[Infografik] Tips Melatih Anak Agar Lebih Fokus Untuk Belajar

[Infografik] Tips Melatih Anak Agar Lebih Fokus Untuk Belajar

Anak-anak sekarang ini lebih suka bermain dengan gadget seperti iPad, tablet, dan suka bermain games di komputer. Tidak kurang juga anak kita sekrang lebih tertumpu pada media-media sosial seperti facebook, twitter, dan sebagainya. Kalau dah macam ini, macam mana nak suruh anak kita belajar dan ulangkaji kan? Suruh je belajar, macam-macam alasan mereka bagi sampai ibu ayah pun pening nak suruh dah. Apa kata kita ubah pendekatan supaya anak kita lebih teruja nak belajar dan ulangkaji?

tips anak fokus belajar

#1 Set Masa Belajar

Anak kita perlukan jadual belajar yang terancang. Beritahu anak kita awal-awal masa sekian-sekian adalah masa untuk Ā mereka belajar dan ulangkaji pelajaran. Pastikan anak kita setuju dengan masa yang ditetapkan.

Janganlah bagi masa yang tak masuk akal, seperti jam 2.30 petang padahal mereka baru pulang dari sekolah pada jam 1.45 petang. Makan, mandi, solat, dah kena belajar semula. Takde masa rehat pun untuk mereka. Bertimbang rasalah sedikit dan bagi anak kita rehat dahulu šŸ™‚

#2 Tempat Belajar Yang Selesa

Pastikan anak kita ada tempat yang spesifik untuk belajar sahaja. Meja yang besar untuk mereka buat kerja sekolah, dan kerusi yang selesa untuk mereka duduk. Selain itu, sediakanlah juga keadaan sekeliling yang selesa untuk mereka belajar.

#3 Limitkan Masa Belajar

Anak kita tak boleh belajar lama-lama. Kalau otak mereka dah penat, ilmu dah tak boleh nak diserap lagi. Pastikan anak kita mendapat 10 minit rehat bagi setiap sejam mereka belajar dan juga 45 minit rehat selepas 3 jam menghadap buku.

#4 Reward Selepas Habis Belajar

Ini adalah bagi anak yang liat sangat nak belajar. Tanya anak kita, apa yang mereka nak buat. Contohnya, kalau mereka cakap nak main game, jadikan game itu sebagai reward. Beritahu anak kita, mereka akan dapat main game setelah siap kerja sekolah ataupun setelah ulangkaji selama sejam.

Biarlah reward itu apa yang mereka suka. Tapi, jangan buat selalu sebab kita nak juga ajar mereka supaya belajar dengan rela hati, dan bukannya disebabkan ganjaran.

#5 Teman Anak Belajar

Ada baiknya ibu ayah teman anak belajar. Bagi semangat pada anak untuk terus berusaha. Selain itu, kalau ada sesuatu yang anak kita tak faham, bolehlah mereka tanya kita.

#6 Buatkan Air Panas

Syu suka tips ini. Rasa segar sangat bila ada air panas masa belajar. Paling best air milo panas. Memang memberi tenaga untuk belajar dan ulangkaji. Ibu ayah pun bolehlah buat air panas untuk anak untuk mereka sentiasa fokus dalam belajarnya.


Tips-tips ini memang berguna dalam membantu anak-anak kita untuk fokus belajar. Selain itu, berilah juga SET ANAK CERDIK PINTAR supaya membantu otak mereka untuk terus berhubung dan juga kekalkan fokus dan momentum belajar mereka.

Selamat mencuba dan moga bermanfaat!

Love,

Syu AmirĀ 

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.