Elakkan Bengkak dan Bisa-bisa Kaki Ketika Hamil Sehingga Susah Nak Berjalan

Elakkan Bengkak dan Bisa-bisa Kaki Ketika Hamil Sehingga Susah Nak Berjalan

Kurangkan Bengkak Dan Bisa Kaki Semasa Hamil

.

Kaki bengkak semasa hamil memang akan membuat ibu susah nak berjalan. Kadang-kadang tu, nak pijak lantai pun rasa macam pijak duri. Sangat bisa rasanya. Kesian Syu tengok ibu-ibu hamil yang bengkak kaki sampai tak boleh nak berjalan nie. Semua kerja tak boleh nak buat. Macam mana nak buat ye supaya kaki kita tak bengkak masa mengandung nie?

Sebelum kita tahu tips-tips nak elakkan kaki bengkak dan bisa-bisa nie, kita kenalah tahu apa puncanya. Bengkak kaki masa mengandung hanya datang masa kita hamil je. Lepas bersalin biasanya bengkak akan surut, macam takde sakit kaki langsung. Cumanya, bukanlah semua ibu akan mengalami bengkak-bengkak ini. Ada je yang tak kena langsung bengkak kaki semasa mengandung.

Bengkak kaki semasa hamil ataupun orang biasa sebut edema berlaku semasa pertengahan fasa kehamilan dan bagi yang mengalaminya, ia akan bertambah teruk pada akhir-akhir tempoh hamil. Ini kerana semasa kita mengandung, badan kita akan hasilkan 50% lebih air dan darah untuk keperluan ibu dan juga bayi dalam kandungan. Jadi, air-air yang berlebihan ini akan berkumpul di kaki dan menyebabkan kaki kita bengkak.

Tapikan, bengkak-bengkak ini bukan hanya berlaku pada kaki je tau. Tangan dan muka pun boleh je membengkak. Ini kerana air-air berlebihan dalam badan akan memenuhi saluran-saluran dalam badan kita. Kalau saluran di kaki dah penuh, air akan pergi ke saluran lain pula ๐Ÿ™‚

.

Penyebab-Penyebab Bengkak Kaki Semasa Hamil

  • Berdiri terlalu lama dalam satu-satu masa
  • Banyak melakukan aktiviti dalam tempoh yang lama
  • Cuaca yang terlalu panas
  • Kurang makan makanan yang bersumberkan Pottasium tapi banyak makan makanan yang masin (terlalu banyak sodium)

.

Bila kaki dah bengkak, ini akan menyukarkan kita untuk buat kerja-kerja. Terpaksalah meminta bantuan orang lain untuk menyudahkan kerja kita. Kesian juga pada orang lain yang terpaksa siapkan kerja yang kita buat kan? Orang lain memanglah sudi nak membantu kita, tapi kitalah yang segan kalau banyak kali sangat nak minta tolong kan?

.

Kurangkan Bengkak Kaki Ketika Hamil

.

1. Urut Kaki

Kita perlu urut kaki untuk mengurangkan lebihan-lebihan air berkumpul di satu bahagian sahaja. Dengan berurut, air-air yang terkumpul di kaki akan mengalir ke bahagian badan yang lain juga dan ini dapat surutkan bengkak di kaki ibu yang hamil ๐Ÿ™‚

suami urut kaki

Suami pun boleh tolong urutkan. Sebelum nak tidur malam-malam, layankanlah isteri yang tengah sakit kaki nie. Bila lagi nak manjakan isteri kan?

.

2. Rendam kaki dengan air suam dan sedikit garam

Syu tak pernah mengalami bengkak-bengkak kaki yang teruk masa mengandung dulu. Tapi, kalau kaki dah mula rasa lenguh-lenguh, Syu akan rendam kaki dengan air suam dan dicampur sedikit garam. Syu akan buat sebelum tidur. Nanti tidur pun lena. Alhamdulillah memang takde dah lenguh-lenguh kaki semua.

***Lagi panas air, lagi best sebenarnya. Ikutlah tahap kepanasan air yang ibu boleh tahan ye ๐Ÿ™‚

.

3. Tinggikan kaki semasa tidur

kaki-tinggi-cramp

Apabila kaki kita tinggi dari paras badan, ia akan membuatkan lebihan-lebihan air mengalir semula ke bahagian badan dan tidak terkumpul di kaki je.

Masa nak tidur ataupun masa-masa yang kita tengah berehat, letaklah kaki di atas bantal supaya tinggi sikit dari bahagian punggung. Ini akan buat kita rasa lebih lega.

.

4. Elakkan berdiri terlalu lama

Berdiri terlalu lama dan kurang pergerakan kaki akan menyebabkan air kurang mengalir. ย Memang statik sahaja air tu di bahagian kaki. Itu yang menyebabkan kaki kita sakit. Dah la memang tekanan perut kita yang kian membesar dan berat kita yang makin meningkat, jadi kaki perlu bekerja keras untuk menampung berat badan kita.

Kalau tak mengandung pun kaki sakit kalau berdiri lama, inikan pula masa hamil kan? Banyakkan bergerak, kaki tak boleh statik tanpa pergerakan dalam tempoh yang lama.

.

5. Banyakkan berjalan

Berjalan dapat mengurangkan bengkak kaki, tapi elakkan dari berjalan terlalu lama pada satu-satu masa tau! Janganlah sampai nak jalan satu shopping mall pula ๐Ÿ˜› Berpada-padalah mengikut tenaga yang kita ada pada masa itu.

Bila banyak berjalan, lagi-lagi kalau masa sarat mengandung, bukan setakat boleh kurangkan bengkak kaki, tapi boleh buat kita mudah nak bersalin ๐Ÿ˜€ Tak rugi jalan-jalan sebenarnya.

.

6. Senaman regangan di bahagian kaki

Kalau kita bekerja di pajabat dan akan banyak duduk di kerusi membuat kerja, eloklah buat senaman ringan di bahagian kaki supaya ada juga pergerakannya. Pusing-pusingkanlah buku lali ataupun gerak-gerakkan jari-jari kaki untuk kurangkan bengkak kaki dari berlaku.

.

7. Banyakkan minum air

Dah banyak air terkumpul pun kena minum air lagi? Tak ke nanti lagi banyak air dalam badan kita?

Bukan begitu ye. Air yang terkumpul pada kaki kita tu adalah air lebihan yang tak berapa nak bersih pun. Jadi, untuk buang air kotor yang berlebihan nie, kita kenalah masukkan air bersih. Sebab tu la kena minum air banyak-banyak supaya air kotor dapat dikeluarkan melalui air kencing.

.

Inilah tips-tips yang boleh ibu-ibu lakukan apabila mengalami bengkak-bengkak kaki masa mengandung. Jangan takut, ini hanyalah sementara sahaja. Banyakkan berehat dan pastikan emosi ibu sentiasa gembira di kala kaki sakit dan bisa-bisa.

Jangan abaikan kesihatan ibu masa mengandung nie. Kesihatan ibu dan juga kandungan sangat penting walau apa jua keadaan sekalipun. Makan makanan yang berkhasiat semasa hamil ini, moga segala urusan ibu dipermudahkan.

.

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

ย 

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Masa setiap kali mengandung saya selalu alami edema ini. Memang agak mengganggu. Saya selalu angkat kaki lebih tingi semasa tidur untuk atasi edema ini.
    nila anggraini recently posted…Malu Dengan Perut Buncit Macam Mengandung 7 BulanMy Profile

Leave a Reply to UmmuZuhayr Cancel reply

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.