Kepentingan Berpantang Lepas Bersalin Agar Sentiasa Bertenaga Walaupun Sudah Berumur

Kepentingan Berpantang Lepas Bersalin Agar Sentiasa Bertenaga Walaupun Sudah Berumur

Di masa sekarang zaman teknologi ini, ramai ibu-ibu muda dah tak mengambil berat sangat pasal berpantang lepas bersalin. Mungkin dek kerana berpantang itu proses yang rumit dan susah, ataupun memang keluarga tak menitikberatkan mengenai perkara ini. Tapi, kalau nak tahu, bila kita berpantang inilah yang akan membuatkan badan kita cergas di masa tua nanti.

Kebanyakan wanita yang sudah jejak umur 4 angka biasanya akan mengadu sakit-sakit badan, sengal sana sini, dan tak mampu nak bekerja dengan tempoh yang lama sebab cepat penat dan tak bermaya. Kalau disoal selidik, kebanyakannya memang tak berpantang dengan betul selepas bersalin.

ibu berpantang

Perkara yang patut lakukan selepas bersalin

Ada banyak perkara yang ibu-ibu kena lakukan semasa lepas bersalin nie, seperti:

1. pantang makan

Syu masa pantang hanya makan ikan, lada hitam, halia, sayur sawi, dan ikan bilis goreng tanpa minyak. Antara lauk yang mak selalu masak adalah ikan masak asam, sayur masak lada hitam. Bila kita berpantang, memang kena jaga apa yang kita makan. Ini adalah untuk kebaikan kita di masa depan.

Kalau makan makanan yang boleh menyebabkan gatal seperti telur, nanti risau jahitan lambat baik ataupun boleh bernanah. Kalau makan makanan yang sejuk seperti kangkung pulak, nanti risau boleh jadi sengal-sengal badan.

2. Berurut

Berurut adalah sangat penting. Ini adalah untuk kita pulihkan semula urat-urat yang dah putus dan juga mengembalikan ketegangan kulit kita yang dah mengeelebeh lepas bersalin, terutamanya di bahagian perut. Kalau tak urut, ada kemungkinan yang kulit di bahagian perut susah nak kembali ke bentuk asal.

3. Amalan-amalan semasa berpantang

Amalan-amalan ini adalah seperti pakai baju sejuk, kena pakai stokin, tak boleh buat kerja berat-berat, dan sebagainya.

Ini adalah kerana badan kita belum pulih sepenuhnya dan belum cukup kuat untuk melakukan kerja-kerja yang biasa kita lakukan masa sebelum mengandung.

Kenapa kita perlu lakukan semua ini semasa berpantang?

Masa kita muda, memang kita akan rasa rimas kena berpantang. Semua pun tak boleh buat, semua pun tak boleh makan. Tapi, percayalah, kita rasa rimas nie 44 hari je kalau nak dibandingkan sakit sengal badan yang berpanjangan masa dah tua nanti. Nak yang mana? Tepuk dada, tanya badan πŸ™‚

Tapi, apa kebaikan berpantang?

1. Mengembalikan tenaga dalam badan

Lepas kita bersalin, kita akan rasa sakit sana sini dan badan kita lemah je. Mana taknya, meneran untuk keluarkan bayi kita adalah satu proses yang payah dan susah. Sebab tu la bila kita dah bersalin, badan kita memang akan sakit.

Ini fungsinya berurut lepas bersalin. Biasanya kita akan mula berurut lepas seminggu bersalin kalau bersalin normal dan 2 minggu ke sebulan kalau bersalin czer. Lagi cepat lagi bagus. Kita akan rasa badan kita ringan lepas berurut dan ada tenaga nak uruskan rumah serba sedikit dan adalah juga kekuatan nak melayan anak-anak yang lain.

Kalau kita tak berurut semasa berpantang, tambah lagi tak jaga makan masa berpantang nie, nanti badan kita akan mula rasa sakit-sakit masa dah berumur nanti. Orang tua cakap angin badan tak keluar. Sebab tu badan sekarang sakit-sakit dan sengal-sengal.

Pada awalnya, Syu pun tak faham apa maksudnya, tapi sekarang baru faham bila Syu tengok dan dengar sendiri akibat tak berpantang masa lepas bersalin. Memang mereka mengalami sakit-sakit tulang dan sendi, susah nak jalan lama-lama, buat kerja lama-lama pun tak boleh.

2. Sembuh sepenuhnya

Cuba bayangkan masa berpantang, kita makan telur, makan seafood, macam orang yang sihat makan? Apa akan jadi pada badan kita yang masih sakit nie? Kita tak nampak apa yang berlaku di dalam kan? Jadi, eloklah kita berhati-hati dan cuba untuk menjaga badan kita sebaik mungkin. Kita bersalin bukannya sekali je. Ada rezeki mungkin berkali-kali. Risau nanti lama-lama badan kita yang asalnya sihat nie jadi bertambah tak sihat bila setiapkali bersalin kita tak berpantang.

Ada sebab mengapa kita tak boleh makan itu ini masa pantang, ada hikmah kenapa kita perlu berurut selama 3 hari berturut-turut lepas bersalin ini. Mungkin kita tak nampak logiknya sekarang, tapi percayalah ia adalah untuk kebaikan badan kita di masa hadapan.

3. Kuruskan badan

Bila kita berpantang, secara tidak langsung kita akan dapat menguruskan badan. Bila berurut, kita akan pakai minyak panas la, pilis la, param la, ini semuanya adalah herba-herba untuk membuang segala lemak dan angin dalam badan kita. Dalam bab pantang makan pula, kita akan makan makanan yang berkhasiat sahaja, sebab tu la boleh kurus balik lepas berat badan naik mendadak masa hamil πŸ˜€


Syu suka tempoh berpantang sebab dalam masa kita berpantang selama 44 hari inilah masa yang kita ada untuk mengembalikan dan menguatkan tenaga dalaman kita semula agar kita sihat dan cergas bertenaga. Tidak dilupakan juga Set Pantang Bertenaga yang turut membantu proses pemulihan luka dan menjadikan badan kita kembali bertenaga dengan cepat dan boleh buat kerja-kerja rumah.

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Betul syu, kadang kala orang kita ni tak suka nak jaga diri semasa dalam pantang. Tapi nanti bila dah berumur baru terasa kesannya
    Ibu Zarith recently posted…12 Resepi Anak Berusia Setahun Yang Sihat, Mudah Dan MenyelerakanMy Profile

    • UmmuZuhayr :

      itu la…ibu muda kdg2 tak tahu kepentingan berpantang nie…baiklah sengsara 44 hari dari kena sengsara sepanjang hidup masa tua…hihi

  2. tips ni kena simpan. mana tau ada bini nanti, boleh guna tips ni πŸ˜€
    Uncle Zuan recently posted…Buffet Ramadhan di Kelantan Delights Citta MallMy Profile

Leave a Reply to UmmuZuhayr Cancel reply

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.