Makanan Semulajadi Yang Boleh Diberi Ketika Anak Sakit

Makanan Semulajadi Yang Boleh Diberi Ketika Anak Sakit

Rawatan Semulajadi Ketika Anak Sakit

Sekarang ini memang musim demam bagi kanak-kanak. Syu pun tak tahu la kenapa. Mungkin disebabkan cuaca yang panas dan mungkin juga kerana kurang minum air anak-anak nie. Bukan itu sahaja, anak-anak ini senang berjangkit demam, batuk, dan selesema apabila berada di sekolah ataupun taska/pengasuh. Kalau sorang demam, nanti mulalah orang lain pun demam sama. Dalam whattsap group ibu bapa sekolah anak, hari-hari akan ada je mesej memberitahu anak mereka tidak hadir kerana sakit.

Jadi, kita sebagai mak kenalah memberikan yang terbaik buat anak tersayang, tak kiralah dari segi makanan berkhasiat mahupun nutrisi tambahan bagi mengelakkan mereka berjagkit dengan sakit-sakit viral nie.

.

Anak-anak Syu selalu selesema. Pantang kawan selesema, anak-anak Syu mesti turun serta. Tapi, dia kena paling lama. Kawan-kawan dah baik pun, Syifa’ dan Basyiirah tak baik-baik lagi. Kadang kala sampai 2-3 minggu selesema. Risau Syu.

Dulu-dulu, setiap kali demam selesema, memang akan bagi ubat. Habis sebotol, tapi tak juga elok. Bila tak baik-baik juga, Syu berhentikan terus makan ubat farmasi. Nampak sangat antibodi anak Syu yang tak kuat. Dengan bantuan antibiotik dan ubat pun tak boleh bunuh kuman dalam paru-parunya.

.

Meningkatkan-sistem-imun-anak

.

Alternatifnya, Syu beri anak makan makanan semulajadi yang boleh mengurangkan sakit dan juga pada masa yang sama menguatkan imun sistem mereka. Tak nak la asyik bergantung pada ubat je kan? Ubat cuma berkesan untuk masa tu je, Syu nakkan badan mereka menghalang virus demam selesema dari masuk dalam badan. Barulah tak mudah berjangkit.

.

Makanan Semulajadi Untuk Menguatkan Imun Sistem Anak (dan orang dewasa juga 🙂 )

Terdapat banyak makanan semulajadi yang sangat bagus dalam meningkatkan sistem imun anak-anak agar badan mereka boleh menghalang dari dijangkiti demam dan selesema (ataupun apa-apa penyakit sekalipun). Bahan-bahan ini senang je nak dapat di kedai-kedai dan pasar.

1. Bawang putih

Bawang putih mempunyai sifat anti-bakteria dan anti-fungus yang sangat bagus untuk membunuh kuman di dalam paru-paru.

Ibu boleh membuat minyak bawang putih ataupun membuat steam and percussion dengan meletakkan bawang putih di dalam air panas.

Selain itu, Syu suka masak sup yang mengandungi banyak bawang putih bila anak-anak Syu sakit.

2. Yogurt

Yogurt paling best makan bila sakit sebab sejuk je tekak di samping ianya mempunyai bakteria yang baik untuk kesihatan. Tapi, eloklah makan yogurt yang asli dan natural ye sebab tiada gula 😀

3. Beri

Apa-apa jenis beri adalah baik untuk sistem imun. Sedap bila makan begitu sahaja, ataupun dicampur dengan yogurt. yummmyyyy!!!

Tapi, Syu paling suka buat smoothie. Senang anak nak minum. Tak perlu paksa-paksa pun. Mesti licin la smoothie tu.

4. Suplemen Tambahan

Walaupun Syu bagi yogurt dan buah-buahan, Syu masih lagi top up dengan suplement tambahan ‘Set Kanak-kanak Sihat’ untuk menguatkan lagi daya tahanan badan anak-anak. Syu bagi mereka:

  • Nutriferon
  • Mealshakes (campurkan bersama susu formula)
  • Omega Guard
  • Vitamin C Chew
  • Vitalea For Kids

Bukan setakat kuat imun sistem, tapi banyak sangat bonus tersembunyi dari suplement tambahan yang Syu bagi nie, seperti:

  • menguatkan daya ingatan anak-anak
  • mengurangkan sembelit 
  • menaikkan selera makan bagi yang picky eater
  • mengurangkan eczema

dan macam-macam lagi bonusnya. Ibu kena cuba dulu bagi suplementnya, baru ibu dapat lihat kesannya dengan mata sendiri.

Anak-anak perlu dijaga, tapi kita tidak boleh nak bersama-sama mereka 24 jam kan. Sebab itulah kita kena berikan makanan tambahan yang baik untuk lindungi badan mereka semasa kita tiada bersama. Jadi, kita tak perlu risau untuk anak kita bergaul dengan kawan-kawan di sekolah yang selalu sakit sebab kita tahu yang badan anak kita cukup kuat untuk lindungi diri sendiri.

Kalau anak ibu selalu sakit dan senang dijangkiti sakit, eloklah bertukar kepada ‘Set Kanak-kanak Sihat’ yang lebih sihat dan semulajadi. Sampai bila nak bagi ubat sintetik yang belum tentu selamat untuk badan anak kita?

Hubungi Syu untuk dapatkan set ini untuk anak-anak tersayang agar kesihatan mereka terjaga!

.

Your Shaklee Health Consultant & Business Leader,

Syu Amir

Shaklee ID | 1139539

Whatssap | 019-2198621

COD Shaklee Skudai, JB

Pengeposan Ke Seluruh Malaysia Melalui Kurier Berdaftar

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Terimakasih, artikelnya sangat bermanfaat.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.