Cara Mudah Membuat Glitter Water Colour

Cara Mudah Membuat Glitter Water Colour

Pada minggu lepas, Syu bawa anak-anak Syu pergi Petrosains. Walaupun masih dalam mood beraya, tapi ramai orang dah mula kerja. Jadi, kami yang belum mula kerja nie kenalah fikirkan nak buat apa. Tu yang jadinya family trip pergi KLCC.

Semasa dalam Petrosains tu, ada satu pameran. Akak itu menerangkan satu benda yang kita boleh buat bersama-sama anak di rumah yang sangat mudah, tapi sangat cantik dan menarik. Yang penting, ianya sangat mudah untuk dilakukan.

.

cara buat glitter water colour

.

Kakak tu ajar kami semua macam mana nak buat Glitter Water Colour. Lukisan anak kita akan jadi berkilat-kilat selepas ianya kering. Syu memang terpegun tengok mudahnya nak buat glitter water colour nie. Syu kongsikan di sini supaya semua ibu ayah boleh jadikannya salah satu aktiviti untuk menghabiskan masa bersama anak di hujung minggu.

.

            glitter water colour 2                     glitter water colour

.

Bahan-bahan:

1. Air panas

2. Garam

3. Food Colouring

.

Cara-caranya:

  1. Campurkan garam dan air panas. Gaul hingga garam larut.

  2. Masukkan food colouring kesukaan anda. Gaul hingga sebati.

  3. Siap! Bolehlah mula mewarna. Lepas dah siap, jemur tengah panas ataupun gunakan pengering rambut untuk keringkan lukisan. Nanti tengoklah betapa berkilat dan cantiknya lukisan anak kita itu. 

.

Mudah kan? Lepas ini bolehlah ibu ayah mencubanya di rumah. Lihatlah betapa gembiranya anak-anak kita apabila melihat lukisan mereka yang bersinar-sinar itu nanti.

Selamat mencuba dan selamat bergembira di hujung minggu!

.

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.