[Infografik] 15 Tugas Suami Yang Support Penyusuan Susu Ibu

[Infografik] 15 Tugas Suami Yang Support Penyusuan Susu Ibu

Menyusukan anak bukanlah perkara mudah. Ia sangat penat, sangat mengambil masa, dan juga memerlukan fokus yang tinggi dengan anak. Tetapi, penyusuan adalah sangat bernilai dan memang takkan ditukarkan dengan perkara lain.

Puan Farah pun sanggup bertungkus lumus untuk mengumpul stok susu demi anak tersayang. Apa yang beliau lakukan di kala susu merudum dan stok berkurang? Dengar sendiri penjelasan beliau.

Sebab itulah kita memerlukan suami untuk membantu merealisasikan impian nak susukan anak sehingga berumur dua tahun ini.

tugas suami

Sebenarnya, ada banyak benda yang suami boleh tolong sepanjang kita menyusukan anak. Takkan la isteri seorang sahaja yang nak kena bertungkus-lumus melakukan semuanya seorang diri kan? Anak nie anak si suami juga. Jadi, kenalah tolong menolong dalam hal-hal rumah tangga bagi menyenangkan isteri sepanjang tempoh penyusuan.

Tugas-tugas yang mudah untuk suami menolong di rumah:

#1 Belajar mengenai penyusuan

Ayah pun mestilah buka buku juga dan ambil tahu mengenai penyusuan dan masalah-masalah berkaitan seperti bengkak susu, nipple crack, dan sebagainya. Apabila ayah tahu, senang la nak membantu isteri dalam hal ini. Sekurang-kurangnya, ayah pun akan tahu apa nak buat kalau ada masalah timbul.

 

#2 Sediakan minuman dan snek berdekatan

Apabila isteri tengah menyusukan anak, sediakanlah botol air dan juga snek sihat seperti buah-buahan untuk dimakan semasa menyusukan anak. Bila menyusukan anak, memang dahaga dan lapar tau ๐Ÿ™‚

 

#3 Tolong uruskan rumah

Ayah boleh la tolong kemas rumah, basuh baju, sidai baju, sapu lantai dan macam-macam lagi terutamanya bila isteri tengah fokus untuk susukan anak. Takkan la segala kerja dalam rumah nak harapkan isteri seorang sahaja yang buat kan?

 

#4 Jaga anak-anak yang lain

Jaga dan layanlah anak-anak yang lain semasa isteri sedang susukan anak ataupun masa isteri sedang berehat. Tolonglah walaupun pada masa itu, anak-anak panggil ummi untuk buatkan sesuatu. Contohnya, “ummi, buatkan susu please!” Ayah mungkin boleh tolong “abang, ummi tengah rehat tu, ummi penat. Biar abi buatkan susu ye”. Kan bagus macam tu.

 

#5 Selalu urut isteri

Menyusukan anak memang selalu lenguh-lenguh badan dan letih dek kerana duduk terlalu lama. Ringankanlah tulang dan offer untuk mengurut isteri. Mesti lagi sayang isteri tu.

 

#6 ‘terima kasih sayang’

Selalulah ucapkan kata-kata terima kasih sebab isteri sanggup berkorban untuk menyusukan anak secara eksklusif. ISteri bukanlah minta emas berlian, sekadar terima kasih sebagai penghargaan sudah cukup membahagiakan.

 

#7 Bangun malam bersama

Masa isteri bangun malam untuk susukan anak, bangulah sekali walaupun pada realitinya mesti tertidur sambil duduk. Sekurang-kurangnya ayah cuba untuk menemankan isteri yang susah payah bangun malam untuk menyusukan anak.

 

#8ย Tanya apa yang isteri perlukan

Selalu tanya “sayang, nak apa-apa? abang boleh ambilkan” Kalau isteri tengah menyusu, offer la bagi bantal menyusu, kalau isteri dahaga, offer la bagi air, dan sebagainya.

 

#9 Sediakan suplement/ubat untuk isteri makan

 

Set-Menyusu

Kalau isteri kita memang makan suplement untuk penyusuan, bagilah ister kita makan. Ataupun kalau isteri kita memang makan ubat (yang dibenarkan doktor ye) pun hulurkanlah.

 

#10 Sendawakan baby

Bantulah isteri sendawakan baby lepas anak menyusu. Nak sendawa tu bukannya sekejap. Sekurang-kurangnya semasa kita sendawakan baby, isteri bolehlah berehat sebentar.

 

#11 Basuh botol dan alatan mengepam

Isteri kita mesti mengepam susu juga untuk dijadikan stok. Jadi, isteri memang akan selalu menggunakan alatan mengepam tu. Sebagai suami, boleh la membantu dalam membasuh dan sterilize alatan-alatan mengepam tersebut.

 

#12 Beri galakan

Kalau isteri kita cakap “penat la menyusukan anak nie, tidur tak menentu, makan pun bila sempat je”. Tugas kita adalah untuk memberi galakan dan sokongan pada isteri untuk meneruskan penyusuan anak “abang tahu penat, abang tak boleh nak tolong. Tapi, abang support sayang. Sayang kan kuat. Sayang boleh buat ni. Abang yakin”. Mesti gembira. Jangan biarkan isteri stress seorang diri memikirkan masalah itu.

 

#13 Masak untuk isteri dan anak

Masuklah dapur dan masak apa yang boleh. Isteri takde la nak demand makan yang susah-susah, seperti chiken chop atau lauk kambing bakar pun. Masakan yang simple macam telur dadar pun dah cukup.

 

#14 Pastikan keselesaan isteri

Pastikan isteri kita selesa semasa menyusukan anak. Letaklah bantal di belakang isteri supaya boleh duduk dengan selesa.

 

#15 Sediakan alatan mengepam

Bila isteri kita nak mengepam, kita sediakanlah alatan-alatannya. Tak payah la isteri pergi dapur sendiri untuk buat semuanya sendiri. Dahlah ayah tak boleh tolong untuk mengepam susu, takkan la ambilkan alatan mengepam pun tak boleh kan? ๐Ÿ™‚

 

Dengan adalah pertolongan si ayah, isteri mesti lagi gembira untuk menyusukan anak sebab isteri tahu yang suaminya menghargai apa yang dilakukan. Sebagai suami, jadilah suami yang prihatin dalam hal-hal begini. Isteri kita bukanlah suka nak bercakap dan membebel, tapi suami kenalah faham apa yang isteri nakkan. Barulah bahagia rumah tangga.

 

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Tanpa sokongan suami, boleh gagal misi penyusuan 2 tahun ni kan..
    Ros recently posted…Perubahan Yang Bakal Dilalui Ibu Hamil Sepanjang KehamilanMy Profile

  2. Pengaruh Suami memang bantu kita untuk kuat, semoga para suami di sana fahami hasrat isterinya nk menjayakan penyusuan penuh 2 tahun ni
    AinulMalik recently posted…Bagaimana Mendapatkan GST (Great Superior Time) dengan Berbisnes? Part 1My Profile

    • UmmuZuhayr :

      betul tu kak ainul…kalau suami hargai pengorbanan kita, memang berjaya misi penyusuan nie… ๐Ÿ™‚

  3. salam ziarah…
    Sokongan dari keluarga terdekat salah satu faktor kejayaan.. Insha Allah..
    Maria Firdz recently posted…Pengendap Yang Dikehendaki!!!My Profile

Leave a Reply to Maria Firdz Cancel reply

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.