Inverted Nipple Pun Boleh Menyusukan Anak

Inverted Nipple Pun Boleh Menyusukan Anak

Ibu-ibu yang mengandung mesti ada azam nak menyusukan baby sampai umur 2 tahun kan? Memang mulia azam dan cita-cita ibu-ibu, tapi bila terfikirkan pasal inverted nipple (puting payudara tenggelam) mesti jadi takut dan risau kan? Jangan risau, sebenarnya ibu yang ada inverted nipple pun BOLEH menyusukan baby tau.

 

Apa itu Inverted Nipple?

 

flat_nipple

 

 

Inverted nipple nie adalah jenis nipple yang tenggelam, masuk ke dalam sedikit dari nipple yang normal. Even lebih ke dalam dari nipple yang jenis leper. Bila nipple tenggelam nie, susah sikit la nak menyusukan baby, tapi itu bukan alasan untuk tidak menyusukan terus tau. Sebab, bila baby menyusu, mulut baby kita lekapkan pada areola, bukannya pada puting.

Kalau kita lekapkan mulut baby kita pada puting, itu adalah cara yang salah ye. Nanti, puting kita boleh melecet dan juga berdarah. Tu lagi sakit dan akan membuatkan kita teragak-agak untuk menyusukan baby kita. So, make sure baby latched dengan betul ye sebelum baby mula menghisap.

 

Teknik Mengeluarkan Nipple Yang Tenggelam

 

1. Penyusuan Secara Kerap

Bila kita kerap menyusukan baby kita, ia sangat membantu untuk mengeluarkan puting yang termasuk ke dalam tu. Masa anak kita menghisap tu, ia macam pam yang menarik-narik puting kita keluar. Lama-kelamaan, ia akan keluar. Jangan risau. Yang penting, jangan putus asa untuk menyusukan anak.

 

2. Power pumping

Teknik nie pun sangat berguna untuk membantu mengeluarkan inverted nipple. Teknik ni boleh mula dari mengandung lagi. Dalam 4 -5 bulan dan boleh mula kalau nak.

Caranya, setiap malam buat power pumping. Walaupun masa power pumpingakan kuluar angin je, tak de susu pun. Tapi, ia akan buat nipple kita keluar sedikit demi sedikit.

 

3. Nipple Aspirator

 

nipple aspirator

 

Review ada cakap yang teknik nie menyakitkan. Wallahu’alam. Nipple Aspirator nie macam syringe yang besar. Tapi, digunakan untuk mengeluarkan nipple.

 

4. Urutan

Urut payudara dari atas menghala ke bahagian puting. Tekan sedikit di bahagian nipple yang ke dalam tu tapi buat perlahan-lahan tau, nanti luka dan rosak tisu-tisu tu lagi susah.

Selain itu, boleh juga letakkan ais atau kain lembab untuk memberi rangsangan pada nipple kita. Dan, sebelum mula menyusukan baby, picit keluar dulu puting sedikit untuk memudahkan baby latched dengan betul.

 

5. Teknik Hoffman

Teknik Hoffman adalah salah satu teknik urutan untuk mengeluarkan puting yang tenggelam. Caranya adalah dengan meletakkan ibu jari di atas puting. Dengan perlahan, tolak ibu jari ke dalam tisu-tisu payudara tu dan pada masa yang sama tarik ibu jari ke luar. Dengan urutan begitu, ia akan meregangkan bahagian puting dan akan membolehkan puting yang tenggelam tu keluar dengan lebih mudah.

 


 

 

So, ibu-ibu yang ada inverted nipple, jangan la risau tak boleh nak  menyusukan baby sebab ada jalan penyelesaian untuk mengeluarkan nipple yang tenggelam tu.

Amalkanlah teknik-teknik yang Syu cakap nie, moga-moga dapat puting yang normal bagi memudahkan proses penyusuan ibu-ibu.

Yang penting, JANGAN PUTUS ASA. Penyusuan adalah perkara yang sangat bahagia yang tak boleh ditukar ganti dengan benda lain. Bukan semua orang akan merasainya.

 

Moga bermanfaat

 

Hanya mahu membantu,

Syu Amir.

 

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.