Kulit Cantik Jelita Dari Dalam Dengan Set Kulit Cantik Menawan

Kulit Cantik Jelita Dari Dalam Dengan Set Kulit Cantik Menawan

Sekarang ini kita makin dekat dah nak puasa kan? Segala keperluan untuk menghadapi puasa dah disediakan? Syu memang dah stand-by dah stok SET PUASA BERTENAGA untuk bagi Syu tenaga dan membantu untuk menahan lapar dan dahaga nanti. Dah masuk tahun ke-3 dah mengamalkan Set Puasa ini dan alhamdulillah memang sentiasa cergas buat kerja walaupun kena berjalan masuk kelas dan bercakap tak berhenti semasa mengajar 🙂

Selain SET PUASA BERTENAGA, kita kenalah sediakan juga makanan-makanan untuk kulit kita cantik berseri supaya bila raya nanti, padanlah dengan baju raya kita yang gojes dan ohsem tu 🙂

Cakap pasal kulit cantik berseri nie, nak ceritalah pengalaman Syu mengubah kulit muka Syu dari penuh jerawat ke flawless skin tanpa sebarang parut jerawat pun dah sekarang nie.

Muka Syu yang bersih licin sekarang ini bukanlah sebegini masa Syu muda remaja (remaja la sangat). Dulu muka Syu sangat teruk dengan jerawat dan parut-parut jerawat. Kalau siapa yang kenal Syu dulu, mesti tak percaya muka Syu mampu untuk bersih licin macam sekarang nie. Tapi, inilah keajaiban yang Syu alami dengan produk semulajadi dan sentiasa berkesan ini.

Syu ada masalah teruk kulit berminyak suatu ketika dahulu. Masa tingkatan 5, muka Syu penuh jerawat (selamat boyfriend [sekarang dah jadi suami la] tak lari). Kulit berminyak memang tak perlu cerita la. Pantang berpeluh sikit, mesti berkilat-kilat muka dengan minyak, macam boleh diperah-perah.

Banyak produk Syu cuba masa tu dek kerana takut tengok muka sendiri. Lepas satu produk ke satu produk Syu cubanya. Tapi, takde hasil yang memberangsangkan. Kulit muka masih berminyak, jerawat makin bermaharajalela di atas mukaku ini.

Lepas habis tingkatan 5, minyak pada muka surut la sedikit. Mungkin kerana duduk rumah je tak keluar kan. Lepas SPM nak pergi  mana je pun. Sebab tu la tak berpeluh. Bila tak berpeluh, takde la minyak-minyak muka nie. Alhamdulillah. Tapi, jerawat masih bersarang lagi nie. Jangan kata jerawat, parut jerawat pun makin banyak. Bertambah malu nak keluar rumah dengan bintik-bintik merah di muka.

Kalau Syu keluar rumah, compact powder memang takkan dilupakan demi menutup bintik-bintik merah jerawat tu. Kuranglah segan sikit kan nak jumpa orang. Tapi, sebab compact powder, muka Syu bertambah teruk sebab reaksi bedak dengan peluh.

Nampak tak jerawat teruk kat dahi tu? Gambar nie masa Syu baru habis sekolah...gemuk pun ye jugak...hahahaha...

Nampak tak jerawat teruk kat muka tu?
Gambar nie masa Syu baru habis sekolah…gemuk pun ye jugak…hahahaha…

Syu takde banyak gambar masa sekolah dulu. Malu nak ambil gambar sebab muka tak cantik. Sampailah Syu kahwin pun, muka takde la flawless sangat. Tapi, better la dari masa sekolah. Mungkin sebab Syu belajar di New Zealand, cuaca di sana sejuk memanjang, jadi takde la peluh. Sebab tu la muka Syu bertambah baik.

Dipendekkan cerita, muka Syu mula licin tanpa jerawat semua nie, baru je lagi. Lebih kurang 3 tahun lepas, masa tu Syifa’ baru nak masuk setahun. Ini semua bermula dari pengambilan Set Susu Meriah. Tujuan asal Syu ambil Set ini bukanlah untuk cantik, tapi untuk banyakkan susu badan. Tapi, bonusnya memang mengagumkan. Muka Syu sedikit demi sedikit bertambah baik, kulit mula licin, parut jerawat mula hilang. Gembira hati masa tu.

10173743_1392842097668066_5871501100956464657_n

Ini gambar raya Syu sekeluarga. Ini adalah hasil hampir 5 bulan pengambilan Set Susu Meriah.

