Cara Tahan Mengantuk Tanpa Minum Kopi

Cara Tahan Mengantuk Tanpa Minum Kopi

Semasa bekerja, kita memang selalu mengantuk dek kerana kerja yang menimbun dan semuanya perlu disiapkan dengan cepat. Kadang-kadang sampai kena bawa kerja balik rumah semata-mata nak siapkannya. Terpaksalah menjadi burung hantu sambil bertemankan kopi, semata-mata untuk membuat kerja yang tertangguh.

Tapi, macam mana nak berjaga tanpa minum kopi? Sebab kopi kan tak bagus untuk kita. Kopi banyak sangat mengandungi caffeine yang boleh menyebabkan kerapuhan tulang.

Nak tahu tips tahan mengantuk tahan mengantuk tanpa kopi? Akak dalam video nie ada kongsi cara beliau. Memang boleh berjaga dari jam 9 malam hingga pukul 2-3 pagi tanpa mengantuk dan masih boleh fokus untuk siapkan kerjanya. Macam mana tu? Tontonlah sendiri!

Best tak cara beliau? Setiap orang ada cara mereka sendiri utuk tahan diri dari tertidur masa menyiapkan sesuatu, tak kira la kerja pejabat mahupun kerja sekolah.

Syu pun nak kongsi cara Syu tahan mengantuk semasa nak siapkan kerja-kerja sekolah. Harapnya bermanfaat kepada semua!

1. Urut Bahu dan pangkal leher

Syu memang akan sentiasa mengurut bahu dan leher kalau mengantuk. Tapi, kena buat selalu la sebab cara nie boleh tahan mata sekejap je. Tak lama lepas tu Syu mesti mengantuk semula.

2. Minum air secukupnya

Kita perlu minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari supaya badan kita cukup oksigen. Kita mengantuk bila tak cukup oksigen dalam otak kita. Sebab tu la ramai akan tarik nafas dalam-dalam supaya oksigen sampai ke otak untuk menghilangkan rasa mengantuk.

3. Senaman ringan

Kalau mengantuk sangat, Syu akan berjalan sikit-sikit atau pun berdiri sebentar sambil buat senaman ringan. Paling tidak pun Syu akan gerak-gerakkan tangan dan kaki untuk hilangkan lenguh-lenguh.

Tapi, kalau Syu masuk kelas mengajar, Syu akan suruh anak murid buat lompat bintang kalau mereka mengantuk semasa belajar. Biar segar sikit πŸ™‚

4. Bersembang dengan kawan

Bercakap dengan orang sebelah juga boleh hilangkan mengantuk. Kalau takde kawan sebelah bolehlah juga rehat 5 minit sambil tengok facebook ataupun whatssap messages.Β Tapi, jangan lama-lama tau. Nanti kerja tak siap.

5. Basuh muka

Basuh muka dengan air sejuk boleh buat kita terkejut dan kembali segar. Hilang terus mengantuknya bila kena air. Cuma rajin ataupun tak je la nak ke tandas selalu semata-mata nak basuh muka.

6. Tidur sekejap

Kalau dah mengantuk sangat-sangat, tidur la sekejap dalam 10-15 minit. Kena pastikan yang tidur kita berkualiti sambil bayangkan yang baik-baik supaya otak kita relax masa kita tidur sekejap tu.

7. Dengar lagu

Dengar lagu sambil menyanyi seorang diri boleh elakkan diri kita dari tertidur. Kalau kita seorang diri, boleh juga kalau nak nyanyi kuat-kuat, bukannya ada orang dengar pun πŸ™‚ Tapi, kalau ada orang, cukuplah sekadar menyanyi perlahan supaya tidak mengganggu orang lain.

8. Mengunyah makanan ringan

Masa Syu sekolah dulu, Syu suka sangat kunyah chewing gum untuk kurangkan mengantuk dalam kelas. Tapi, sekarang Syu lagi suka kunyah makanan yang berkhasiat, seperti biskut, kismis, dan kurma. Memang boleh tahan mengantuk, terutamanya kalau Syu makan kurma sebab kurma memang bagi tenaga pada Syu untuk terus buat kerja.

9. Mandi air sejuk

Kalau Syu bangun awal untuk siapkan kerja-kerja yang tertangguh, Syu memang akan mandi dulu. Mandi dengan air sejuk tau. Biar sel-sel badan kita pun bangun sekali. Barulah boleh segar mata πŸ™‚

Inilah cara Syu untuk tahan mengantuk supaya tak tertidur semasa buat kerja. Alhamdulillah, memang tak de masalah tertidur di tengah-tengah buat kerja.

Moga ia bermanfaat kepada anda juga. Selamat mencuba!

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Sy xska mnm kopi…mmg ni la antra cra2 sy nk hlgkn rs mngntuk… p’kgsian yg menarik…
    Jom baca apa pula tips utk hdp lbh bhgia & produktif
    Idayu Irdina recently posted…Tips Hidup Bahagia dan Lebih ProduktifMy Profile

    • UmmuZuhayr :

      berkesan kan cara-caranya..moga ia memberi manfaat kepada orang yang membacanya πŸ™‚

  2. fathia rose :

    saya masih lagi ngantuk laaa

Leave a Reply to Idayu Irdina Cancel reply

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.