Makanan Yang Perlu Dielakkan Bagi Yang Kulit Banyak Jerawat

Makanan Yang Perlu Dielakkan Bagi Yang Kulit Banyak Jerawat

Makanan Penyebab Jerawat Batu 

Kebiasaannya, jerawat mula terjadi semasa remaja. Ia selalu dikaitkan dengan fasa remaja menjadi matang dan mula datang haid. Masa datang haid, hormon selalunya kurang stabil dan ia memudahkan jerawat nak keluar. Jadi, semasa datang haid, kita selalunya dinasihatkan untuk mengelakkan makanan-makanan yang boleh menjadikan jeraawat bertambah banyak dan muka kita bertambah teruk.

.

jerawat

Makanan Dan Minuman Yang Menjadikan Jerawat Bertambah Teruk

Untuk orang yang mempunyai kulit yang berminyak, kita memang perlu berjaga-jaga dengan pemakanan kita kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan kulit kita. Jadi, elakkanlah dari memakan makanan-makanan berikut dengan banyak ye.

1. Makanan berminyak Dan Berlemak

Makanan berminyak akan menyebabkan lemak-lemak itu berkumpul di liang-liang dan rongga-rongga. Lama-kelamaan, ia akan membuatkan liang tersebut tersumbat dan menimbulkan jerawat. Lagi teruk, jerawat yang timbul itu jenis yang besar-besar dan kadang kala bernanah.

2. Kekacang

Orang ramai selalu cakap kekacang akan menyebabkan jerawat. Ianya mungkin mitos, mungkin fakta, tapi minyak dalam kekacang itu yang akan menyebabkan jerawat timbul tu. Kalau makan kekacang secara bersederhana, in sya Allah ok je.

4. Makanan Tinggi Gula

Makanan bergula tinggi juga adalah penyebab naik jerawat. Ini kerana gula akan menyebabkan perubahan hormon tertentu hingga menyebabkan jerawat timbul di muka. Jadi, sebolehnya elakkan makanan yang tinggi kandungan gula sebanyak mungkin ye.

.

Tetapi, pemakanan bukanlah satu-satunya penyebab jerawat timbul. Terdapat banyak lagi penyebab lain yang boleh menyebabkannya. Antara faktor-faktor lain yang turut menjadi penyebab jerawat adalah:

a. Stress

Bila kita stress, kita akan makan dengan banyak, terutamanya coklat (bagi sesetengah orang la) dan ini boleh menyebabkan jerawat timbul.

b. Hormon

Hormon dan stress tidak dapat dipisahkan. Apabila kita stress, hormon kita menjadi tidak stabil sehingga menyebabkan jerawat.

c. Liang pori-pori besar

Liang pori yang besar memerangkap lebih banyak kotoran di muka dan akan menyumbatkan liang-liang pori di muka. Bila kotoran banyak, ia akan menyebabkan mudahnya jerawat muncul.

d. Kaffein

Kaffein seperti kopi dan teh boleh menyebabkan jerawat. Kurangkan minum kopi dan teh bagi mengelakkan jerawat lagi teruk.

.

Jerawat sangat mudah untuk naik jika kita tidak menjaga kesihatan kulit kita, terutamanya bagi yang mempunyai kulit berminyak. Kita perlulah lebih berhati-hati dalam menjaga kulit muka agar sentiasa cantik berseri dan kulit kita licin tanpa jerawat.

Marilah mencuba tips-tips ini. Semoga berjaya.

.

Love,

Syu Amir

019-2198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. kalau tak boleh elakkan, kena kurangkan makanan-makanan ni.
    Ros recently posted…Tips Dapatkan ‘Beauty Sleep’ Agar Wajah Nampak Segar Keesokkan HarinyaMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.