Jadual Ibu Bekerjaya Yang Mempunyai Bisnes Agar Keduanya Tidak Terabai

Rutin Setiap Minggu Yang Perlu Diselesaikan Bagi Ibu Bisnes Yang Bekerjaya

Ramai ibu-ibu yang berbisnes sebenarnya masih lagi mempunyai kerja hakiki, iaitu makan gaji dari majikan. Tapi, disebabkan oleh kos sara hidup yang tinggi, ibu-ibu mengambil keputusan untuk menambah pendapatan mereka. Tapi, lama-lama dalam dunia bisnes nie jadi best pula…hehe… (Jangan lupa tanggungjawab pada tugas hakiki ye.) Jadi, macam mana nak buat untuk seimbangkan kerja hakiki dengan bisnes? Takkan nak biarkan bisnes terabai sebab sibuk dengan kerja? Tak boleh juga pentingkan bisnes sampai kerja hakiki tak siap-siap.

.

Syu juga seorang yang bekerja, tapi pada masa yang sama, mempunyai bisnes sampingan. Dengan mempunyai dua pekerjaan yang sama penting pada Syu, Syu perlukan jadual yang teratur untuk memastikan bisnes Syu tidak terabai. Urusan-urusan bisnes perlu siap pada masa yang ditetapkan supaya kedai Syu (kedai online je la) masih dapat dibuka walaupun masa Syu berada di sekolah.

.

Syu bahagikan jadual kepada beberapa bahagian, seperti:

  1. Jadual harian
  2. Jadual hari minggu

.

Jadual harian Syu agak padat sikit sebab sibuk dengan pelajar nak exam dah hujung-hujung tahun ini. Jadi, Syu tak dapat nak fokus banyak sangat pada bisnes sepanjang hari. Sebab itulah banyak perkara Syu dah selesaikan pada hari minggu. Jadi, pada setiap hari, Syu cuma perlu pastikan yang Syu buat perkara-perkara mudah dan tak perlukan masa yang panjang. Antaranya:

1. Follow-up

  • Syu akan follow up customer hari-hari. Pada yang baru pertama kali membeli, Syu akan follow-up 2-3 hari sekaliĀ untuk mengetahui sebarang masalah, terutamanya dalam proses healing crisis nie. Apabila dah ok, barulah Syu jarakkan masa tu.
  • Bagi customer yang dah pernah repeat order dengan Syu, Syu akan buat jadual bila nak follow-up siapa, tapi, dalam seminggu akan ada sekali Syu pm.
  • Bagi prospek pula (orang yang pernah bertanya, tapi tak pernah membeli) Syu akan kongsi testimoni ataupun beri informasi-informasi berguna mengenai produk yang Syu jual ini.
  • Syu limitkan follow-up customer setengah jam je setiap group (tak ramai pun dalam group tu). Mungkin dapatkah dalam 3-4 orang kita follow up dalam satu-satu masa.

2. Blogwalking/fb-walking

  • Untuk kita naikkan nama blog kita di google, kita perlulah rajin melawat blog orang lain juga. Bukan melawat kosong tau, kita baca dan tinggalkan komen pada entry yang kita baca tu.
  • Untuk facebook-walking pun macam tu juga. Kita ‘like’ dan ‘komen’ la pada status orang lain, supaya status kita akan muncul di newsfeed orang lain juga. Kalau status kita tak naik di wall orang lain, macam mana orang nak tahu yang kita niee buat bisnes kan? Inilah cara yang bagus untuk bina hubungan dengan prospek tau.

3. Study produk

  • Syu akan belajar mengenai produk setiap hari. Tapi, tak lama pun. Asalkan setiap hari ilmu bertambah kita ok la tu.
  • Dalam seminggu, Syu akan fokus kepada 2-3 produk je. Kalau produk tu mempunyai terlalu banyak cabang ilmunya, Syu ambil masa lama la sikit untuk habiskan.

4. Schedule post iklan

  • Sebelum tidur, pastikan kita dah siapkan iklan-iklan yang kita nak post di status. Gunalah application mana-mana yang sesuai untuk schedule kan post kita sepanjang hari. Kalau rajin boleh buat 2-3 hari juga. Jadi, tak perlulah asyik kita pegang telefon untuk tulis status kan? Kedai akan sentiasa terbuka untuk orang walaupun kita sibuk di tempat kerja.

.

Selain dari jadual harian, Syu ada juga jadual mingguan. Setiap minggu, Syu akan cuba untuk siapkan tugasan supaya ‘kedai’ dibuka sentiasa.

  • Syu akan update blog untuk seminggu terus. Syu akan pastikan Syu tulis sekurang-kurangnya 7 entry untuk minggu itu. Syu akan schedule kan satu entry setiap hari supaya blog akan sentiasa berupdate. Barulah google suka sebab ‘kedai’ kita nie rajin buka. hehe…
  • Oleh kerana menulis entry memakan masa yang panjang, Syu akan fokus pada menulis entry sahaja, sambil-sambil follow up customer sikit-sikit (kalau perlu).

.

Inilah jadual yang Syu buat setiap minggu supaya kedai masih dapat dibuka setiap hari walaupun Syu sangat sibuk dengan kerja hakiki.

Kalau ibu-ibu pun mempunyai kerja hakiki tapi nak buat bisnes juga, ibu-ibu boleh juga menggunakan jadual macam Syu ini. Adjust la mana yang perlu.

Moga ianya bermanfaat kepada ibu-ibu mahupun sesiapa jua yang mempunyai bisnes sampingan di samping kerja hakiki.

.

Lots of Love,

Syu Amir

 

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.