Finger Food yang Simple Dan Senang Dibuat Untuk Anak-anak

Finger Food yang Simple Dan Senang Dibuat Untuk Anak-anak

Makanan Mudah Yang Sihat Untuk Anak-anak Makan

Makanan di kedai-kedai sekarang tidaklah sihat untuk anak-anak kita makan. Banyak terdapat kandungan MSG je. Baiklah kita sebagai ibu yang prihatin, masak sendiri makanan untuk anak kita kan? Sekurang-kurangnya kita tahu apa yang kita letak di dalam makanan anak kita. Makanan-makanan ini tak susah pun untuk buat sebenarnya.

Syu kongsikan finger food yang selalu Syu buat untuk anak-anak. Ibu-ibu pun boleh cuba juga.

Finger food buat anak tersayang

1. Potato Wedges / Fries

french-fries-625_625x350_61446325913

  • Kentang goreng adalah salah satu makanan yang senang untuk kita beli. Mana-mana pun ada jual, terutama sekali restoran fast food.
  • Selain itu, di pasaraya pun ada. Tapi kan, kentang yang kita beli tu semestinya mempunyai agen pengawet untuk buat kentang tu tahan lama kan? Jadi, baiklah kita buat sendiri je. Lagi fresh, dan kita juga boleh letak perasa yang anak-anak kita suka.
  • Cara-caranya:

⇒ Potong kentang panjang-panjang (bagi yang suka makan fries) ataupun potong bentuk wedges.

⇒ Letak sedikit garam dan juga serbuk kari. Gaul sebati. (Kalau suka pedas, boleh juga letak paprika ataupun cayenne powder).

⇒ Goreng hingga garing. Kalau nak lagi sihat, masukkan dalam air fryer, tak payah guna minyak.

⇒ Optional: Tabur keju parut di atas kentang lepas dah di masak. Cair keju tu…sedapnya.

.

2. Roti bakar / roti kering

resep-roti-tawar-kering-1476838165-600x425

  • Anak-anak syu memang suka roti bakar. Tapi, kalau nak buat jadi finger food, Syu akan buat banyak-banyak sekali dan simpan dalam bekas.
  • Roti kering ini sesuai dimakan juga oleh anak kita yang kecil kerana roti kering mudah lembik dan hancur. Dari bagi makan biskut baby yang kita beli di kedai, roti ini lagi sedap dan dijamin selamat…hehehe…
  • Cara-caranya:

⇒ Potong kulit bahagian tepi roti. Kemudian, sapukan margerin/butter.

⇒ Potong kepada 4 bahagian kecil.

⇒ Bakar di dalam oven dalam 20 minit sehingga roti menjadi rangup.

⇒ Simpan dalam bekas kedap udara.

.

3. Buah-buahan

1aff044f-7662-4e86-8496-24a071d8ab5b_169

  • Buah merupakan finger food yang sangat sihat untuk anak kerana buah-buahan boleh mengelakkan anak kita dari sembelit.
  • Syu akan potong buah kepada saiz kecil supaya mudah masuk mulut terus. Sambil-sambil anak main, mereka boleh makan juga.
  • Kalau rajin, Syu cucukkan buah-buahan pada lidi satay supaya senang mereka pegang dan makan. Takde comot-comot.

.

4. Chicken Nugget

121219_food_chickennuggets-jpg-crop-rectangle3-large

  • Chicken nugget sebenarnya senang untuk dibuat. Ianya lagi sihat sebab kita pilih bahagian isi ayam sahaja tanpa campur dengan lemak ayam itu.
Homemade Nugget Ayam
Prep time: 
Cook time: 
Total time: 
 
Ingredients
  • Bahan nugget:
  • Dada Ayam (tanpa tulang)
  • Lada putih
  • lada hitam/paprika/cayenne (kalau nak pedas)
  • Tepung
  • garam secukup rasa
  • Bahan Menggoreng:
  • Breadcrumbs
  • Telur
Instructions
  1. Kisar dada ayam hingga hancur. Letak dalam satu bekas. Gaulkan tepung, lada hitam, lada putih dan garam bersama ayam tersebut.
  2. Bila nak goreng, bentukkan ayam menjadi bentuk yang kita suka.
  3. Celup dalam telur dan juga breadcrumbs.
  4. Goreng hingga garing. Boleh juga masukkan ke dalam air fryer (lagi sihat betul tak?)

Senang je kan nak buat?

.

5. Burger Sihat

recipe-image-legacy-id-1814_12

  • Burger adalah makanan kegemaran anak-anak Syu. Dulu, selalu beli burger sebabkan Ahmad jenis yang memilih makanan. Apa yang Ahmad suka, Syu beli je asalkan dia makan. Tapi, sekarang, Syu rela buat dari beli.
  • Cara-caranya:

⇒ Gaulkan daging cincang bersama serbuk cili, serbuk bawang putih, dan juga fetta cheese.

⇒ Pecahkan telur dan gaul sebati (Syu letak telur supaya daging melekat dan tak pecah bila masak nanti)

⇒ Buat bentuk bulat mengikut saiz yang sesuai untuk anak kita makan. Jangan tebal sangat, takut tak masak sepenuhnya nanti.

⇒ Goreng dalam kuali. Tak perlu letak minyak pun sebab nanti minyak dari daging akan keluar sendiri.

⇒ Sapukan butter pada roti burger dan bakar sebentar di atas kuali. Biar rangup dan garing.

⇒ Hiaslah burger tadi dengan sos dan mayonis. Dah siap dan boleh makan.

.

Inilah makanan yang anak-anak Syu suka makan. Kalau hujung minggu tu free, Syu akan buat. Siap buat lebih dan bekukan, terutamanya kalau buat nugget dan burger. Boleh buat bekal anak-anak ke sekolah.

Bagi ibu yang mempunyai anak-anak yang suka makan makanan sebegini di restoran fast food, bolehlah mencuba resipi-resipi ini.

Kita buat sendiri supaya kita tahu apa yang anak kita makan, bahan apa yang ada dalam makanan anak-anak kita.

Selamat mencuba.

.

Love,

Syu Amir 

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. wah.. menariknya.
    senang pula bila tengok resepi yang syu kongsikan ni.
    Ros recently posted…Tips Dapatkan ‘Beauty Sleep’ Agar Wajah Nampak Segar Keesokkan HarinyaMy Profile

Speak Your Mind

*

Rate this recipe:  

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.