Makanan Untuk Banyakkan Susu Ibu

Makanan Untuk Banyakkan Susu Ibu

Menyusukan anak sehingga berumur dua tahun adalah impian semua ibu-ibu. Tapi, ia bukanlah semudah yang disangka. Bukan semua orang dilahirkan dengan mempunyai susu yang banyak, tapi ibu-ibu berusaha keras untuk menghasilkan susu yang banyak untuk kegunaan si anak sehari-hari. Jadi, ibu-ibu amatlah perlu untuk mencari makanan yang boleh membanyakkan susu demi kebaikan anak menyusu.

 

susu ibu

 

Syu pun begitu. Syu bukanlah jenis yang ada susu yang banyak secara semulajadi. Syu memang perlu berusaha lebih untuk mencukupkan stok susu Syifa’. Masa menyusukan Syifa’ dulu, masa tu tahun 2012. Susu Syu memang tak banyak. Syu mula mengepam seawal minggu kedua Syifa’ lahir sebab nak kumpul stok susu untuk hari kerja nanti. Setiap hari Syu mengepam, tapi setakat 2-3 oz sahaja yang Syu dapat untuk setiap sesi. Tapi, Syu bertahan dan terus berusaha. Tak boleh mengalah sebab Syu memang nak menyusukan Syifa’ sampai umur dia 2 tahun. Sebelum mula kerja, ada la stok susu dalam 70 bungkus yang 5 oz tu. Dua bulan mengepam susu, banyak tu je yang dapat.

Bila mula kerja, hari-hari mengepam susu juga. Semasa kerja memang WAJIB mengepam susu setiap 3 jam. Tapi, setiap kali pam tu, sekadar 3-4 oz per sesi sahaja yang Syu dapat. Memang bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi, tapi ibu mana yang tak risau bila stok susu semakin sikit. Cukup ke stok untuk anak minum nie?

Makin hari, stok susu dalam peti ais makin berkurangan. Hari-hari stok keluar dalam 20 oz, tapi hasil mengepam hari-hari dalam 12 – 15 oz je. Hari-hari guna stok simpanan. Macam mana stok nak bertambah kalau susu yang keluar lebih banyak dari stok yang masuk kan? Syu memang risau sangat masa tu. Stok susu dari penuh peti ais makin hari makin susut.

Syu nekad. Syu perlu mencari jalan penyelesaian. Syu kena juga cari jalan untuk tampung susu untuk Syifa’ minum. Jadi, Syu cari di internet dan Syu akhirnya berjumpa dengan SET PENYUSUAN yang dapat meningkatkan penghasilan susu.

 

3M

 

Syu memang gembira sangat. Terus beritahu suami nak cuba makan. Suami mula-mula macam tak bersetuju tapi akhirnya setuju juga. Setelah seminggu mengambil SET PENYUSUAN ini, Syu memang sangat puas hati. Mana tak nya, sekali sesi mengepam dapat terus 10 – 12 oz pada waktu pagi, dan di sekolah pun masih boleh dapat 7 – 8 oz setiap sesi. Hanya Allah saje yang tahu betapa leganya Syu masa tu. Syu amat-amat bersyukur sebab Allah jumpakan Syu dengan makanan tambahan ini.

 

***Situasi Syu sama macam situasi Puan Farah Wahida nie. Nak menyusukan anak tapi stok tak cukup. Stress bila fikirkannya. Tapi, selepas mengambil SET PENYUSUAN Shaklee, masalah kekurangan susu SELESAI!!!

 

Syu mengambil Set Penyusuan Premium. Dalam Set ini terdapat Vitalea, B-Complex, Vitamin C, Ostematrix, ESP, dan juga Alfalfa. Hanya dengan RM 499.75, Syu dapat tingkatkan kembali penghasilan susu. Walaupun nampak harganya agak mahal, tapi tidak sebenarnya. Ianya sangat murah sebab hampir setiap tablet mampu bertahan selama 3-4 bulan. Jimat kan???

Setiap suplement dalam Set Penyusuan nie ada macam-macam fungsi yang membantu proses menyusukan anak Syu.

  • Vitalea adalah multivitamin yang penuh dengan nutrisi dan sangat bagus dalam memberikan badan yang sihat. Syu bukanlah makan makanan seimbang, tapi dengan makan Vitalea ini, Syu dapat beri badan Syu nutrisi yang diperlukan badan. Badan sihat, susu yang terhasil pun akan lebih berkualiti.

