Kenalilah Si Anak Sulung Agar Kita Lebih Memahami Kemahuan Mereka

Kenalilah Si Anak Sulung Agar Kita Lebih Memahami Kemahuan Mereka

Anak sulung selalu dilabel anak manja dan anak mak. Selagi takde adik, anak sulung kita nie la yang kita tatang bagai minyak yang penuh. Ye la kan, masa tu tiada adik-adik lagi untuk berkongsi kasih mak ayah. Tapi, masa dah ada anak-anak yang lain, mak ayah kena bahagi-bahagikan masa untuk semua anak yang lain, tak macam masa anak seorang dulu, memang kita fokus pada dia seorang kan?

Kalau ibu ayah perasan, bila kita ada anak kedua dan seterusnya, anak sulung kita akan makin macam-macam perangai dan kerenahnya kan? Lagi-lagi kalau jarak umur dengan adiknya itu dekat. Mula la masa tu nak tantrum lebih-lebih bila tak dapat sesuatu, mulalah manja terlebih kalah si adik, mulalah masa tu nak semua kita buatkan padahal pandai je buat sendiri.

Macam tu la juga dengan Ahmad Zuhayr. Bila mula ada Syifa’, Ahmad memang bertambah manja, terutamanya apabila Syifa’ dah besar sikit dan pandai main dengan orang. Masa tu mula la Ahmad tolak adik, menangis kalau tak dapat barang, dan macam-macam lagi. Ahmad rasa tergugat sebab dulu semua orang beri perhatian pada dia, sekarang nie bila dah ada adik, orang lain lebihkan adik dia. Memang terasa la.

Ini mungkin berbeza kalau kita dapat anak sulung dan ke-2 yang sama jantina,  boleh main lasak-lasak dan ganas-ganas. Tapi dalam kes Ahmad nie, adik dia perempuan. Tu yang buat perilakunya berbeza. Walau apapun, ibu ayah yang perlu memainkan peranan untuk menstabilkan emosi anak sulung supaya mereka nie tidak menjadi rebelious bila dah besar nanti.

.

Perangai Yang Biasa Ada Pada Anak Sulung

.

kenali anak sulung

.

Karakter-karakter ini bukanlah wajib ada pada anak sulung, tapi kebanyakannya ada la sikit-sikt. Dan karakter ini biasanya akan berubah ikut kematangan umur anak kita tu. Jadi, kalau anak kita ada perangai-perangai nie, janganlah risau sangat dan janganlah cepat melenting nak marah je. Amalkan tips-tips mama papa cool supaya anak mendengar kata supaya anak kita faham apa yang betul dan apa yang salah. Barulah perangai ‘negatif’ itu dapat diubah.

Antara perangai dan kelakuan yang biasa ada pada anak sulung kita adalah:

.

#1 Attention Seeker

Bila dah ada adik, anak sulung memang akan suka buat perangai, semata-mata untuk mendapatkan perhatian ibu ayah. Si abang/kakak rasa mak ayah dah tak kisahkan mereka bila dah ada adik baru nie. Jadi, untuk mendapatkan perhatian mak ayah, mereka akan buat apa sahaja, seperti menjerit, pukul adik, hempas barang dan sebagainya supaya mak ayah pandang dan bercakap dengan mereka. Tak kisahlah dengan nada marah sekali pun, sekurang-kurangnya mak ayah bercakap dan sedar yang anak sulung mereka nie wujud.

Penyelesaian yang paling mudah adalah adakan masa untuk bersama anak sulung sahaja. Main dengan mereka, buat kerja sekolah dengan mereka, keluar berdua je dengan anak sulung kita tu. selain itu, tanya pendapat anak sulung kita dan biar anak sulung buat keputusan sekali sekala. Dengan cara ini, anak kita akan rasa yang mereka nie pun penting juga dalam hidup kita.

.

#2 Ketua

Anak sulung juga adalah ketua dalam rumah sampai mak ayah pun terpaksa mendengar kata si anak. Kalau orang tak dengar cakap mereka, mereka akan marah dan kadang-kadang pandai manipulasi keadaan dan akhirnya orang akan ikut juga cakap mereka. Bijak anak sulung sebenarnya!

Sebagai mak ayah, kita kena latih anak sulung kita ini menjadi ketua yang bertanggungjawab. Latih mereka dari kecil lagi supaya nanti dah besar anak kita akan jadi seperti mana yang kita latih. Latih anak kita supaya sayangkan adik-adik, nanti dah besar mereka akan pandai menjaga dan melindungi adik-adiknya.

.

#3 ‘Degil’

Orang selalu cakap anak sulung nie degil sebab nak ikut cakap mereka je. Tak pernak nak dengar cakap orang lain tapi orang lain semua kena dengar cakap dia. Memang itu adalah salah satu sifat anak sulung. Tapi, ini tak bermakna dia degil. Anak kita sedang belajar proses perundingan (negotiation) untuk menjadi seorang ketua yang baik.

Sebab tu la jangan marah anak kalau diorang tak nak dengar cakap dan tak buat apa yang kita suruh. Tapi, cakaplah elok-elok dengan penuh kasih sayang  dan rundinglah baik-baik. Biar kita menang, anak pun menang sekali.

Contohnya, Syu nak Zuhayr buat homework, tapi Zuhayr nak main iPad. Bila suruh buat homework, Zuhayr lawan sebab tak nak buat. Syu ambil dulu iPad tu dan cakap, “Zuhayr boleh main iPad lepas Zuhayr siapkan homework!” Jadi, Zuhayr akan buat kerja sekolah sebab dia nak main iPad. Dua-dua menang kan? Tak payah nak jerit-jerit, buat penat je.

.

#4 Hati lembut

Luaran, orang akan nampak anak sulung kita nie keras dan kuat. Semua orang dia boleh lawan, tapi sebenarnya, anak sulung nie la yang berhati lembut. Dalam keras tu dialah yang paling sayang adik-adik, dalam ‘degil’ dia tu, dialah yang mempertahankan adik-adiknya, dan dalam kasar dia tu, dialah yang paling banyak ucap maaf.

Bila kita cakap dengan kasar, anak sulung akan lawan balik. Macam Zuhayr nie la. Kalau Syu tinggi suara, dia lawan, tapi kalau Syu cakap elok-elok sambil belai-belai manja, Zuhayr akan dengar cakap Syu dan mula buat apa yang Syu suruh.

.

Anak sulung adalah permata pertama ibu ayah di dunia ini. Janganlah disisihkan anak kita sebab kita fikir mereka nie dah besar dan boleh buat kerja sendiri, adik-adik lagi memerlukan kita sebab mereka kecil lagi. Ketahuilah, sebesar mana pun anak sulung kita, mereka masih lagi nak bermanja dengan kita. Jadi, kenalilah bahasa cinta anak kita supaya kita tahu macam mana nak layan mereka seperti mana yang anak kita nak. Penting tau untuk anak kita sentiasa rasa yang kita nie sayang mereka walaupun dah ada adik-adik lain.

.

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. oh ya betul lah anak pertama lembut hati. Dia lah yang paling sayang adik dia. Dia lah yang ajak adik dia main bersama. Rindu pula kat anak-anak.
    ros recently posted…Persediaan Berpantang Terutamanya Berpantang Anak PertamaMy Profile

    • syuhada amir :

      kan….tapi bila kena marah dialah yang paling agresif….

      anak sulung nie cepat marah, cepat cool down la…

  2. Attention seeker tu..macam betul jek, haha..Zuyyin oh Zuyyin
    Ibu Zarith recently posted…8 Cara Menggalakkan Anak Yang Kurang Berat Untuk MakanMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.