[Infografik] Surah-surah Yang Baik Diamalkan Oleh Ibu Mengandung

[Infografik] Surah-surah Yang Baik Diamalkan Oleh Ibu Mengandung

Surah-surah amalan Semasa Hamil

.

Semua ibu ayah inginkan anak yang baik, anak yang soleh dan solehah, dan anak yang taat kepada perihtah Allah. Untuk membentuk akhlak anak, kita mestilah mulakan dari peringkat janin lagi, iaitu semasa anak di dalam kandungan. Di sini, terdapat beberapa surah yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu mengandung sebagai ikhtiar untuk mendapat anak yang diinginkan.

Masa Syu mengandung dulu pun, mak selalu pesan untuk amalkan surah-surah ini untuk dijadikan amalan sepanjang hamil (Kalau tak hamil pun boleh baca ye, bukan untuk orang mengandung je tau!).

.

 

surah amalan mengandung

.

#1 Surah Maryam

  • dibaca dengan doa supaya Allah memudahkan kita bersalin, sepertimana Maryam melahirkan Nabi Isa A.S.

#2 Surah Yusuf

  • Surah Yusuf sangat digalakkan untuk dibaca supaya anak yang kita kandung baik rupa parasnya seperti hensemnya Nabi Yusuf. Moga tingkah laku anak kita juga mengikut jejak langkah Nabi Yusuf yang takutkan Allah walaupun digoda oleh Zulaikha =)

#3 Surah Luqman

  • Surah Luqman penuh dengan nasihat untuk anak kita berfikir supaya mereka bijak memilih jalan yang betul dan meninggalkan apa yang salah.
  • Surah ini sangat-sangat baik diamalkan sebagai langkah awal untuk menjadikan anak kita seorang yang bijak.

#4 Surah Al-Fatihah

  • Al-fatihah adalah surah yang sangat powerful dan sesuai diamalkan untuk banyak perkara. Tapi, dalam kes ini, surah Al-fatihah sangat bagus untuk menguatkan ingatan kita dan juga menguatkan ingatan anak kita.
  • Selain itu, surah ini dapat menenangkan hati kita apabila dilanda masalah. Hayatilah maksudnya dan carilah hikmah di sebalik surah ini =)

#5 Surah An-Nahl

  • Surah An-Nahl dibaca untuk mendaatkan anak yang berdispilin dalam melakukan sesuatu.  Barulah boleh istiqamah =)

#6 Surah Yaasin

  • Surah Yaasin nie bagus tau untuk tenangkan hati kita yang selalu mood swing nie. Biasalah ibu mengandung, emosi sentiasa tak menentu kan =P
  • Selain itu, surah Yaasin ini mempu menjadi benteng supaya anak kita tak terpengaruh dengan godaan syaitan.

#7 Surah Hujurat

  • Kalau ibu nak banyakkan susu, boleh amalkan surah ini. Doa supaya bila anak kita lahir nanti, susu badan kita sentiasa banyak dan cukup untuk baby kita.
  • Ia juga membantu anak kita menjadi seorang yang berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara.

#8 Surah Taubah

  • Surah Taubah adalah untuk kita membersihkan jiwa kita dari segala kekotoran hati dan juga penting untuk kita meminta Allah pelihara kita dari maksiat.

.

Surah-surah ini adalah sebahagian dari surah amalan sahaja. Tapi, lagi baik kalau ibu-ibu semua membaca Al-Quran sepanjang mengandung ini. Biarlah dari dalam kandungan lagi anak kita dah kenal muzik dari alunan Al-Quran. Moga dengan membaca Al-Quran, ia akan menjadikan anak kita anak yang berpegang kepada ajaran agama.

Selamat beramal mummy =)

.

Love,

sign blog 2

 

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Nak kena save info grafik ni, supaya mudah untuk kita amalkan.
    sabree hussin recently posted…Kaedah pemasaran tanpa kos menurut aliran ilmu DutanagaMy Profile

  2. Thanks syu share surah ni, nanti bila preggy senang la nak rujuk, hehe..
    Ibu Zarith recently posted…Set Bersalin Banyakkan Susu Ibu Sampai Berjaya Kumpul 200oz Sebelum Naik KerjaMy Profile

  3. Nice info grafik. Lagi mudah untuk rujukan later;)
    Ila Halilah recently posted…Ditakdirkan masih ada rezeki..My Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.