Cara Tidurkan Dan Kejutkan Anak Supaya Anak Tidak Meragam

Cara Tidurkan Dan Kejutkan Anak Supaya Anak Tidak Meragam

Adab Tidurkan Dan Kejut Anak Bangun Tidur

.

Anak-anak suka dimanja dan dibelai oleh ibu ayah pada setiap masa untuk rasa kasih sayang, tapi paling anak kita suka adalah dibelai ketika nak tidurkan dan kejutkan bangun dari tidur. Tapi, nak tidurkan anak dan juga nak kejutkan anak kita bangun ada adab yang perlu kita ikut supaya anak kita tak meragam pagi-pagi nanti. Kalau tak stress kita nanti.

Tips tak nak stress siapkan anak pagi-pagi boleh di baca di sini 🙂

Anak-anak Syu, termasuklah Zuhayr yang dah 5 tahun tu pun masih suka dibelai ketika nak tidur dan juga bila kejutkan dia bangun masa nak pergi sekolah. Setiap malam mesti duduk dengan anak-anak sampailah mereka tidur, barulah Syu sambung kerja ataupun tidur di katil.

Sebenarnya, memang bagus kita tidurkan anak kita walaupun anak kita dah tidur di katil atau bilik sendiri. Ini kerana anak kita akan rasa selamat dan rasa disayangi oleh ibu ayah. Selain itu, minda separa sedar anak kita akan berfikir yang baik-baik dan indah-indah je. Insya Allah nyenyak tidur malam. Bila tidur dengan baik, bangun pun in sya Allah baik dan tak meragam.

.

Two kids sleeping in bed under colorful blanket. Children relaxing in bedroom. Tired toddler girl and baby boy before bedtime. Rainbow textile bedding for nursery. Brother and sister play at home.

.

Adab tidurkan anak-anak

Sebelum tidurkan anak-anak, pastikan anak kita dah bersedia untuk tidur. Amalkan melakukan rutin-rutin harian untuk anak kita tidur dengan lena di malam hari. Biar mereka selesa untuk tidur. Bila anak dah nak tidur, Syu amalkan buat perkara-perkara ini.

a. Membaca surah Al-Mulk (kalau ibu ayah dapat hafal lagi bagus, senang nanti nak bacakan untuk anak sebelum mereka tidur)

b. Membaca surah Al-fatihah

c. Membaca Ayat Kursi

d. Membaca surah 3 Kul (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, dan Surah An-Nas)

e. Aktifkan minda separa sedar anak

Minda separa sedar adalah minda yang akan buat anak kita ingat apa yang kita cakap dan mereka percaya perkara itu betul, dan mereka akan berkelakuan seperti yang kita cakapkan. Itulah sebabnya masa anak kita mamai-mamai tu, bisikkan perkara baik-baik pada telinga mereka.

Masa ini juga adalah sangat sesuai untuk kita ubah sikap anak. Kalau anak kita suka cubit pukul adik, masa ini bisikkanlah “ummi sayang abang sangat-sangat, tapi ummi lagi sayang abang bila abang main baik-baik dengan adik” (tak perlu sebut perkara yang kita tak suka, cuma sebut apa yang kita nak anak kita buat)

Ulang-ulang cakap ayat yang sama sampailah anak tidur.

Tapi, jangan banyak sangat perkara yang kita nak anak kita ubah, maksimum 5, lagi sikit lagi bagus sebab otak anak kita tak boleh nak ingat banyak-banyak. 

f. Peluk dan cium dahi anak 

g. Ucapkan selamat malam dan ‘assalamualaikum’

.

Adab Kejutkan Anak Bangun Tidur

Kebiasaannya, kalau anak kita tidur dengan gembira, mereka akan bangun dengan gembira juga. Meragam sikit-sikit tu biasa la. Jadi, mulakanlah kejut anak kita dengan baik dan beradab supaya mereka tak terkejut dan marah.

1. Beri salam pada anak yang tengah tidur

  • Bangunkan dulu roh anak kita supaya jasad mereka akan bangun juga.

2. Sentuh ibu jari kaki anak kita dan goyang-goyangkan dengan perlahan.

3. Panggil nama anak kita dengan lembut.

4. Sambil panggil nama anak, pujilah anak kita juga “Bangunlah Zuhayr sayang, budak baik, anak soleh ummi nie”

5. Bila anak kita dah terjaga, usap kepala anak ataupun pangku anak supaya mereka betul-betul terjaga. 

  • Zuhayr lebih mudah terjaga bila dah kena pangku sebab Syu dudukkan dia masa nie.

6. Bacakan doa bangun tidur.

7. Lepas mandikan anak, berilah kata-kata semangat untuk anak kita mulakan hari mereka dengan cergas dan ceria. 

8. Cium dahi dan peluklah anak kita dan ucaplah ‘Ummi sayang Zuhayr. Hensem dah siap pakai baju sekolah nie. Belajar elok-elok tau di sekolah nanti.’

.

Bila kita bangunkan anak dengan cara yang baik tanpa tengking-tengking dan marah-marah, emosi anak kita akan lebih baik dan mereka akan gembira untuk mulakan hari mereka. Percayalah!

Selamat mencuba! Moga menjadi ibu ayah cemerlang dunia dan akhirat!

.

sekadar hiasan

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Best tips ni.
    Thanks syu.
    Ros recently posted…Resepi Mee Kungfu Simple Yang Anak Pun Boleh MakanMy Profile

  2. Terima kasih tips ni, boleh aplikasikan bila dah ada anak nanti 😀
    sabree hussin recently posted…Cara bagaimana anda boleh gunakan blog untuk buat duit dengan AffiliateMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.