Cara Membuat Minyak Bawang Putih Untuk Kegunaan Harian Bayi

Cara Membuat Minyak Bawang Putih Untuk Kegunaan Harian Bayi

Resipi minyak bawang putih yang mudah!

Bawang putih mempunyai banyak khasiat yang boleh digunakan dalah kehidupan seharian kita terutamanya bayi kita kerana bayi di bawah 6 bulan tidak digalakkan untuk mengambil ubat dari doktor. Jadi, kita pakailah cara tradisional untuk mengubati mereka. Lagi selamat, tanpa sebarang dadah dan bahan kimia.

Syu memang suka guna bawang putih untuk anak-anak Syu. Buat minyak bawang putih je dan boleh disapukan pada anak. Setiap kali lepas mandi boleh sapukan. Kalau anak batuk dan selesema pun, Syu akan sapukan minyak bawang putih juga. Buat dalam bekas dan simpan dalam peti ais, boleh guna lama 🙂

.

Cara-cara membuat minyak bawang putih

Homemade Minyak Bawang Putih
Recipe type: Traditional Remedy
Prep time: 
Total time: 
 
Ingredients
  • Seulas Bawang Putih
  • Minyak zaitun
  • Bekas untuk menyimpan
Instructions
  1. Bakar seulas bawang putih (jangan buang kulit dulu) sehingga kulitnya tercabut.
  2. Hiris/cincang halus bawang putih tersebut.
  3. Masukkan ke dalam bekas bertutup.
  4. Masukkan minyak zaitun ke dalam bekas.
  5. Ramaskan bawang putih bersama minyak sehingga naik bau.
  6. Siap!

Tapi, sebelum menggunakannya kepada bayi kita, eloklah dulu kita lakukan ‘patch test’ untuk memastikan yang anak kita tidak alergik dengan bawang putih. Caranya mudah sahaja, sapukan sedikit minyak bawang putih ini di bahagian pelipat seperti pelipat siku ataupun belakang lutut. Biarkan selama setengah jam dan lihat kesannya. Jika tiada apa-apa kesan yang mencurigakan, maknanya OK la tu nak sapukan.

.

Bawang Putih Menjadi Pilihan

Bawang putih memang menjadi kegemaran Syu kalau nak jadikan ubat untuk anak-anak, terutamanya bila anak selesema dan batuk. Kesian tengok batuk kuat-kuat tapi tak pandai nak keluarkan kahak. Risau tengok anak tercungap-cungap bila hingus penuh dalam hidung tapi tak pandai nak hembus bagi keluar.

Jadi, dengan menggunakan minyak bawang putih dan juga teknik steam and percussion, bolehlah bantu untuk keluarkan kahak di samping membunuh kuman dan bakteria kahak dan hingus. Ia juga akan membantu untuk mengeringkan lendir-lendir dengan lebih cepat.

Fungsi Bawang Putih 

  1. Asid amino Allicin yang terdapat di dalam bawang putih → mempunyai sifat anti-virus, anti-fungus, dan juga anti-bakteria untuk membantu membunuh kuman dan bakteria dalam badan.
  2. Membantu untuk  meningkat imun sistem badan anak
  3. Sulfur → apabila anak kita sedut wap bawang putih tu, mereka akan sedur sulfur yang terdapat dalam bawang putih tu juga. Ia akan membantu mengeluarkan lendir dengan lebih cepat.
  4. Membantu juga untuk mengelakkan pembekuan darah dalam arteri.

.

Lepas ini bolehlah ibu semua memanfaatkan kebaikan bawang putih ini untuk anak-anak ye. Selagi tak terdesak untuk berikan ubat doktor, baiklah jangan dahulu. Gunalah rawatan semulajadi yang lebih selamat untuk anak kita.

Bagi ibu menyusu lagi senang. Kalau anak kita batuk dan selesema, kita makan je bawang putih banyak-banyak. Letak dalam masakan pun boleh, nak telan bawang putih mentah pun tak pe. Kalau tak nak makan bawang putih mentah, makan Garlic Complex Shaklee pun boleh. Sama je kesannya. Nanti ia akan jadi sebahagian dari susu anak yang akan menjadi ubat batuk dan selesema kepada anak kita.

Selamat mencuba!

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Trackbacks

  1. […] buat minyak bawang putih ada Syu tulis di sini […]

Speak Your Mind

*

Rate this recipe:  

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.