Macam Mana Nak Melatih Anak 5 Tahun Untuk Puasa

Macam Mana Nak Melatih Anak 5 Tahun Untuk Puasa

Anak kecil yang berumur 6 tahun ke bawah masih kecil untuk dipaksa berpuasa. Ada di antara mereka yang masih belum bersedia untuk berlapar dan menahan dahaga. Kita sebagai ibu ayah kenalah pastikan yang anak kita betul-betul bersedia untuk berpuasa sebelum melatih mereka untuk puasa.

Ahmad pun baru berumur 5 tahun sekarang nie. Memang tak wajib pun untuk Ahmad berpuasa, tapi Syu nak memperkenalkan puasa kepada Ahmad dengan lebih awal. Saje nak tengok sama ada Ahmad dah bersedia untuk berpuasa ke belum. Semuanya gara-gara cerita Upin Ipin yang menyebabkan Ahmad nak cuba berpuasa. Takpelah, Syu nak tengok macam mana Ahmad masa puasa nanti.

Sebelum mula melatih anak kecil kita berpuasa, kita kenalah membuat beberapa persediaan dulu. Jangan hari ini beritahu, esok kena puasa terus. Terkejut anak kita nanti.

anak-puasa

A. Sebelum Berpuasa

1. Sebelum sampai bulan Ramadhan, beritahu anak kita “Ahmad, 2 bulan lagi kan nak masuk Ramadhan tau. Ahmad cuba puasa macam Upin Ipin eh?”. Hari-hari beritahu anak kita perkara yang sama. Biar lekat dalam otak mereka yang mereka nanti akan berpuasa, tak boleh makan dan minum.

2. Ceritakanlah kepada anak-anak kita tentang kebaikan dan ganjaran berpuasa. Bestnya puasa, apa yang kita dapat bila kita puasa, dan sebagainya. Buat anak kita rasa teruja nak puasa sebab mereka nakkan benda yang tu juga.

Contohnya, bila puasa nanti dapat masuk syurga, kalau puasa nanti Allah sayang, Rasulullah sayang, dan sebagainya. Cuma pastikan apa yang kita cerita tu mudah untuk mereka faham, jangan complicated sangat tau sebab otak mereka tidak boleh terima lagi perkara-perkara complex macam tu.

3. Tanyalah anak kita apa yang mereka mahukan kalau mereka dapat berpuasa penuh. Bukannya rasuah pun, tapi kita nak anak kita bersemangat nak dapatkan apa yang mereka idamkan.

Bawalah anak kita pergi kedai dan tunjukkan apa yang mereka nakkan. Ambil gambar dan tampal gambar barang tu besar-besar pada dinding rumah. Biar jadi pembakar semangat untuk anak kita puasa penuh. Cakap dengan anak kita, “Inilah yang abang akan dapat kalau abang puasa penuh. Ummi janji akan belikan untuk abang nanti”

B. Semasa Berpuasa

Bila dah tiba masanya, latihlah anak kita puasa dengan sabar dan berhemah ye. Tapi, perlu diingatkan yang anak kita kecil lagi. Kalau mereka terkandas di tengah jalan dan tidak mampu berpuasa, janganlah dimarah anak kita tu tapi cubalah lagi esok hari.

Antara perkara-perkara yang boleh kita buat untuk anak kita yang baru belajar berpuasa adalah:

1. Masak makanan sahur yang mereka suka

Tanya anak kita, “Ahmad nak makan apa masa sahur nanti? Nanti ummi masakkan” Biarlah mereka dapat makan apa yang mereka suka supaya mereka lebih bersemangat untuk meneruskan puasa.

Kalau mereka tak lalu nak makan makanan berat, biarlah mereka makan cereal dan susu asalkan mereka kenyang dan mampu untuk berpuasa.

2. Masa ‘sahur’

Untuk anak yang kecil ini, cukuplah sekadar mereka bersahur sebelum mereka ke sekolah. Biarlah sarapan mereka itu dijadikan sebagai sahur mereka sampailah mereka bersedia nak bangun sahur pada jam 5 pagi. Jangan paksa mereka bangun awal pagi macam kita, nanti risau mereka memberontak untuk puasa.

Mak Syu dulu pun mula latih Syu puasa macam ini juga. Sebelum pergi ke tadika, mak suruh ‘sahur’, lepas tu memang Syu tak makan apa-apa la sehingga waktu berbuka puasa.

3. Mesti puasa

Maksud Syu di sini adalah, latih anak hari-hari mesti puasa dulu. Bila betul-betul dah tak mampu nak puasa, barulah berbuka. Jangan setkan dalam minda kita yang anak kita tak boleh puasa, terus cakap pada anak “abang tak payah la puasa, mama tengok semalam abang letih sangat”. NO NO. Kita tak tahu apa yang anak kita mampu buat sehinggalah kita tengok kebolehan mereka.

4. Makanan berbuka kegemaran mereka

Sekali sekala biarlah mereka berbuka dengan makanan kesukaan mereka. Kalau bawa anak pergi bazar Ramadhan, biar mereka pilih sendiri apa yang mereka mahukan. Biarlah, mereka kan baru 5 tahun. Layankan aje apa yang mereka nak makan, asalkan jangan terlampau banyak hingga membazir ūüôā

5. Tidur di waktu siang

Untuk  mengelakkan anak kita terlalu penat, suruhlah mereka tidur sekejap di waktu petang. Biar mereka dapat tenaga semula untuk meneruskan puasa. Sekurang-kurangnya boleh la juga hilangkan penat di samping kurang fikir pasal makan minum kan?

6. Carta Puasa

Ini akan membuatkan anak kita lebih teruja bila mereka tengok carta mereka berjaya berpuasa. Letaklah bintang atau pelekat-pelekat menarik untuk membakar semangat mereka. Tunjukkan pada anak kita betapa bagusnya mereka kerana mampu berpuasa walaupun baru berusia 5 tahun. Puji mereka selalu, itu akan membuatkan mereka lebih semangat nak teruskan puasa hingga penuh sebulan ūüôā

7. Suplement untuk kekal bertenaga

      chewable vita-c                            meal shakes    performance drink shaklee

Di samping bagi makanan yang cukup masa sahur dan berbuka, pastikan juga anak kita ambil Set Puasa Mengenyangkan untuk kanak-kanak ini. Ini akan membantu anak kita lebih bertenaga dan kekal hydrated supaya tidak terlalu dahaga dan lapar semasa berpuasa. Bukan setakat anak, seisi keluarga pun boleh amalkannya unttuk lebih bertenaga masa puasa nanti.

C. Selepas Habis Berpuasa

Selapas habis sebulan berpuasa, pujilah anak kita kerana berjaya berpuasa walaupun tak penuh. Berilah kata-kata semangat kepada mereka supaya tahun depan boleh cuba berpuasa lagi. Akhir sekali, belikanlah mainan atau barang-barang yang kita telah janjikan itu.

Macam nie la baru best nak latih anak puasa. Kita ikutkan kehendak anak supaya mereka tidak terasa macam dipaksa untuk puasa. Anak gembira, kita pun gembira. Kan bagus macam tu kan? Moga ibu ayah hebat sekalian berjaya untuk melatih anak untuk puasa.

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.