 

  • B-Complex pula sangat Syu perlukan. Dengan membesarkan anak yang aktif, Syu selalu stress. Bila stress, sebab tu la susu makin sikit. B-Complex mengandungi vitamin B6 untuk mengurangkan stress. Emosi Syu pun makin stabil lepas makan b-Complex nie. Hanya perlu makan sebiji sehari.

 

  • Sustained Release Vitamin C pula mengembalikan seri wajah untuk Syu. Kulit makin cantik walaupun tak cukup tidur. Ia juga menaikkan imun sistem Syu. Dengan proses pelepasan secara bereringkat, badan Syu menerima Vitamin C setiap masa hanya dengan pengambilan 2 biji sehari (sebiji di waktu pagi, sebiji di waktu petang).

 

  • Ostematrix adalah yang paling Syu suka sebab ia adalah pil kalsium yang mengandungi magnesium untuk mengoptimumkan penyerapan kalsium kita. Syu memerlukan 1000 – 1200 mg kalsium untuk mencukupkan keperluan kalsium Syu dan juga baby. Sebab tu la Syu makan Ostematrix 4 biji sebelum tidur untuk tambah sumber kalsium Syu.  Takde lagi masalah sakit-sakit badan kena bangun malam susukan anak, takde lagi masalah tak cukup kalsium sebab baby ambil kalsium kita. Yang paling best, tulang baby pun makin kuat.

 

  • Syu selalu letih tak bermaya bila bangun pagi. Mungkin sebab penat menyusukan anak. Tapi, ESP sangat membantu untuk memberi tenaga berpanjangan walaupun Syu bekerja. ESP juga sangat membantu Syu dalam menghasilkan lebih banyak susu. Syu akan minum ESP sebagai sarapan dan Alhamdulillah memang sentiasa cergas dalam membuat kerja-kerja di sekolah. Memang best. Kalau tak nak makan masa tu, terutamanya pada waktu malam, Syu memang akan bancuh ESP sebagai alas perut.

 

  • Syu akan makan Alfalfa setiap kali selepas menyusukan anak dan juga selepas mengepam susu apabila di sekolah. Alfalfa memang raja segala tumbuhan, memberi kesan positif dalam penghasilan susu. Dengan makan alfalfa setiap kali lepas menyusukan anak, Syu perasan susu sentiasa banyak untuk anak menyusu di sesi seterusnya.

 

Syukur yang tak terhingga apabila Allah menemukan Syu dengan produk yang sangat sesuai dengan badan Syu untuk membanyakkan susu badan demi keperluan Syifa’ pada masa itu. Yang penting, ianya selamat dan semulajadi.

Kesannya dari pengambilan Set Penyusuan ini, stok susu melambak-lambak sampai penuh deep freezer Syu. Alhamdulillah juga, berkat stok susu yang banyak, Syu mendapat seorang anak susuan yang sangat hensem, Anas Hakimi untuk berkongsi susu Syifa’ yang sangat banyak itu.

Dan sekarang, dengan Basyiirah, Syu memang langsung takde masalah kekurangan susu sebab Syu masih lagi mengamalkan Set Penyusuan Shaklee ini. Stok susu sangat memberangsangkan dan cukup untuk keperluan Basyiirah hari-hari.

Bukan Syu seorang yang dah menggunakan Set Penyusuan Premium ini. Ramai lagi ibu-ibu diluar sana yang dah mencuba dan mereka pun sangat gembira dengan hasilnya. Syu letak juga testimoni mereka di sini supaya ibu-ibu lebih percaya yang Set Penyusuan Premium telah berjaya membantu ramai ibu untuk menambah stok susu untuk anak mereka.

 

testi 3m 2

 

testi 3m 3

 

testi 3m

 

Jadi, ibu-ibu di luar sana, janganlah runsing kalau susu sikit. Set Penyusuan Shaklee ada. Jom cubanya hari ini. Call/Whatssap/Telegram Syu 0192198621. Syu sedia membantu.

Jangan fikir lama-lama. Nanti lagi stress, lagi kuranglah susu tu. Hubungi Syu sekarang untuk penyelesaiannya.

 

Love,

Syu Amir

Shaklee ID 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Bestnyer sampai ada anak susuan.
    Ros recently posted…Sayur atau Buah? Yang Mana Patut Diberi Dahulu Kepada Bayi 6 Bulan.My Profile

Trackbacks

  1. […] anak boleh cepat kurus, lagi Syu selalu susukan baby ataupun mengepam. Syu pastikan badan Syu hasilkan susu yang terbaik untuk anak Syu minum. Cara ini sangat membantu Syu membuang lemak-lemak yang […]

Leave a Reply to UmmuZuhayr Cancel reply

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.