Kenapa Car Seat Penting Untuk Anak Semasa Travel?

Kenapa Car Seat Penting Untuk Anak Semasa Travel?

Kebanyakan ibu ayah di Malaysia masih lagi tidak sedar akan pentingnya penggunaan car seat untuk bayi semasa travel bersama keluarga. Di negara-negara Barat memang ada undang-undang mengenai penggunaan car seat sehingga anak mereka berumur 7 tahun. Syu rasa semua ibu ayah perlu tahu akan pentingnya car seat ini demi anak tersayang.

Anak-anak Syu sekarang dah 3 orang dan Syifa’ dan Basyiirah masih lagi menggunakan car seat. Ahmad pun ada car seat, tapi atas sebab kereta tak muat untuk letak 3 car seat sekali, Syu terpaksa korbankan car seat Ahmad. Ahmad terpaksa duduk sendiri tanpa car seat supaya adik-adiknya yang masih kecil akan dapat perlindungan dari car seat tersebut.

Pada Syu, car seat memang penting terutamanya semasa travel, tak kiralah perjalanan jauh atau dekat. Kita bukannya boleh jangka apa yang akan berlaku semasa dalam perjalanan. Baiklah kita mengambil langkah berhati-hati supaya anak kita sentiasa selamat.

 

Baby-in-carseat

 

 

Antara kepentingan car seat semasa travel adalah:

 

1. Keselamatan baby

Masa ibu ayah tengah driving, eloklah letak anak dalam car seat demi keselamatan mereka. Cuba bayangkan ayah memandu dan ibu pegang baby yang tengah tidur. Ibu pun tidur sekali. Kalau baby kita jatuh macam mana? Kalau tiba-tiba kemalangan macam mana? Tak ke nanti baby kita akan terlepas dari ibu? Sekurang-kurangnya, tali pinggang pada car seat tu dapat menahan baby kita dari terhentak atau tercampak ke mana-mana.

 

2. Memudahkan ibu ayah memandu seorang diri

Bila kita dah biasakan baby kita duduk dalam car seat, senang la kita nak memandu seorang diri. Takde la baby kita melalak meraung macam kena dera semasa kita memandu. Kita juga yang stress memandu nanti.

Syu memang selalu kena travel seorang diri bersama anak-anak sebab suami kerja. Syu memang kena letak mereka dalam car seat. Awal-awal kena letak dalam car seat memang menangis, tapi Syu biarkan je sebab Syu tahu kalau Syu layankan dia menangis masa tu, mungkin sampai sekarang nie mereka tak nak duduk di car seat.

 

3. Mengajar baby kita untuk tidur sendiri

Apabila baby kita dah kenyang dan pampers pun dah disalin, mereka mesi selesa dan tidak mempunyai masalah untuk tidur dengan nyenyak. Dengan letak mereka dalam car seat sebenarnya boleh mengajar anak kita untuk tidur sendiri. Kebiasaannya, memang berkesan sebab gegaran kereta semasa kita memandu membuatkan baby kita lebih mudah untuk tidur.

 

4. Mengajar anak tentang rutin di dalam kereta

Budak-budak memerlukan rutin yang sama supaya mereka tidak keliru. Kejap buat boleh, kejap buat tak boleh, mana satu yang betul nie? Jadi, kita kena buat satu rutin dalam kereta juga, iaitu masuk kereta mesti duduk di car seat masing-masing. Dari yang baby sampailah yang dah besar pun. Kalau baby kita nak menyusu je baru kita angkat sebentar dan susukan. Lepas tu, letak semula di car seat. Baby kita selesa, kita pun selesa semasa perjalanan.

 

Pentingkan car seat untuk perjalanan kita? Demi keselamatan anak-anak kita, Syu harap sangat-sangat ibu ayah sekalian invest lah dalam memebeli car seat untuk anak-anak kita. Tak perlu tukar setiap tahun pun kalau kita beli yang betul-betul elok dan selamat.

 

Macam mana nak pilih car seat yang selamat?

Kita pilih car seat bukan macam kita pilih baju. Suka pakai, tak suka buang. Car seat nie bukannya murah tau. Sebab tu la kena pilih betul-betul supaya tidak membazir duit yang kita ada.

Syu pilih car seat bukanlah berdasarkan harga dan brand, Syu pilih lebih kepada yang menepati ciri-ciri keselamatan untuk anak-anak Syu. Padding kena cukup tebal untuk hadapi hentakan, tali pinggang kena cukup kuat untuk menahan anak dari jatuh atau tercampak, etc.

Mungkin pada orang Syu pilih car seat yang mahal, sebab Syu pilih car seat Maxi Cosi dan juga Halford, tapi Syu meletakkan keselamatan anak Syu pada car seat ini. Itu yang menyebabkan Syu pilih apa yang Syu pilih.

Selain itu, Syu juga pertimbangkan keselesaan anak Syu masa duduk di car seat. Padding kenalah tebal supaya dapat menyokong tulang belakang mereka. Syu nak jalan jauh, dari Johor sampai KL lebih kurang 4 jam. Jadi, anak kenalah selesa supaya tak meragam dalam kereta nanti.

Last sekali, Syu akan fikir nak car seat yang macam mana. Nak beli yang baby car seat sahaja ke (0 – 1 thn) lepas tu tukar ke infant/toddler car seat ke (1-4 thn), ataupun beli terus yang sesuai dari baby hingga toddler (0 – 4 thn). Syu cadangkan belilah baby car seat dulu lepas tu baru tukar, kecuali ibu ayah ada budget lebih untuk terus membeli car seat yang boleh pakai dari baby sampailah besar nanti.

Yang penting, bila kita pilih car seat anak, ikutlah kemampuan kita. Jangan sebab orang lain pakai yang mahal kita pun nak beli yang mahal juga. Bersyukurlah dengan apa yang ada.

Macam mana nak jadi hamba yang bersyukur? Menariknya video ini, beliau beri tips2 untuk bersyukur. Selamat menonton!!!

 

 

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.