Kisar Beras Awal-awal Supaya Dapat Masak Bubur Bayi Dengan Pantas

Kisar Beras Awal-awal Supaya Dapat Masak Bubur Bayi Dengan Pantas

Masak bubur memerlukan masa yang lama untuk tunggu beras lembut. Kalau kita campur ayam atau daging, makin bertambah lama la nak tunggu bubur betul-betul masak kan? Tapi, bila kita dah kisar beras awal-awal dan simpan sebagai stok, rupa-rupanya sekejap je masak bubur anak tersayang.

Kalau nak buat stok beras kisar, kenalah basuh beras dulu sebelum kisar bagi hancur. Macam mana nak kisar kalau beras tu basah? Rosak la beras kalau kita simpan lembab kan? Ada caranya. Jom Syu kongsi.

Cara-cara menyimpan stok beras hancur

1. Basuh beras seperti biasa

Bila nak masak nasi, beras kita cuci sampai bersih kan? Samalah dengan bubur bayi kita. Walaupun ini adalah untuk stok dan belum dimasak, kita masih perlu bersihkan dahulu ye. Lepas dah cuci, toskan.

2. Keringkan

keringkan beras

Proses keringkan beras Syu buat atas dapur je. Letak beras dalam kuali dan ratakan beras tu menjadi lapisan nipis. Senang sikit nak kering. Biar beras atas api sampai kering. Jangan hangus sudahlah.

3. Kisar

Lepas dah kering beras tadi, barulah boleh kisar. Masuk blender dan kisar sampai halus. Boleh simpan dalam bekas bertutup rapat.

beras kisar

*Ibu-ibu boleh buat banyak-banyak dan simpan. Tapi, Syu suka buat sikit-sikit supaya beras sentiasa fresh. Ikut kesesuaian masa ibu-ibu la. Mana-mana cara pun OK.

Selamat mencuba! Lepas nie mesti sempat nak masak bubur untuk anak. Moga dengan air tangan kita, anak-anak kita akan membesar dengan sihat.

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Thanks for d useful Info

Leave a Reply to Shoba Cancel reply

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.