Ketahui Rahsia Hilangkan Jerawat Dari Muka

Ketahui Rahsia Hilangkan Jerawat Dari Muka

Jerawat boleh dikatakan benda paling hodoh yang ada pada muka kita, terutama perempuan. Betul tak? Orang ada jerawat nie biasanya mesti kurang yakin pada diri sendiri dan mesti malu nak jumpa dengan orang lain. Ye la, ada jerawat muka tak cantik, lelaki tak minat kan? Takpe, Syu nak bagi tips hilangkan jerawat yang hodoh kat muka tu…hehe…lepas nie jangankan kata lelaki, perempuan lain pun terbayangkan muka korang yang cantik berseri, putih dan licin tu…

 

Teringin nak dapat muka yang licin tanpa jerawat? Baca sampai habis eh....

Teringin nak dapat muka yang licin tanpa jerawat? Baca sampai habis eh….

 

Apa itu jerawat?

Jerawat nie terjadi apabila liang-liang pori kita tersumbat dan menyebabkan semua kotoran dan kuman terkumpul pada satu tempat. Bila kotoran dah tutup liang pori-pori kita, tu yang jadinya jerawat. Ada jenis jerawat macam jerawat pasir, kecik-kecik tu ok lagi sebab tak nampak sangat kan. Kalau yang jenis ada nanah tu yang sangat la sakit dan menyebabkan kita malu sebab orang sekeliling semua boleh nampak jerawat tu.

 

Faktor-faktor jerawat timbul?

Faktor jerawat timbul nie ada macam-macam. Ikut cara lifestyle kita la. Antara faktor-faktor timbulnya jerawat adalah:

 

1. Hormon

Biasanya remaja akan mengalami masalah hormon nie. Ye la kan, baru nak melangkah ke alam dewasa. Hormon kadang-kadang tak menentu sedikit.

Tapi, remaja yang ada masalah hormon nie tak lama. Bila badan kita dah adapt dengan keadaan baru, hormon pun makin stabil dan jerawat pun makin sedikit.

 

2. Pemakanan

Kalau kita suka makan makanan yang berminyak pun boleh menjadi penyebab kepada masalah jerawat nie. So, kita kena la ambil berat apa yang kita makan supaya jerawatboleh dikawal. Hopefully, tak de la masalah jerawat lagi lepas nie.

 

3. Stress

Bila kerja atau banyak sangat kerja nak kena siapkan, mula la stress. Kalah perdana menteri…hehehe…Bila kita stress, mula la jerawat menampakkan diri. Sebab tu kita kena tenang menghadapi segala ujian kerja dan elakkan diri dari stress nie.

Kalau stress juga, cari la penenang hati, macam pergi spa ke, duduk tepi laut ke, menjerit kuat-kuat ke, ikut la apa yang boleh kita buat untuk tenangkan kembali hati yang stress nie.

 

4. Alat solek/pencuci muka salah

Nie masalah yang biasa dihadapi. Ada segelintir kita yang tak sabar nak dapat kulit cantik tanpa jerawat. Bila kawan suggest pencuci muka nie, dia pakai. Orang suggest krim pencerah dia cuba. Orang bagi tester, dia pun try jugak. Kan susahkan diri sendiri?

Mana la kulit kita tak sakit. Memang la jerawat tumbuh, kalau krim/pencuci muka tu tak sesuai dengan kita kan? Kita kena la sabar dalam merawat kulit kita nie. Jangan fikir cuba sekali dah terus hilang jerawat. Ari try kalau tak jadi terus cuba yang lain. Memang rosak kulit kita nanti.

 


 

Syu masa sekolah sulu, muka mak aiii teruk sangat. Memang penuh dengan jerawat, terutama kat dahi. Memang malu la nak jumpe kawan. Lagi- lagi kena tegur dengan kawan-kawan lelaki. Memang tak tahu nak sorok muka kat mana.

Macam-macam cara yang Syu cuba untuk hilangkan jerawat nie. Cara tradisional ada, cara modern pun ada. Tapi, semuanya tak berjaya. Hilang sekejap je, lepas tu datang balik jerawat tu. Memang stress sangat tengok jerawat masa tu.

 

Petua tradisional untuk hilangkan jerawat

 

1. Air beras

Petua nie Syu dapat dari kawan Syu tapi Syu tak buat la. Syu tengok dia buat. Ada sekali, Syu tengah basuh beras nak masak nasi, dia minta. Pelik, tapi Syu bagi je la. Lepas tu baru tanya kenapa. Sebab nak cuci muka rupanya.

