Macam Mana Anak Kita Tahu Yang Kita Sayang Dia?

Macam Mana Anak Kita Tahu Yang Kita Sayang Dia?

5 Love languages 25 Love languages

 Dua buku yang Syu suka baca untuk memahami anak-anak Syu.

Sampai sekarang pun Syu masih baca lagi buku nie…


Semua ibu bapa mesti sayang kan anak kan? Siapa yang tak sayang anak betul tak? Tapi, kadang-kadang anak-anak kita nie tak merasa yang kita nie sayang diorang sangat-sangat. Ini sebab kita tak guna bahasa cinta anak kita. Kalau kita tak gunakan bahasa cinta yang anak kita suka, diorang memang tak rasa yang kita nie sayang diorang.

Apa tu Bahasa Cinta?

 Bahasa cinta nie adalah tingkah laku yang anak kita selalu guna untuk tunjukkan yang dia sayang kita. Ada anak suka pegang-pegang kita, ada yang suka kita siapkan makanan, ada yang suka kita puji. Bahasa cinta setiap anak berbeza-besa. So, kita pun kenalah guna bahasa cinta yang sama supaya anak kita pun merasa yang kita sayang diorang.

Bahasa cinta nie terbahagi kepada 5, iaitu:

1. Words of Affirmation (kata-kata pujian)

Anak yang menggunakan bahasa cinta yang nie suka kalau orang sedar dan komen apa yang dia telah lakukan. Contohnya, anak kita kemas mainan sendiri sampai habis, dan kita cakap “Wah, pandainya adik kemas. Bersih dan cantik dah tempat main adik nie”. Lagi satu contoh, anak kita tolong kita ambil baju adik dia, kita cakap “Terima kasih. Rajin abang tolong ummi”.

Ahmad ngn Syifa’ suka kalau Syu puji diorang. Kalau cakap dengan Syifa’ “Syifa’ rajin kan? Tolong ummi ambil pampers adik Basyiirah boleh?” Cepat je Syifa’ bangun ambil. Kalau Ahmad pulak, “Ahmad abang yang baik kan? Share dengan Syifa’ please?” Selalunya berjaya.

Diorang memang suka kalau kita cakap macam tu. Sekali gus anak kita akan rasa yang kita nie sayang dia sebab kita perasan apa yang dia buat. Lepas nie, kalau tengok anak kita nie suka je kita puji, banyakkan lagi puji diorang tau. Baru la diorang sentiasa rasa kita sayang. Takde la tunjuk tantrum dengan kita.

2. Quality Time (Menghabiskan masa bersama-sama)

Anak yang guna bahasa cinta nie paling senang. Tak payah beli apa-apa, tak payah puji lebih-lebih. Yang penting mak ayah sentiasa ada bersama-sama. Main dengan dia, baca buku dengan dia, apa-apa je la asalkan si anak dapat spend masa dengan mak ayah.

Kadang-kadang mak ayah tak perasan yang anak kita nie perlukan masa kita. Kita nie selalu sibuk dengan tugas. Bukan setakat tugas kat tempat kerja, balik rumah tugas lain pulak. Kemas rumah la, gosok baju la, masak dinner la, menghadap facebook ngn Whatssap jangan cerita la…

Masa untuk anak sangat la kurang sampai anak kita perlu tarik perhatian kita dengan buat perangai macam-macam. Kena marah pun kena marah la, asalkan mak ayah pandang dia buat apa. Tak ke kesian kat anak kita. Sanggup kena marah untuk dapatkan perhatian mak ayah….

Spend la masa dengan anak sehabis baik. Jangan tinggalkan dengan bibik je (kalau ada bibik la) atau jangan biar diorang nie main sendiri. Spend at least setengah jam melayan kerenah anak, bukan lama pun. Lepas tu cakap la dengan anak kita yang kita nak buat kerja lain. Diorang faham…

3. Receiving Gifts (dapat hadiah)

Hadiah nie bukan setakat benda-benda mahal je tau. Hadiah nie boleh je murah, asalkan bermakna. Sekali sekala kita balik bawak ais krim mesti anak kita gembira. Bila anak kita behave, kita belanja dia toys kegemaran dia, mesti anak kita gembira kan? Macam kita la sukakan coklat dan bunga. Kalau dapat bunga dari suami, mesti berbunga hati kan? Sama la dengan anak kita.

