Cemburukan Adik Baru: Apa Perlu Buat?

Cemburukan Adik Baru: Apa Perlu Buat?

Setiap anak kita berbeza, dan setiap dari mereka mempunyai ragam yang tersendiri. Ibu ayah perlu tahu macam mana nak tackle setiap anak agar mereka sentiasa rasa disayangi oleh kedua ibu ayah. Sebab tulah ibu ayah perlu tahu bahasa cinta yang anak kita suka supaya kita boleh guna untuk tunjukkan pada anak yang kita sayang mereka sebenarnya. Kalau kita kenal anak kita, mesti kita boleh tahu apa yang perlu dilakukan apabila tiba kehadiran adik baru di dalam keluarga.

Apabila lahirnya adik baru, secara automatik kakak/abang akan rasa tergugat kerana kasih sayang ibu ayah yang dahulunya hanya untuk mereka seorang telah dibahagi dua dengan adik baru. Bila dah rasa tergugat nie, mulalah pelbagai aksi dan perangai untuk meminta perhatian ibu ayah. Jerit-jeritlah, baling-baling baranglah, tak dapat barang menagis lah, macam-macam adegan mereka semata-mata nak ummi dan abi pandang mereka. Persoalannya, apa yang perlu ibu ayah lakukan untuk mengelakkan dan mengurangkan perasaan cemburu si abang/kakak pada adik yang baru lahir itu?

Tips-Menghadapi-Anak-Anda-Yang-Cemburu-Pada-Calon-Adik-450x225

1. Kenali bahasa cinta abang/kakak

Bahasa cinta ada 5, iaitu ibu ayah ucapkan kata-kata semangat, ibu ayah buatkan sesuatu untuk anak, selalu habiskan masa bersama-sama anak, bagi hadiah, dan sentuhan ibu ayah (peluk ke, cium ke, etc). Ibu ayah perlulah tahu bahasa cinta yang anak suka, barulah senang nak melayan kerenah.

Kalau ibu ayah gunakan bahasa cinta yang betul dengan anak-anak, tka perlu layan lama pun, mereka akan rasa disayangi. Automatik takkan ada masalah cemburu dengan adik baru dan takdelah adegan-adegan tantrum nanti.

2. Adil dan saksama

Bila ada adik baru, mestilah ibu ayah dan juga orang lain juga akan lebihkan adik. Sikit-sikit adik, semua pun adik dulu. Tak adil la pada abang dan kakak nie. Kita kenalah adil terhadap layanan. Layan adik baru, layan abang dan kakak juga. Jangan dipinggirkan terus si abang dan kakak apabila dah ada baby baru.

3. Biar abang dan kakak tolong dalam hal berkaitan adik baru

Bila kita perlukan bantuan, minta tolong abang dan kakak yang buatkan. Contohnya, tolong ambil pempers, tolong sapu bedak pada adik, pakaikan baju, etc. Mereka akan seronok apabila mereka dapat tolong. Mereka akan rasa dihargai sebab kita minta tolong dengan mereka.

Bila kita bagi abang dan kakak tanggungjawab dalam uruskan adik baru, mereka akan rasa tanggungjawab sebagai abang/kakak. Mereka akan rasa sayang dengan adik baru. Mereka akan cuba untuk jaga adik baru sebaik mungkin. Sedikit sebanyak mereka akan belajar cara-cara jadi abang yang penyayang.

4. Beri pujian setiap kali abang dan kakak menolong

Setiap kali abang dan kakak tolong uruskan adik, beri pujian “baik Ahmad nie. Abang yang bertanggungjawab. Ummi sayang Ahmad” “Lain kali boleh tolong ummi lagi ye”. Peluk cium sikit anak kita lepas mereka tolong. Mereka akan suka sangat. Percayalah. Mereka mesti akan tolong lagi nanti.

