilakukan pada bila-bila masa yang kita nak. Tiada paksaan untuk melakukannya kerana pada masa nie anak kita ada bersama untuk direct feeding.

.

Jadual Mengepam Susu

Bagi ibu yang bekerja, jadual mengepam adalah berbeza berbanding ibu yang berada di rumah bersama anak kerana ibu yang berada di rumah tidak perlu mengepam selalu.

jadual masa mengepam

 .

Jadual ini adalah masa Syu mengepam susu. Syu akan cuba sedaya upaya mencari masa untuk mengepam susu mengikut jadual ini. Tapi, kalau pada hari tersebut Syu sibuk sangat, Syu akan mengepam secepat mungkin sebaik sahaja habis kerja yang Syu buat.

Paling penting bagi ibu bekerja, masa hujung minggu pun ibu digalakkan untuk mengepam ye walaupun hanya sekali sahaja. Jangan jadikan alasan yang kita cuti, mengepam pun cuti. Tak boleh tau!

Jangan lupa makan makanan yang berkhasiat supaya susu badan yang terhasil adalah yang terbaik untuk anak ibu ye 🙂

Selamat menjayakan penyusuan anak sehingga mereka berumur 2 tahun. Anda ibu hebat!

.

Love,

Syu Amir

Shaklee ID | 1139539

Whatssap | 019-2198621

COD Shaklee Skudai, JB

Pengeposan ke seluruh Malaysia Melalui Kurier Berdaftar

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Trackbacks

  1. […] dari mengikut masa yang ideal mengepam, semasa bekerja, kita digalakkan untuk mengepam setiap 3 jam. Ibu-ibu perlu mengosongkan Cik B […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.