Faktor-faktor Pemilihan Pengasuh

Faktor-faktor Pemilihan Pengasuh

Tips-tips Memilih Pengasuh

Bismillah.

Apabila kita bekerja dan tidak mempunyai bibik di rumah untuk menjaga anak, kita mesti pening nak pilih tempat untuk hantar anak-anak kecil. Nak hantar ke taska ke, nak cari pengasuh ke, ataupun nak cari bibik je? Antara ketiga-tiga pilihan ini, Syu akan pilih pengasuh. Syu tak percaya nak ada bibik, dan Syu fobia nak hantar anak ke taska atas sebab Syu sendiri. Lagipun, kalau hantar ke rumah pengasuh, masa kita lebih fleksibel.

Tapi, untuk memilih pengasuh pun, Syu pening juga. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan pengasuh. Yang penting, Syu tidak akan sebarangan memillih. Mengikut pengalaman Syu yang sudah dua kali bertukar pengasuh, Syu memang mengharapkan recommendation dari kawan yang mempunyai pengasuh yang baik. Lepas tu baru Syu buat pilihan.

.

pengasuh

Faktor-faktor Dalam Memilih Pengasuh

Sebagai ibu ayah, kita mesti memikirkan anak-anak dahullu dalam apa jua perkara, termasuklah dalam memilih pengasuh mereka. Ye la, mereka akan bersama pengasuh lebih kurang separuh hari kan? Kena buat pilihan yang betul-betul tepat, betul tak?

1. Keselamatan

Kita perlu pentingkan di mana pengasuh kita tinggal. Di kawasan rumah teres ke? rumah flat ke? Kawasan tu selamat ke tak?

Keselamatan anak tu kena fikirkan dulu. Takutlah kan kalau apa-apa terjadi pada anak kita.

2. Jarak rumah pengasuh

Kita boleh pilih nak rumah pengasuh yang dekat dengan rumah ataupun dekat dengan tempat kerja. Kedua-duanya ada kebaikan dan keburukannya. Timbang elok-elok sebelum buat keputusan.

Syu akan pilih dekat dengan rumah Syu. Ini kerana suami mudah nak uruskan anak-anak ke rumah pengasuh kalau Syu kena pergi kursus. Kalau pengasuh dekat dengan tempat kerja yang jaraknya sejam tu, siapa nak hantar anak-anak ke sana setiap hari?

3. Masa

Kita perlukan pengasuh yang fleksibel masanya. Kadang-kala, kita perlu kerja lebih masa, ataupun perlu ke pejabat semasa hari minggu. Jadi, kita perlukan khidmat pengasuh pada masa itu. Kalau pengasuh memang tetapkan syarat yang hujung minggu tidak boleh hantar anak, macam mana kan? Mana pulalah nak letak anak-anak? Takkan nak bawa ke pejabat?

4. Bilangan anak jagaan

Syu tak suka sangat kalau pengasuh itu menjaga terlalu ramai budak kerana takut anak Syu terabai, terutama sekali kalau anak Syu masih bayi. Kalau anak-anak jagaan pengasuh dah besar-besar dan boleh main sendiri, Syu tak kisah la.

5. Sikap pengasuh

Ada sesetengah pengasuh hanya menjaga budak kerana duit, bukan kerana sayangkan budak-budak sangat. Tapi, ada pengasuh yang memang sayangkan budak-budak yang dijaganya. Kita boleh lihat anak kita selesa dan turut sama sayangkan pengasuhnya.

Alhamdulillah, kedua-dua pengasuh yang Syu pernah ada memang baik dan sangat sayangkan anak-anak Syu. Kalau kena tidur rumah pengasuh pun, mereka tak kisah.

6. Harga

Syu tak pandang sangat harga (selagi berpatutan la) kalau anak-anak Syu dijaga elok. Syu sanggup bayar asalkan anak-anak selamat. Takde kena dera, kena pukul dan sebagainya.

Tapi, ini ikut kemampuan masing-masing ye. Jangan cakap Syu suruh ikut pula. hehe…

.

Inilah yang Syu  akan pertimbangkan setiap kali memilih pengasuh. Bukan main pilih je ye. Sebab anak-anak kita sangatlah penting, jadi kita kena tinggalkan mereka dengan orang yang bertanggungjawab semasa kita bekerja.

Cuma, harapan Syu tahun 2018 memberi sinar baru untuk menjaga anak sendiri pula. Kita fokus kepada bisnes dari rumah pula pada masa itu. yeay!

……………………………………………………………………………………………….

Syu buat bisnes Shaklee. Kepada yang berminat untuk menjana pendapatan tambahan, PM syu untuk Syu kongsi cara-caranya ye.

.

Your Business Mentor,

Syu Amir

Shaklee ID | 1139539

Whatssap | 019-2198621

Pengedar Shaklee Skudai

Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui kurier berdaftar

 

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Dulu masa kerja, hantar anak dekat rumah mengasuh. Muda lagi pengasuh tu, anak pun tak de lagi. Belum 30thn umur dia. Tapi Alhamdulillah bagus sangat dia jaga anak kita. Skrg pengasuh tu pun dah ada anak. 🙂

    • syuhada amir :

      Bgusnya…mesti pengasuh kak dilla tu suka budak…hehe…

      hikmah jaga anak kak dilla, Allah bagi dia anak sendiri…

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.