Cara Membuat Pengat Durian Yang Simple Tapi Sedap!

Cara Membuat Pengat Durian Yang Simple Tapi Sedap!

Bila tiba musim durian nie, macam-macam resipi menggunakan durian akan dibuat, tapi favourite Syu semestinya pengat Durian.  Syu memang suka sangat makan pengat durian, terutamanya kalau mak Syu dan mak mentua Syu yang masakkan 🙂 Syu suka makan pengat dengan roti, sedap! Yummy!!!

Tetiba hari ini teringin nak buat pengat durian untuk minum petang sebab ada durian lebih takde orang yang nak makan. Cukuplah untuk Syu dan suami makan petang nie. Teringatkan resipi mak, Syu pun buatlah. Walaupun tak sama dengan mak masak, tapi cukup sedap untuk dimakan…hehe…

.

pengat durian

.

Syu kongsikan cara Syu masak pengat durian di sini. Siapa yang rasa nak makan pengat durian bolehlah simpan resipi mudah ini ye!

.

Pengat Durian Yang Simple Tapi Sedap!
Recipe type: Dessert
Prep time: 
Cook time: 
Total time: 
 
Ingredients
  • Isi Durian
  • 1 kotak Santan Pekat
  • 1 Cawan Air
  • Gula Melaka
  • Gula
  • Daun Pandan
Instructions
  1. Cairkan gula melaka dan tapiskan.
  2. Keluarkan isi durian dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan juga daun pandan, air, gula dan gula melaka ke dalam periuk. (Air tu agak-agak je, kalau nak pekat air kurangkan, kalau nak cair air lebihkan)
  3. Masak pengat durian hingga mendidih dan tutup api.

.

Syu tak pernah ada sukatan yang betul setiap kali buat pengat durian. Semuanya bergantung kepada berapa banyak durian yang ada pada masa itu. Yang penting, ianya mesti pekat dan cukup manis. Kalau yang lain suka pengat yang cair, boleh lebihkan air. Kalau tak suka manis boleh kurangkan gula. Yang penting gula melaka jangan banyak sangat sebab nanti pahit!

Pengat durian boleh dihidangkan panas-panas ataupun sejuk. Kedua-dua pun sedap. Lagi-lagi kalau dapat makan dengan roti. Memang boleh habislah separuh buku roti Gardenia yang kecil tu. Sebab tu la tak boleh buat selalu. Boleh kena darah tinggi kalau makan banyak-banyak.

Yang lain ada cara berbeza untuk buat pengat durian? Jom kongsi resipi korang pula dengan Syu!

.

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

Rate this recipe:  

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.