Dilema Untuk Tinggal Bersama Keluarga, Lagi-lagi Keluarga Mentua

Dilema Untuk Tinggal Bersama Keluarga, Lagi-lagi Keluarga Mentua

Tinggal bersama keluarga bukanlah menjadi pilihan pertama setiap pasangan yang berkahwin. Kita memang tak selesa bila tinggal bersama keluarga atas beberapa faktor. Memanglah banyak kebaikan tinggal sebumbung dengan keluarga, tetapi ada banyak juga perkara yang kalau boleh kita nak dielakkan.

Syu dah merasa tinggal sebumbung dengan keluarga sendiri dan juga keluarga mentua semasa Syu belum mempunyai rumah sendiri. Masa tu belum kerja lagi, jadi nak menyewa pun takde duit nak bayar. Sebab tu la tinggal dengan keluarga je dulu.

Tinggal dengan keluarga sendiri memangla best sebab kita tak segan nak minta tolong dengan ahli keluarga, tapi, tinggal dengan keluarga mentua pun tak kurang seronoknya. Alhamdulillah sebab Allah kurniakan keluarga mentua yang sangat membantu Syu dan keluarga.

Tapi, Syu faham setiap keluarga mesti mempunyai dilemma sendiri kan bila nak kena tinggal dengan keluarga. Kita nak la berdikari sendiri, dan didik anak sendiri, tapi kita juga kenalah fikirkan bebanan dan juga tanggungjawab kita sekarang ini. Mungkin dek kerana kekangan wang, mungkin keluarga perlukan kita untuk menjaga mak ayah, mungkin juga kerana pasangan kita bekerja jauh, itu yang menjadi faktor kenapa keluarga menjadi pilihan untuk kita tinggal sebumbung.

Tak dinafikan Syu memang suka tinggal dengan keluarga, tak kira la keluarga mentua ataupun keluarga sendiri. Jadi, Syu cuba untuk bagi kebaikan dan ketidakbaikan yang seimbang supaya semua pun boleh timbang kembali keputusan masing-masing.

Sebab-sebab untuk tinggal dengan keluarga:

worried-woman-couple-11091902

1. Ada orang untuk tengok-tengokkan anak-anak

Bila kita tinggal dengan keluarga, anak-anak kita akan lebih terjaga. Bukanlah nak kata kita ni malas, tapi sekurang-kurangnya takde la anak-anak tu terabai. Bila kita seorang diri nak menguruskan anak, kadang kala kita tak sempat nak buat semuanya. Contohnya, nak mandi pun susah sebab risau takde orang nak tengokkan anak masa kita dalam bilik air. Kalau kita dah penat sangat dan nak tidur sekejap, ada la orang lain yang boleh layan anak kita sementara kita tidur tu. Tak ke best ada orang lain yang boleh tolong kita masa kita perlukan?

2. Boleh jaga mak ayah yang sudah tua

Fikirlah yang kita buat pahala dengan menjaga mak ayah yang dah tua. Tak kira la mak ayah sendiri ataupun mak ayah mentua. Mak ayah dah tak larat sangat nak uruskan rumah. Sekurang-kurangnya bolehlah kita tolong-tolong menguruskan rumah dan masak untuk mak ayah.

3. Teman nak bersembang

Bila kita tinggal dengan keluarga, kita ada la teman nak bersembang dan bercerita. Syu suka duduk dengan keluarga mentua sebab mak mentua dan adik beradik ipar semuanya suka bercerita dan suka mendengar Syu cerita walaupun topik entah apa-apa. Keluarga sendiri memang tak payah cakap la, kalau berkumpul memang riuh semua nak cerita πŸ™‚

Kalau duduk dengan keluarga takde la bosan sebab ramai kat rumah tu. Kalau di rumah sendiri hidup sendiri, kita nak cerita dengan siapa kan? Tak sempat nak telefon pun. Anak-anak pun dah ambil seluruh masa kita, mana ada masa nak buat kerja lain kan?

4. Ada orang yang masak

Kalau duk rumah mentua, ayah yang masak. Sedap πŸ™‚ Syu sekadar tolong-tolong potong bawang dan jadi tukang makan ada la. Itupun kalau Syu tak melayan kerenah anak-anak.

Kalau Syu di rumah, memang beli makanan je la. Jarang sangat dapur nak berasap sebab pada Syu anak lagi penting. Tapi, bila di rumah ayah, makanan semua dah tersedia.

