Di awal trimester, terutamanya 12 minggu pertama kehamilan, ibu-ibu mesti disuruh mengambil suplement asid folik kan? Syu pun dulu macam tu juga. Setiap kali mengandung, mesti kena makan asid folik. Awal-awal tu memang malas la nak makan asid folik, tapi bila difikirkan kemungkinan kesan buruk yang akan dialami baby, Syu makan juga hari-hari. Alhamdulillah, semuanya selamat dari sebarang ketidaksempurnaan.
Asid Folik adalah Vitamin B9 yang berfungsi untuk membina sel-sel baru dalam tubuh kita dan juga membaiki DNA yang rosak. Ianya sangat penting kepada kita yang sedang hamil, dan juga kepada baby dalam kandungan kita 🙂
Kita semua makan asid folik masa hamil, tapi adakah kita tahu apa kepentingan asid folik nie sampai doktor akan pastikan yang kita makan asid folik tersebut terutamanya pada trimester pertama? Ini adalah kerana 12 minggu pertama kehamilan, perkembangan otak dan saraf bayi kita adalah paling cepat pada masa ini. Jadi, segala langkah pencegahan metilah dilakukan serta merta sebelum apa-apa yang tidak diingini berlaku.
.
Kepentingan Asid Folik
1. Kurangkan kebarangkalian mendapat anak yang mempunyai masalah sumbing dan lelangit terbelah dan kecacatan jantung.
2. mengurangkan risiko kelahiran pra-matang.
3. Kurangkan kecacatan saraf tunjang.
4. Kurangkan keguguran ataupun kematian semasa lahir.
5. Mengurangkan anemia.
6. Mengelakkan pembentukan kaki dan tangan yang tak sama.
7. Mengelakkan kecacatan kepada sistem pembuangan air kencing
8. Menambah kepekatan hemoglobin dalam darah.
Banyak perkara boleh dielakkan apabila ibu hamil mengambil asid folik di awal terimester pertama, terutama sekali kecacatan bayi yang dipanggil ‘Neural Tube Defect’ (NTD). NTD yang biasa dialami oleh bayi adalah spina bifida, di mana terdapat bukaan pada tulang belakang yang boleh menyebabkan bayi itu lumpuh dan juga anencephaly, iaitu sebahagian atau keseluruhan daripada otak dan tempurung kepalanya tidak terbentuk.
Jadi, bagi mengelakkan terjadinya NTD kepada bayi, ibu-ibu perlulah mengambil asid folik yang mencukupi sepanjang tempoh awal kehamilan. Tapikan, pil asid folik yang doktor bagi masa hamil hanyalah semata-mata asid folik. Sebab tu la Syu suka mengambil B-Complex with Acid Folic keluaran Shaklee. Ia mempunyai lebih banyak manfaat untuk Syu dan juga baby.
.
Mengapa ibu hamil WAJIB pilih B-Complex Shaklee?
1. Memberi tenaga kepada ibu hamil
2. Mencegah anemia
3. Mengandungi asid folik yang penting kepada pembesaran bayi dalam kandungan
4. Mengurangkan stress
Hanya berharga RM 53.75, ibu-ibu boleh mencegah dari terjadinya NTD seperti spina bifida kepada bayi. Eloklah kita cegah sebelum kena keluarkan duit untuk merawat anak kita nanti. Kesian anak kita nanti kena tanggung semuanya. Jadi, elakkan ianya terjadi dengan B-Complex Shaklee.
Lagi elok, dapatkan terus SET HAMIL CERGAS supaya hari-hari hamil ibu sentiasa bertenaga untuk menguruskan hal-hal keluarga dan juga kerja-kerja di pejabat. Mesti orang lain kagum sebab ibu mengandung tapi masih boleh uruskan rumah tanpa bantuan orang lain. Mesti best kan?
Hubungi Syu 0192198621 untuk dapatkannya hari ini juga! Jangan tunggu lama-lama. Pastikan ibu-ibu amalkan b-complex dan juga set hamil cergas ini sejak awal kehamilan lagi ye 🙂
Love,
Syu Amir
Shaklee ID: 1139539
0192198621
Speak Your Mind