Kisah Driving Jauh Seorang Diri Dengan 3 Anak Kecil

Sejak Syifa’ baby sampai la sekarang dah ada Basyiirah, Syu dah biasa driving jauh seorang diri. Kalau nak balik rumah mak di bangi atau rumah mak mentua di Gombak, Syu akan drive sorang-sorang kalau suami tak dapat balik sekali dek shift kerja yang tak menentu.

Syu biasa travel jauh. Biasanya dari Muar balik Bangi/Gombak. dalam 2 – 2 1/2 jam. Sekarang nie dah tinggal di Johor Bahru sejak bulan 9 2014, dah 2 kali Syu travel balik bangi sendiri. Kena survive sendiri la kalau nak jumpa family. Suami bagi balik pun dah cukup bersyukur.

Penggunaan car seat sangat penting semasa perjalanan. Tiga-tiga anak Syu ada car seat masing-masing, walaupun Ahmad sekarang dah berjinak-jinak pakai seat belt tanpa car seat. Sebab car seat penuh dalam kereta, orang memang tak boleh nak tumpang kereta Syu la. Takde tempat pun nak duduk…hehe…

 

Macam Mana Syu Boleh Drive Jauh Seorang Diri Dengan 3 Anak Kecil?

 

1. Sediakan makanan/minuman secukupnya

Syifa’ memang tak boleh takde makanan. Setiap masa mesti nak makan. Lepas habis satu, bukak satu lagi. Sebab tu la Syu memang akan sediakan makanan secukupnya sepanjang perjalanan.

Ada sekali travel, tak sempat nak beli makanan, memang Syifa’ meragam je sebab bosan takde apa nak buat. Merengek je sampai la tertidur sendiri di car seat.

Ahmad tak kisah sangat pasal food sebab Ahmad memang picky eater sikit. Susah nak suruh makan. Masa travel ada susu dah cukup untuk Ahmad, and of course iPad untuk dia main game dan tengok cartoon.

 

2. Pilih masa yang sesuai

Syu biasanya akan pilih masa bila anak-anak tidur, especially Basyiirah sebab dia masih baby. Syu akan make sure Basyiirah minum susu secukupnya sebelum mula travel supaya dia tidur sepanjang jalan. Masa Syifa’ baby dulu pun macam nie jugak. Pilih time tidur Syifa’.

Biasanya, Syu akan pack barang siap-siap masuk dalam kereta. Lepas tu, tunggu Basyiirah nye time tidur, suskan dia dan start jalan. Masa yang biasa Syu travel adalah awal pagi dalam pukul 7, lepas Zohor (walaupun jarang sebab panas nak drive, mengantuk pun ye jugak) ataupun malam la dalam kul 8. Masa nie memang masa tidur baby.

 

3. Siapkan keperluan awal-awal

Keperluan kat sini Syu maksudkan minyak kereta siap isi penuh, touch N go top up bagi cukup bayar tol, beli makanan dan air sepanjang travel untuk anak-anak. Senang nanti tak payah berhenti nak isi minyak ke apa ke.

 

4. Tidur dulu sementara anak tak nak tidur

Sementara  menunggu Bayiirah nak tidur, Syu tidur dulu. Anak-anak Syu semua Syu minta tolong mak ayah dan adik tengok-tengokkan tapi takde la lama tidurnya. Setakat hilang mengantuk je. Syu akan bangun bila Basyiirah nak susu dan terus gerak lepas tu.

Mak ayah pun memang dah biasa dengan Syu balik mengejut macam tu. Memang dah cakap awal-awal dengan mak ayah yang Syu akan balik bila Basyiirah tidur. Mak ayah pun faham.

 

5. Balik terus

Syu memang jarang sangat berhenti melainkan kalau mengantuk sangat-sangat. Even Zuhayr pun Syu suruh pakai juga pampers sebab takde orang nak teman dia pergi tandas. Takkan nak tinggalkan Basyiirah dengan Syifa’ dalam kereta…bahaya tu…

 

Moga ibu-ibu lain pun beraniberanikanlah diri untuk travel dengan anak kecil sendiri. In sya Allah takde apa. Allah sentiasa ada untuk membantu.

Lepas nie kena fikir macam mana nak bawak anak-anak naik bas pula. Ahmad dah teringin nak naik bas. Dulu sekali dia naik bas ke Kulim tak puas. Asyik cakap “Ahmad nak naik bas jumpe ibu kat Kulim”. Tunggu ye Ahmad. Ummi kumpul kekuatan dulu nak travel jauh nak bas.

 

Love,

Syu Amir

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Tq for the tips akak..

    • UmmuZuhayr :

      Biasa drive dgn budak kecil eh?

      Blh la guna tips2 nie lps nie…moga bermanfaat ye nesa dearie 🙂

  2. nadiah hanum :

    Salam kenal…;) Cik Nad pon selalu kehulu kehilir dgn anak2…husband kerap outstation…tapi long distance tak pernah lagi…hebat la syu..;)

  3. UmmuZuhayr :

    hi Cik Nad…Alhamdulillah diberi kekuatan drive long distance dgn anak…Cik Nad pun boleh nye drive kalau perlu…percaya pada diri!!!

  4. Memang kena berani kan kak nak bwk budak2 jalan jauh. Mog nnt seberani akak. 🙂

    Salam kenal..

Leave a Reply to nadiah hanum Cancel reply

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.