Bukan nak cakap kita senang-senang je goyang kaki bila tinggal bersama keluarga. Kita tolong la hal yang lain macam kemas rumah ke, basuh bilik air ke, sidai kain ke walaupun kita tak dapat tolong masak. Sekurang-kurangnya ada makanan untuk kita makan kan? Pada masa yang sama, rumah pun bersih terurus.

5. Merapatkan hubungan dengan keluarga

Ada sesetengah dari kita bukanlah rapat sangat dengan keluarga. Hubungan pun kadang-kadang hambar je walaupun antara anak dan mak ayah. Jadi, dengan tinggal bersama keluarga, bolehlah kita cuba untuk pulihkan keadaan yang keruh sesama keluarga. Lupakanlah segala salah faham dan dendam yang dirasai dan binalah hubungan baik semula πŸ™‚

Walaupun banyak kebaikan tinggal bersama keluarga, ada juga keburukannya. Bukan buruk apa pun, ianya lebih kepada ketidakselesaan kita. Bila duduk sebumbung dengan keluarga, ada benda kita perlu kawal dan ada benda yang kita perlu elakkan.

1. Jaga perangai dan tingkah laku

Bila dah duduk dengan mak ayah nie, kenalah jaga perangai kita. Nak marah-marah anak pun kena tengok caranya, nak bertengkar dengan suami pun segan, nak bangun lambat pun tak boleh. Bila di rumah sendiri, kita tak kisah pun untuk buat apa-apa sesuka hati kita. Tapi, di rumah mak ayah, kenalah sopan sikit πŸ™‚

2. Jaga aurat

Rumah mak ayah mesti ada adik beradik Β atau adik beradik ipar yang berlainan jantina kan? Kalau ada, kita mestilah kena tutup aurat setiap masa. Keluar bilik je kena pakai tudung, baju lengan panjang dan seluar panjang. Memang tak boleh nak pakai baju sesuka hati.

3. Kekok nak menolong

Rumah mak ayah, barang-barang mak ayah. Kalau di rumah keluarga sendiri ok lagi, tapi kalau di rumah mentua mesti kekok nak kemas rumah, nak guna mesin basuh, kekok semua la. Kalau nak kemas rumah pun kita akan tanya dulu. Last-last kita mati kutu nak buat apa sebab tak biasa dengan keadaan rumah keluarga πŸ™‚

4. Segan nak pakai barang di dalam rumah ayah

Kalau tiggal dengan mentua, kita akan sentiasa rasa segan nak pakai segala barang dalam rumah. Nak basuh baju pun tanya dulu nak pakai mesin basuh, nak masak pun kita takut-takut nak guna bahan masak dalam peti ais. Tapi, kalau kita memang akan tinggal lama dengan keluarga, eloklah hilangkan rasa segan tu sebab kita memang akan guna pun segala barang dalam rumah mereka.

Mungkin salah satu cara nak hilangkan rasa kekok dan segan nie adalah dengan membeli bahan-bahan masak dan juga bayarkanlah bil-bil di rumah mak ayah. Itu adalah sekurang-kurangnya yang kita boleh tolong.

Inilah dilemma kita sekeluarga kalau pilihan untuk tinggal bersama keluarga diutarakan. Bukan mudah untuk buat keputusan, tapi fikirlah dengan mendalam apa yang terbaik untuk diri dan keluarga kita. Janganlah terlalu berfikiran negatif yang tinggal dengan keluarga adalah sesuatu yang buruk padahal kita tak pasti pun lagi apa kesudahannya. Kesimpulannya, fikirlah betul-betul supaya kita tidak menyesal nanti.

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Dh penah tinggal dgn mertua. Alhamdulillah ok je cuma lbh kpd pilihan nak duduk sendiri. Alhamdulillah skrng dh duduk sendiri. Rumah MIL dekat je pun selalu ulang alik πŸ™‚ Nak berdikari sendiri hihi baru rasa susah senang hidup berkeluarga ni πŸ™‚
    Aniey Yusoff recently posted…14 Tabiat Yang Mengundang Gangguan Kesihatan AnakMy Profile

    • UmmuZuhayr :

      syu pun dulu mmg duk dgn keluarga…alhamdulillah semua ok je..syu mmg jenis yang attach dgn family… πŸ™‚

      tapi dah keje nie je yang mula berdikari sendiri…sbb jauh dari keluarga… πŸ˜€

Leave a Reply to Aniey Yusoff Cancel reply

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.