5. Layan abang dan kakak semasa menguruskan baby baru

Contohnya, kita menyusukan baby. Masa menyusukan baby tu, ajaklah abang dan kakak baca buku cerita ke, mewarna ke, biar mereka baring sekali dengan kita, etc. Mereka akan rasa bahagia sebab ibu ayah tak pernah sisihkan mereka walaupun ada adik baru. Sambil layan tu, terangkanlah kenapa kita selalu bersama adik baru nie “Ahmad, Ahmad dah besar, boleh minum susu sendiri. Adik minum susu ummi lagi. Sebab tu ummi selalu pegang adik. Tapi, Ummi sayang Ahmad juga. Bukannya Ummi tinggalkan Ahmad sorang-sorang”. Legalah bila abang dan kakak dengar.

6. Mesti ada masa abang/kakak sahaja.

Masa ini tertumpu untuk abang/kakak sahaja. Layan dia main, mandikan ke. Adik baru biar ayah atau orang lain jaga ataupun masa adik tidur.Kita layanlah si abang dan kakak sebaik mungkin. Tumpukan sepenuh perhatian kita kepada mereka. Biar mereka rasa keprihatinan kita kepada mereka.

7. Jangan bandingkan abang/kakak dengan adik baru.

Jangan sesekali cakap ‘Adik lagi comel dari abang/kakak’, ataupun ‘abang masa kecik selalu nangis kuat-kuat. Adik senyap je. Takde buat hal’. JANGAN sesekali cakap begitu. Setiap anak lain dan mereka mempunyai perangai yang berlainan. Jangan sesekali bandingkan mereka tapi cari setiap kelebihan yang mereka ada supaya mereka rasa yang mereka pun ada kepentingan dalam keluarga juga.

8. Jangan marah abang/kakak kalau mereka tunjuk tantrum

Apabila anak kita tantrum, kita tengok balik diri kita. Adakah kita cukup bagi perhatian kepada abang dan kakak? Kita layan mereka atau pun kita selalu tolak mereka ke tepi dan pentingkan adik baru je? Jangan salahkan anak secara melulu kalau mereka buat perangai tapi fikir dahulu apa sebab mereka buat begitu.

9. Selalu ucapkan kata sayang

Pastikan kita selalu cakap yang kita sayang si abang dan kakak supaya mereka tak terasa diabaikan. Jangan lupa peluk cium mereka juga sepertimana kita peluk cium baby baru kita. Abang dan kakak mempunyai hak  yang sama untuk dapat apa yang adik baru dapat.

10. Tidurkan abang dan kakak

Pastikan setiap malam kita tidurkan abang dan kakak sebab masa nak tidur adalah masa yang sangat berharga untuk anak kita bercerita dengan kita. Masa nie jugalah masa yang sesuai untuk peluk anak sambil ucap kata-kata sayang dan maaf pada anak kita. Barulah mereka akan rasa disayangi dan kuranglah cemburu pada adik baru tu tadi.

Mudahkan sebenarnya nak kurangkan cemburu anak kita pada adik yang baru. Kita hanya perlu praktikan satu persatu tips-tips ini. Lama kelamaan nanti kita akan biasa buat semua sekali. Ingatlah anak kita yang dah besar juga perlukan perhatian kita walaupun mereka sudah pandai main sendiri. Jadilah ibu ayah yang adil dan saksama dalam segala hal. Bersama kita berusaha menjadi ibu ayah yang penyayang!

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Anak saya yang sulung masa mula2 dapat adik memang asyik nak cari perhatian saya dan suami. Ada sahaja ragamnya supaya kita bagi tumpuan lebih kepadanya berbanding adik yang baru lahir. Alhamdulillah, kini dah boleh terima ‘hakikat’ yang dia tu dah jadi abang!heheheheh
    yatie recently posted…Suplemen Untuk Ibu Hamil Kekal Cergas Dan Bertenaga!My Profile

Leave a Reply to yatie Cancel reply

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.