Bukan setakat benda boleh pegang tau dikira hadiah, masa kita yang berharga pun dikira hadiah. Macam mana tu? Mcontohnya macam nie, anak kita perlukan kita sebab dia tak sihat, tapi kita perlu pergi outstation untuk settle kan projek. Sebab sayangkan anak kita, kita cancel outstation kita mintak orang lain gantikan supaya kita boleh cuti untuk jaga anak. Anak kita pun happy sebab mak pilih kita dari kerja.

Sebab tu la hadiah nie penting pada anak yang menggunakan bahasa cinta ini. Kita kena peka dengan anak kita. Jangan la kita fikir setiap kali anak kita mintak barang, dia mengada-ngada. Mungkin dia tak rasa kasih sayang kita sebab tu la dia selalu mintak barang-barang untuk beli.

4. Act Of Service (Lakukan sesuatu)

Ada sesetengah anak sangat suka kalau mak ayah buat something untuk diorang. Tak kira la buat sarapan ke, kemaskan mainan ke, buatkan susu ke. Benda-benda yang anak tak boleh buat yang kita akan buatkan dengan rela hati, anak kita mesti fikir “mak sayang saya la, sebab tu mak masakkan sarapan”.

Syu pernah tanye Ahmad, “Ahmad, Ahmad rasa Ummi sayang Ahmad tak?” Dia jawab “Sayang.” “Kenapa?.” “Sebab Ummi selalu dukung Amad.” Dukung pun boleh jadi “Act Of Service” untuk buat Amad rasa yang Syu sayang dia.

So, buatlah sesuatu untuk anak kita supaya mereka rasa yang kita nie sayang diorang. Jangan biarkan mereka sendirian dan jangan la marah kalau anak kita suruh kita buat sesuatu. Mungkin mereka perlu rasa yang kita nie sayang, sebab tu la suruh kita buat sesuatu. Anak kita buka cuba untuk jadi bos, mereka hanya nakkan keyakinan yang kita sayang diorang sama macam kita sayang adik beradik yang lain.

Ahmad selalu suruh Syu pakaikan seluar untuk dia padahal dia tahu pakai sendiri. Mungkin Ahmad rasa yang Syu tak gunakan bahasa cinta dia, so dia tunjukkan kat Syu untuk Syu guna. Ahmad selalu buat Syu fikir yang Syu tak cukup tunjukkan yang Syu sayang dia atau Syu tunjukkan yang Syu sayangkan dia dengan cara yang salah kot.

5. Physical Touch (Sentuhan belaian)

Sentuhan belaian adalah sangat senang nak buat. Anak yang suka guna bahasa cinta yang ini senang nak jaga. Diorang suka sentuhan kasih sayang, macam suka kena peluk, kena cium, pegang tangan, kena geletek. Kalau mak ayah buat macam nie selalu dengan anak, memang diorang akan setiasa rasa disayangi.

Syifa’ memang suka guna bahasa cinta nie. Suka kena cium, kena peluk. Bahagia je dia kalau Syu or suami buat camtu. Kadang-kadang bila tak guna bahasa cinta yang Syifa’ suka, dia memang akan tunjuk tantrum sampai la kita guna bahasa cinta yang dia prefer.


Anak-anak kita yang bawah 5 tahun biasanya belum ada bahasa cinta yang dominant. Mereka masih lagi mencuba untuk mengenal pasti mana yang diorang suka. Jadi, kita la sebagai mak ayah kena guna semua bahasa cinta supaya anak kita nie tahu yang mana yang mereka suka guna.

At least kita pun akan tahu juga apa yang anak kita suka, senang la nak tunjukkan yang kita nie sayangkan anak. Takde la penat kita buat semua benda untuk anak kita sebab nak tunjukkan yang kita sayang dia, tapi kita tak guna bahasa cinta yang diorang suka pun tak guna juga kan?

So, gunakanlah semua bahasa cinta nie untuk tahu mana yang diorang prefer. Syu tinggalkan dengan contoh aktiviti untuk mak ayah semua try dengan anak-anak supaya mereka sentiasa rasa disayangi.

tips 5 love languages

Moga bermanfaat untuk mengenal anak kita dengan lebih mendalam.

Love,

Syu Amir

*Bahasa cinta nie boleh juga guna untuk diri sendiri dan pasangan kita. Boleh la kita tahu bahasa cinta pasangan kita nie. Baru la hidup lebih bahagia….hehehehe….

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. nadiah hanum :

    Good sharing…

    • UmmuZuhayr :

      Thank you…
      sama2 la kita guna bahasa cinta anak kita supaya dia sentiasa rasa dan tahu yang kita nie sayang kt diorang 😀

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.