Air basuhan beras yang kedua tu letak dalam bekas lain. Bila nak cuci muka, guna air basuhan beras tu. Syu tak buat, so tak leh nak komen sangat la. Tapi, tengok muka kawan Syu tu, mungkin betul la sebab muka dia memang licin je. Bersih takde jerawat pun.

 

2. Lidah buaya (Aloe Vera)

Syu suka guna Aloe Vera masa dulu-dulu. Masa pakai tu memang rasa tegang je muka. Jerawat pun malu-malu nak keluar. Syu suka pakai aloe vera nie sebab sejuk je rasa muka Syu nie.

 

3. Kulit Kayu Manis

Guna kulit kayu manis nie sakit sikit kalau jerawat tu tengah naik dan besar. Caranya, tumbuk kulit kayu manis dan campur dengan sedikit madu atau air biasa. Jadikan macam masker. Sapu pada muka nipis-nipis je dan biarkan semalaman. Basuh muka esok pagi nya.

 


 

 Cara Modern pula…

Lepas habis sekolah, dah ada duit poket banyak sikit, Syu try la cara modern pula untuk hilangkan jerawat Syu nie. Tapi, satu je produk yang Syu rasa sesuai masa tu. Pakai pun senang, harga pun ok la…

 

dalacin t

 

Dalacin T nie je yang ok dengan muka Syu time tu. 2 tahun jugak la pakai. Lepas tu, kulit dah imun kot dengan Dalacin T nie, dah tak de effect dah kat muka Syu. So, Syu stop pakai.

 


 

Ku jatuh cinta dengan kulit sendiri sekarang

Setelah beberapa tahun mencari produk yang sesuai dengan muka, akhirnya berjaya juga jumpa. Sekarang nie memang tak de dah jerawat kat muka. Parut jerawat pun takde.

Syu percaya produk yang Syu ambil nie adalah produk terbaik untuk kulit muka Syu. Yang penting ia selamat, organik dan tanpa bahan kimia bahaya tu semua. So, memang Syu sentiasa rasa selamat bila pakai.

Untuk dapat kulit Syu sekarang nie, Syu makan Vitamin E, Vitamin C, Collagen, ESP dan yang paling baru Syu guna produk pencuci muka nya sekali. Memang best tengok mka bersih, licin glowing-glowing lagi..hehehehe…

 

Syu makan semua suplement dalam set kulit nie...  Alhamdulillah sekarang masalah jerawat takde lagi... :)

Syu makan semua suplement dalam set kulit nie…
Alhamdulillah sekarang masalah jerawat takde lagi… 🙂

 

Pencuci muka terbaru yang Syu pakai...so far Alhamdulillah, kulit muka lembab dan lembut je....BEST!!!

Pencuci muka terbaru yang Syu pakai…so far Alhamdulillah, kulit muka lembab dan lembut je….BEST!!!

 

Sekarang Syu dah jatuh cinta dengan kulit muka sendiri. Takde dah masalah jerawat. Tak malu dah nak jumpa orang. Yang penting, Syu confident dengan diri sendiri 🙂

 

Live testimoni dari pengguna produk Shaklee juga. Kakak nie menyesal sebab tersalah pilih produk, kulitnya jadi mangsa. Kulitnya penuh jerawat dan kering. Selepas 7 tahun mencari produk yang sesuai, akhirnya beliau berjumpa dengan Shaklee. Sekarang kulit beliau semakin licin tanpa jerawat dah. Enjoy the show!!!

 

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. jerawat memang buat kita malu dan hilang keyakinan diri…..
    NOREHAN SAAD recently posted…DETOX SETIAP HARI PENTING UNTUK TUBUH YANG SIHAT DAN WAJAH YANG BERSERIMy Profile

    • UmmuZuhayr :

      betul betul betul!!!

      sebab tu la perempuan nie pantang kalau ada jerawat…kalau ada jerawat je tak nak keluar rumah…

  2. I thought I’d have to read a book for a diorvsecy like this!

Trackbacks

  1. […] berminyak dan kusam tak bermaya. Bila kulit kering, jadi gatal, tapi bila dah berminyak tu, mulalah jerawat pun naik dengan gembiranya. Stress jadinya bila jerawat mula ada timbul kan? Macam mana nak hilangkan […]

Leave a Reply to UmmuZuhayr Cancel reply

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.