[Infografik] Barang-barang Yang Wajib Ada Dalam Beg Hospital

[Infografik] Barang-barang Yang Wajib Ada Dalam Beg Hospital

Kebiasaannya, apabila kandungan kita mencecah 6 bulan, doktor dan nurse mesti dah suruh sediakan beg hospital dan siap-siap letak dalam kereta. Ini adalah untuk memudahkan ibu dan ayah jika tiba-tiba baby keluar awal ataupun tiba-tiba kita rasa nak bersalin. Sekurang-kurangnya, beg hospital memang dah tersedia. Cuma perlu bawanya sahaja.  Tidaklah nanti kelam kabut.

.

Antara banyak-banyak barang dalam beg hospital nie, ada satu barang yang mesti ada supaya tak terseksa menghadapi hari-hari berpantang nanti. Nak tahu apa dia? Tengok video nie.

.

Betulkan Syu cakap. Kalau tak de mesti seksa nanti masa berpantang 🙂

 

.

Syu ingat lagi, masa mengandungkan Basyiirah, Syu memang akan sediakan beg hospital awal-awal seperti yang diarahkan oleh doktor dan nurse. Bukan apa, duduk berjauhan dengan suami sambil menjaga 2 orang anak sendiri bukanlah perkara yang mudah. Risau kalau-kalau terbersalin awal kan susah. Suami takde pada masa itu, segalanya bergantung pada diri sendiri.

Syu akan kemaskan barang-barang keperluan Syu dan juga keperluan baby (keperluan untuk 2 hari pun sudah memadai) dan pack masuk dalam satu beg. Selain itu, Syu akan pastikan yang buku check-up (buku merah) sentiasa ada di dalam fail supaya senang membuat urusan semasa di hospital nanti.

.

beg hospital (1)

.

Keperluan ibu

  • Baju t-shirt (3 pasang)
  • Kain Batik
  • Tuala
  • Toiletries (sabun mandi, berus gigi, ubat gigi, etc)
  • Underwear

– Syu beli siap-siap bra untuk menyusu supaya senang nak breastfeed baby nanti.

– Syu juga pakai panties pakai buang sebab masa nie darah lepas bersalin banyak, susah nak cuci nanti.

  • Pad maternity
  • Stoking tebal
  • Tudung – Syu bawa tudung sarung je, mudah nak uruskan.
  • Baju sejuk
  • Vitamin Set Pantang Sihat Bertenaga Shaklee – untuk kembalikan tenaga lepas bersalin dan juga cepat sembuhkan luka jahitan. 

.

Keperluan Bayi

  • 3 pasang baju siang lengan pendek
  • 3 pasang baju malam lengan panjang
  • Tuala mandi
  • Toiletries – Syu bawa head-to-toe wash je. Sebotol yang siap segalanya.
  • Barut
  • Bedung – Syu guna kain lampin je masa nie sebab baby kecil lagi, muat je.
  • Pampers/ cloth diapers – Pampers kena bawa banyak sebab baby banyak buang air besar pada awal kelahiran.
  • Ubat-ubatan – Syu letak semua ubat seperti diaper rash cream, minyak rambut, losyen, etc dalam satu beg kecil.
  • sarung tangan dan kaki
  • Topi – ikut petua, kepala baby tak boleh kena sejuk. Sebab tu kena pakai topi selalu 🙂

.

Hanya bakul barang keperluan sahaja yang Syu sediakan lambat sebab semua yang Syu letak dalam bakul tu Syu masih lagi gunakan di rumah sampailah di saat nak bersalin sekali pun. Tapi, bakul keperluan kalau lambat sediakan pun tak pe sebab boleh dibawa kemudian.

.

Bakul Keperluan

  • Botol air
  • Termos air panas
  • Madu
  • Kurma
  • Roti
  • Biskut
  • Cawan
  • Sudu & garfu
  • Oat/Milo/Horlicks 3in1

 

Inilah dia checklist barang-barang yang mesti ada dalam beg hospital kita. Harapnya tiada yang tertinggal. Moga ibu ayah bersedia untuk menyambut kelahiran bayi tersayang. Syu doakan semuanya berjalan dengan lancar.

 

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

 

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.