[Infografik] Panduan Menyimpan dan Mencairkan Susu Ibu

[Infografik] Panduan Menyimpan dan Mencairkan Susu Ibu

Ibu yang menyusukan anak kebanyakannya akan mengepam susu untuk dijadikan stok semasa mereka bekerja ataupun untuk digunakan di masa-masa mereka menghantar anak ke rumah pengasuh. Tapi, tahukah ibu-ibu cara yang paling ideal untuk menyimpan stok susu untuk disejuk atau dibekukan? Tahukah ibu-ibu cara untuk mencairkan susu perahan beku untuk kita bagi pada anak untuk minum?

 

simpan n cairkan susu

 

 

Jika kita bekerja, kita akan mengepam susu setiap 3 jam. Kiranya kita akan mengepam lebih kurang 3 sesi sepanjang tempoh dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Untuk setiap sesi perahan, kita akan simpan susu perahan di dalam botol/storage bag yang berasingan. Jadi, setiap botol/storage bag kita tu, kita kena labelkan.

Pastikan botol kita ada tarikh, jumlah oz, dan juga nombor. Contohnya, botol untuk sesi pertama kita label nombor 1, sesi 2 kita label nombor 2, dan seterusnya. Ini adalah untuk  memudahkan kita nak pilih yang mana satu yang peelu dicairkan dahulu.

Apabila kita mengepam susu, kadang-kadang kita dapat 4 oz pada sesi pertama, 3 oz pada sesi kedua, dan 3 oz pada sesi ketiga. Tapi, anak kita minum susu 5 oz setiap kali. Jadi, kita boleh campurkan semua susu itu bersama. Kemudian baru letakkan dalam 2 botol 5 oz yang berlainan. Tapi, ada syaratnya. Kita kena pastikan suhu kedua-dua susu itu lebih kurang sama barulah boleh campur ye. Kalau kita campurkan, pastikan kita label semula ya. Nanti keliru pulak.

Masa kita menyimpan susu, pastikan kita simpan dalam kuantiti yang sedikit supaya tidak membazir susu perahan tu nanti. Penat-penat je perah susu. Seperti yang Syu cakapkan tadi, kalau anak kita minum susu 5 oz, jadi kita simpanlah 5 oz untuk setiap botol/storage bag. Jadi, senang kita nak cairkan susu untuk anak kita minum.

Last sekali, apabila kita simpan susu untuk dibekukan, pastikan ada sedikit ruang di dalam botol/storage bag itu. Ini kerana susu memerlukan ruang untuk membeku dengan sempurna. Dan apabila kita bekukan susu, susunlah setiap botol/storage bag mengikut tarikhnya supaya senang nak cari susu mana yang perlu dicairkan dahulu.

Bila kita bekukan susu di dalam peti ais, tempoh simpanan susu beku kita adalah berbeza mengikut jenis peti ais kita.

1. Peti ais 1 pintu – susu kita hanya tahan lebih kurang 2 minggu sahaja.

2. Peti ais 2 pintu – Susu perahan boleh tahan hingga 3 bulan

3. Deep freezer – Susu perahan boleh tahan hingga 6 bulan.

Tapi, kalau kita tak nak bekukan, kita boleh simpan di dalam peti ais bahagian bawah je di bahagian chiller ataupun simpan di bahagian peti ais yang paling dalam. Jangan simpan di bahagian pintu peti sejuk sebab suhunya tidak sekata. Cumanya,Tapi, ingat ye, susu kita hanya boleh bertahan 3 – 7 hari sahaja tau di bahagian bawah 🙂

 

Kalau kita mengikut panduan menyimpan susu perahan dengan betul, ia akan memudahkan kita untuk mencairkan susu beku itu tadi. Untuk mencairkan susu perahan yang beku tu, memang senang je.

1. Kita letak susu perahan yang kita nak guna pada hari tersebut di bahagian peti ais yang bawah tu. Kalau anak kita minum susu sehari 20 oz, kita turunkan 20 oz ke peti ais bahagian bawah. Susu kita akan cair dengan sendiri perlahan-lahan. Pada esok hari masa kita nak hantar ke pengasuh, susu tu semua dah cair dan tunggu nak panaskan je.

2. Kalau la kita terlupa nak turunkan, bolehlah rendam dengan air ataupun lalukan susu beku di bawah air paip mengalir. Cuma membazir air la kalau kita buat camtu…hehe…

3. Rendam dalam air panas hingga susu kita cair.

 

*Pesanan Penaja 😀

– Susu yang telah dicairkan mestilah digunakan dalam masa 24 jam ye. Kalau tak silalah buang.

-Susu yang telah dicairkan TIDAK BOLEH dibekukan semula 🙂

 

Kalau kita guna cara 1 atau 2 untuk cairkan susu EBM, bolehlah rendam dalam air panas untuk panaskan susu anak kita bila nak minum. Bila dah panaskan, pastikan susu itu habis diminum dalam masa 2 atau 3 jam tau. Kalau tak, buangkan dan panaskan susu yang baru.

 

Pantang Larang Semasa Mencairkan Susu EBM Beku 

Syu umpamakan macam pantang larang la sebab tak nak khasiat susu EBM kita mati nanti. Kesian anak kita nanti macam minum air kosong je.

1. Jangan panaskan susu EBM di dalam microwave. Ini akan mematikan segala khasiat yang ada.

2. Jangan biarkan susu EBM di bawah suhu bilik. Kiranya, janganlah biarkan je susu EBM beku di atas meja semata-mata nak cairkan.

 

Harapnya, ibu-ibu boleh mengapplikasikan panduan ini untuk menyimpan dan mencairkan susu EBM ye. Syu yakin ibu akan buat yang terbaik untuk anak ibu. Semoga ibu-ibu semua akan dapat menyusukan anak hingga mereka 2 tahun.

Berbekalkan doa dan SET SUSU MERIAH, susu ibu akan sentiasa cukup untuk anak kita minum. Kalau ada sebarang masalah penyusuan, cepat-cepat hubungi Syu 0192198621 untuk Syu bantu bimbing ibu-ibu mengamalkan suplement SET SUSU MERIAH untuk mendapatkan hasil yang memberangsangkan di samping memberi tips-tips bermanfaat untuk meningkatkan penghasilan susu ibu.

 

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.