Cara Mengurangkan Kedutan Dan Garis-garis Halus Di Muka

Cara Mengurangkan Kedutan Dan Garis-garis Halus Di Muka

Tips Mengurangkan Kedut-kedut Dan Garis Halus Di Muka

Muka berkedut adalah mimpi ngeri buat semua wanita, terutamanya wanita berumur. Semakin meningkat umur kita, semakin berkurang kolagen yang dihasilkan oleh badan kita. Sebab itulah apabila kolagen dah berkurang, muka kita akan mula menampakkan garis-garis halus dan juga kedut-kedut di muka kita. Apa yang perlu kita buat untuk  nampak awet muda walaupun kita dah berumur?

.

anti-aging-skin-care

.

Cara-Cara Mengurangkan Kedutan Dan Garis Halus

Kita perlu menjaga muka kita supaya tidak nampak tua berbanding umur sebenar kita. Malu pada orang bila muka kita mula berkedut-kedut. Takut nanti orang tegur “naper muka awak nie nampak tua je?” Apa nak jawab nanti, takkan nak menyorok tak nak jumpa orang hanya kerana banyak garis halus di muka kan?

Khas buat anda yang nak menghilangkan garis-garis halus di muka, bolehlah mencuba tips-tips ini.

1. Timun

Timun mempunyai kadar kelembapan yang tinggi. Dengan meletakkan hirisan timun di atas mata, ia membantu untuk mengurangkan garis-garis halus dan kedutan di sekeliling mata kita. In sya Allah mata kita pun tidak kering dan pedih.

2. Lidah buaya / aloe vera

Aloe vera adalah antioktisa yang diperlukan oleh kulit kita. Ia kaya dengan Vitamin C dan Vitamin E yang memang sinonim dengan kecantikan dan keanjalan kulit.

Cara-caranya:

  • Ambil lendir aloe vera dan sapukan ke muka.
  • Biarkan selama 15 minit ataupun hingga kering.
  • Bilas dengan air suam hingga bersih.

Lakukan setiap hari selama 2 minggu untuk mula nampakkan perubahannya.

3. Kolagen

Kolagen amatlah diperlukan oleh kulit kita. Tanpa kolagen, kulit kita akan mula kendur dan berkedut. Jadi, kita perlulah ambil makanan yang tinggi kandungan kolagen seperti ikan salmon.

4.  Vitamin C

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan Vitamin C sangat bagus untuk menjadikan kulit kita cantik dan licin. Selain itu, Vitamin C sangat diperlukan untuk menghasilkan kolagen. Tanpa Vitamin C, kolagen tidak dapat dihasilkan dengan baik.

Jadi, selalulah amalkan makanan yang tinggi kandungan Vitamin C ye, seperti buah oren.

5. Resveratrol

Ini adalah kunci kepada segala kecantikan..hehe… Dengan mengambil makanan yang tinggi kandungan resveratrol akan memudahkan kulit kita nampak awet muda selalu tanpa kulit berkedut, kulit kusam mahupun garis-garis halus.

Contoh makanan yang mempunyai resveratrol adalah seperti anggur muscadine 🙂

.

Kulit muka kita adalah lambang keyakinan kita. Muka yang licin tanpa jerawat dan berkedut-kedut membuat kita lebih yakin untuk berhadapan dengan orang sekeliling kita. Jadi, kita MESTI jaga kulit kita agar sentiasa awet muda dan cantik berseri.

.

Love,

Syu Amir

019-2198621 

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. perempuan memang takut dengan kedutan.
    Yang penting, kawal stress setiap hari.
    Ros recently posted…Tips Dapatkan ‘Beauty Sleep’ Agar Wajah Nampak Segar Keesokkan HarinyaMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.