Tapi, masa ini kulit berminyak masih ada lagi. Penat cuba pelbagai produk muka, tapi tak berjaya untuk menghilangkan minyak-minyak di muka Syu. Jadi, Syu mula cari produk Shaklee yang sesuai untuk kulit berminyak nie (dah alang-alang jadi ahli kan, better cari dengan Shaklee, sekurang-kurangnya Shaklee selamat, dan sentiasa berkesan 🙂 )

Masa tu, Syu jumpa 3 produk tambahan dari Shaklee di samping ESP dan Vitamin C yang memang ada di dalam SET SUSU MERIAH tadi dan Syu mula amalkannya.

Syu mula amalkan Vitamin E dan Shaklee Collagen Powder (SCP), di samping Set Pencuci Muka Enfuselle yang dirumus khas untuk kulit berminyak macam Syu.

set kulit cantik 2

  • Vitamin E adalah penting untuk memudarkan parut-parut jerawat sedia ada dan juga melambakan kesan penuaan seperti garis-garis halus. Ia juga buat kulit Syu bertambah anjal dan tegang. tu yang best bila makan Viamin E shaklee nie. Tak rugi Syu cuba.
  • SCP juga memberi kesan anti-ageing yang membuatkan kulit kita sentiasa muda remaja sentiasa. Ini adalah kerana kulit kita akan berkurang kolagennya selari dengan peningkatan usia, tapi bila kita mengamalkan SCP, kolagen sentiasa terhasil untuk kulit kita. Lagi-lagi bila kita mengamalkan juga pengambilan Vitamin C dan juga ESP kerana dua suplement ini akan membantu penghasilan kolagen dan juga mengikat kolagen bersama.
  • Syu akan membersihkan muka 2 kali sehari menggunakan Set Pencuci Muka Enfuselle dan ianya memang membantu dalam menutup pori-pori muka dan juga liang-liang peluh. Ia akan menghasilkan kulit yang licin bersihtanpa minyak. Set ini juga mempunyai toner dan moisturizer yang melembab dan melindungi muka kotoran-kotoran yang membuat muka Syu kembali berminyak.

Setelah amalkan Set Kulit Cantik Menawan nie, memang takde lagi muka berminyak macam diperah-perah tu dan Alhamdulillah sekarang kulit muka Syu memang bersih dari segala jerawat besar-besar merah-merah tu. Parut jerawat pun dah takde. Thank you Allah 🙂

11221379_1594616960823911_6662084783922110845_o

Inilah hasil penggunaan produk Shaklee secara konsisten. Gambar nie Syu ambil 2 minggu lepas semasa sambutan hari guru di sekolah 🙂

Jadi, jangan berputus asa kalau belum berjumpa dengan produk muka yang bersesuaian dengan kulit kita. Syu dulu pun macam dah putus harapan nak bersihkan muka yang penuh jerawat, tapi sekarang tiada masalah lagi.

Samalah macam kakak Nor Farizan. Beliau tak berputus asa untuk mendapatkan produk yang sesuai untuk hilangkan jerawat di muka yang dah bermaharajalela di muka selama 7 tahun. Alhamdulillah 😀

Kalau Syu boleh, kalau kak Farizan boleh, anda semua pun boleh mendapat muka yang cantik berseri di pagi raya nie tau. Yang penting, mulakannya sekarang dan pastikan KONSISTEN! Pasti boleh!

Anda mempunyai masalah kulit muka yang penuh dengan jerawat dan parut-parut jerawat macam Syu nie? Jangan tunggu sampai rosak kulit muka. Hubungi Syu 0192198621 sekarang dan dapatkan kulit yang cantik dan putih bersih tanpa jerawat di muka! Mesti suami terpegun dengan kecantikan kita nanti, asyik nak tenung je. Lagi best, orang lain pun akan cemburu dengan kulit kita yang berseri-seri nie.

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Salam kenal..Membaca cerita Syu, teringat pula pengalaman sendiri yang tersalah pilih produk.Sejak dari tu saya dah serik nak guna produk sembarangan.
    Azura Zainal recently posted…Pengalaman Saya Dengan ShakleeMy Profile

    • UmmuZuhayr :

      salam kenal jg azura…mmg serik sgt la sbb muka jadi hodoh…hehe…takkan tukar dah lps jumpa shaklee nie.. 🙂

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.