Cara Mendapatkan Susu Badan Yang Pekat Dan Banyak

Cara Mendapatkan Susu Badan Yang Pekat Dan Banyak

Anak Kenyang Lama Apabila Susu Ibu Lebih Berkhasiat

Memiliki susu badan yang banyak merupakan idaman setiap ibu yang menyusukan bayi. Tapi, ibu-ibu perlulah ingat bahawa pemakanan kita menjadi faktor penting dalam menghasilkan susu ibu yang berkualiti dan berkhasiat. Apa yang kita makan dan minum akan menjadi susu yang anak kita minum. Jadi, kita perlulah menjaga apa yang kita makan supaya ia tidak memudaratkan kita, dan juga anak kita yang susukan itu.

 .

susu-pekat

Tips Mendapat Susu Badan Yang Pekat

Kepekatan susu ibu bergantung kepada khasiat makanan yang kita makan. Cukup ataupun tidak kandungan nutrisi harian yang diperlukan badan kita. Jadi, untuk menjadikan susu badan kita pekat dan lebih mengenyangkan pada bayi, kita perlu lakukan beberapa perkara, seperti:

1. Makan makanan yang berkhasiat

Makanan berkhasiat adalah berdasarkan piramid makanan. Tapi, dengan cara penanaman dan penternakan sekarang, terlalu banyak bahan kimia yang terdapat dalam makanan kita. Selain itu, cara kita masak akan membuatkan kandungan nutrisi itu hilang ataupun mati. Jadi, kita tidak akan dapat nutrisi yang mencukupi untuk keperluan badan kita.

Untuk memastikan badan kita mendapat nutrisi yang cukup, ibu bolehlah top-up dengan multivitamin supaya dapat menutup lompong-lompong vitamin yang tak cukup itu.

2. Protein

Makanan berprotein tinggi amatlah penting untuk menghasilkan susu yang pekat. Lagi tinggi protein yang kita makan atau minum, lagi pekat susu kita (mengikut pengalaman Syu).

.

Ini adalah dua perkara yang memang Syu jaga supaya susu yang terhasil kekal pekat dan buat anak cepat kenyang.

Tapi kan, bagaimana pula kita nak hasilkan susu yang banyak dan meriah?

Tips menghasilkan susu badan yang banyak dan meriah

Susu badan kita kadang-kadang dah cukup pekat dan mengenyangkan. Tapi, sikit je keluarnya. Macam mana nak cukup keperluan harian anak di taska/rumah pengasuh. Syu selalu amalkan cara-cara ini.

1. Mengepam di tempat kerja

  • Semasa di tempat kerja, jangan biarkan Cik B kita penuh tanpa kita mengepam tau. Amalkan mengepam setiap 3 jam ataupun kurang dari itu.

2. Kerapkan susukan anak 

  • Semasa anak berada dengan kita, kerapkan menyusukan bayi. Jangan terpengaruh dengan kata-kata orang anak perlukan susu setiap 2 atau 3 jam sahaja.
  • Aplikasikan konsep supply vs. demand setiap masa. Bila anak minta susu, bagi je. Walaupun baru setengah jam yang lepas anak kita menyusu.
  • Lagi kerap kita menyusukan anak, lagi banyak susu akan terhasil.

3. Kerapkan mengepam/ menyusukan anak di waktu malam

  • Waktu malam, hormon susu kita lebih tinggi dan kita lebih tenang.
  • Pada waktu ini, amatlah digalakkan untuk kita menyusukan anak ataupun mengepam untuk mendapatkan stok EBM.
  • Waktu ini juga sesuai untuk kita buat power pumping untuk meningkatkan kuantiti susu.

4. Berfikiran positif

  • Sentiasa berfikiran positif yang susu kita memang cukup untuk anak kita, tak kiralah kalau kita hanya dapat mengepam 2 oz sahaja.
  • Hasil mengepam tidak menentukan kuantiti susu yang kita mampu hasilkan sebenarnya. Jadi, jangan stress bila kita mengepam hasilnya tak banyak.

5. Jangan stress

  • Masa menyusukan anak, JANGAN STRESS!!! Kalau stress, nanti susu pun tak nak keluar. Bila susu tak keluar, lagi bertambah stress.
  • Jadi, jangan mengepam masa kita penat dan stress ye. Cuba untuk tenangkan hati dan fikiran dahullu sebelum mengepam.

6. Waktu cuti pun mengepam juga

  • Semasa cuti hujung minggu, jangan tak mengepam tau. Ianya penting untuk maintain kan penghasilan susu badan.
  • Tapi, masa cuti, cukuplah sekadar kita mengepam di waktu pagi dan juga sebelum tidur.

.

Tips-tips ini amatlah membantu Syu dalam menghasilkan susu yang pekat dan banyak. Moga ia membantu ibu-ibu juga.

 

Love,

Syu Amir

019-2198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.