Cara Pantas Masak Bubur Bayi Setiap Pagi, Sesuai Untuk Ibu Bekerja

Cara Pantas Masak Bubur Bayi Setiap Pagi, Sesuai Untuk Ibu Bekerja

Ibu-ibu yang mempunyai anak 6 bulan ke atas mesti sudah mula masak bubur untuk mereka kan? Ada yang masak hari-hari, ada juga yang masak banyak-banyak dan bekukan menjadi stok. Bila buat stok nie lama la sikit tahan dan tak perlu nak masak hari-hari kan. Jimat masa 🙂

Tapi, Syu suka masak bubur anak hari-hari. Ini kerana ada suatu hari dulu bubur yang Syu defrost tu tak tahan sampai ke petang. Masa tengah hari dah basi. Kesian Basyiirah tak dapat makan petang. Sejak tu, memang Syu nekad untuk bangun awal pagi untuk masakkan bubur untuk Basyiirah.

Bila bangun awal pagi nie, masa yang ada tak banyak. Syu kena cari jalan paling mudah untuk masak bubur Basyiirah. Jadi, semua bahan-bahan Syu dah sediakan awal-awal. Setiap hujung minggu Syu akan sediakan 3 bahan-bahan ini untuk memudahkan Syu masak bubur Basyiirah awal-awal pagi.

.

1. Beras mesti dah dibasuh dan dikisar (Simpan dalam bekas kedap udara)

beras kisar

.

2. Stok ayam buatan sendiri dah disediakan dan dibekukan (Syu bekukan dalam bekas ais cube)

stok ayam

.

3. Puree sayuran pun dah dibekukan (yang nie pun Syu bekukan dalam bekas ais cube). Syu suka buat 2 jenis sayuran untuk dimasukkan ke dalam bubur. Sayur yang biasa Syu buat adalah lobak merah dan juga brokoli.

puree sayur

.

Apabila ketiga-tiga bahan ini sudah tersedia, memang cepat masak bubur kesukaan anak kita.

a. Ambil beras yang telah dikisar dan masukkan ke dalam periuk.

 

b. Masukkan beberapa cube stok ayam (Syu biasa letak 2 cube sebab cubenya besar) dan juga puree sayuran yang beku.

 

c. Masukkan air secukupnya untuk masakkan bubur tersebut.

 

bubur

.

Siap. Tak sampai setengah jam dah siap bubur nasi anak kita yang penuh khasiat tu. Sambil-sambil menyiapkan barang-barang keperluan anak nak ke sekolah, bubur atas dapur tu dah masak. Tak payah tengok selalu pun.

Syu akan masukkan dalam bekas kecil-kecil macam nie, sesuai untuk sekali makan. Tak payah simpan-simpan. Sesi makan seterusnya guna bekas yang baru. Begitulah hari-hari Syu akan buat bubur Basyiirah.

Dengan cara ini, semua ibu-ibu boleh menyiapkan bubur yang freshly made untuk anak kesayangan. Sekurang-kurangnya kita tahu kan apa yang kita letak dalam bubur itu, bukannya bagi anak kita makan biskut atau bijirin yang kita beli di kedai. Biarlah anak kita sihat dengan makanan dari air tangan kita kan?

Selamat mencuba!

Love,

Syu Amir 

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Saya pun selalu buat macam ni. Tiap tiap hari masak. So anak dapat nasi baru.

    Kadang2 bila tak sempat nak buat cube sayur, saya cuma grate kan brocoli dalam bubur.

    Bila dah besar sikit, boleh grate kan carrot dalam bubur.

    Just sharing
    nurul recently posted…Hamil , menyusukan dan berpuasaMy Profile

    • UmmuZuhayr :

      menarik juga cara tu. Tapi Syu tak pernah pula cuba..mungkin lain kali akan dipertimbangkan…hihi…

  2. Juliza Mohamad :

    Salam.nak tanya.kalau masak bubur pagi..hantar kat nursery dalam bekas ni jela ea?xperlu letak dalam termos? Boleh tahan sampai petang ke?

    • syuhada amir :

      kalau hantar ke taska, elok masuk dalam termos melainkan pengasuh di taska rajin nak panaskan sendiri…

      pengasuh syu memang panaskan sendiri bila anak nak makan…sbb tu boleh bagi guna bekas kecik2 tu… 🙂

  3. menarik..blh try. cepat & mudah.. Kat mana beli bekas tu..? senang ada penutup terus

  4. Sis..ajarkan cara buat stok ayam tu

    • syuhada amir :

      blh…nie cara syu buat stok ayam…

      bahan2:
      carrot
      celery
      ayam (potong kecil)
      rempah 4 sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, yang lagi satu tak inagat la…)
      air penuh periuk

      cara2:
      rebus semua sampai air tinggal lebih kurang separuh
      tapis semua isi
      ambil isi ayam, carrot, sedikit celery. masukkan bahan2 ini ke dalam blender bersama air tapisan ayam tadi.
      lps blend, masukkan ke dalam cube ais.

      bila nak masak, masukkan seketul or dua ketul stok ayam (bergantung kepada besar kiub tersebut)

  5. Massuriati :

    Salam syu..syu ada bgtau y pngasuh syu mmg pnaskn..mksdnya,bila bubur dlm suhu biasa (slpas dmasak), boleh tahan brapa lama ye?

  6. salam..nk tanya..maknanya selepas masukkan dlm bekas bertutup tuh,,then simpan dlm chiller ker or suhu bilik biasa?

    • syuhada amir :

      Syu masuk dlm chiller je…tak bekukan pun…

      Ataupun masak hari2, tak sempat masuk chiller pun..terus hantar rumah pengasuh

Leave a Reply to UmmuZuhayr Cancel reply

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.