Cara Membuang Kahak Bayi Tanpa Ubat Doktor

Cara Membuang Kahak Bayi Tanpa Ubat Doktor

Bayi di bawah 1 tahun terutamanya tidak digalakkan untuk mengambil sebarang ubat untuk menyembuhkan sesuatu penyakit, seperti demam, selesema dan batuk. Ia adalah bahaya untuk bayi kerana organ dalaman mereka masih belum cukup kuat dan matang untuk memproses ‘dadah’ yang diberikan itu. Ubat itu akan membuatkan bayi kita ‘drowsy’ dan ia sangat tidak bagus untuk perkembangan mereka. Jadi, kita perlulah mencari cara semulajadi dan tradisional untuk mengeluarkan kahak anak kita atau menurunkan suhu badan anak kita itu.

Pernah sekali dulu masa Basyiirah dalam 5 bulan, dia selesema dan batuk yang teruk. Syu masa tu memang panik sebab Basyiirah tak boleh nak tidur sebab hidung tersumbat, nak minum susu pun payah sebab tak boleh nak bernafas dengan elok. Syu memang risau sebab tahu yang Basyiirah lapar tapi tak boleh nak minum.

Pertama sekali yang Syu buat adalah bawa pergi jumpa doktor. Ini adalah untuk mengesahkan yang Basyiirah tak mempunyai penyakit lain yang bahaya. Bila dapat ubat, memang Syu buang je, tak bagi pun anak makan. Syu lebih percaya kepada rawatan tradisional apabila anak masih di bawah 1 tahun.

Rawatan Tradisional Untuk Mengeluarkan Kahak Bayi

  1. Bawang Putih
  • Bawang putih adalah antara makanan anti-bakteria yang sangat baik untuk membunuh sel-sel bakteria. Kalau anak kita yang sakit tu masih menyusu, ibu bolehlah makan bawang putih (letak lebih sedikit dalam masakan ataupun makan begitu sahaja bagi siapa yang berani :p ). Sel bawang putih itu akan menjadi sebahagian dari susu dan membantu untuk membunuh kuman.
  • Ibu boleh juga membuat minyak bawang putih untuk disapu pada dada, belakang, dan betis baby

minyak bawang putih

Cara-cara membuat minyak bawang putih

  1. Ambil seulas bawang putih dan bakar atas api sehingga terbuka kulitnya. Jangan sampai hangus ye.

  2. Cincang halus bawang putih tersebut dan masukkan ke dalam bekas kecil. Cari bekas yang bertutup supaya boleh simpan lama.

  3. Masukkan minyak zaitun (kalau takde, minyak masak pun boleh yang belum guna pun boleh) ke dalam bekas yang mempunyai bawang putih.

  4. Ramas minyak bersama bawang putih sehingga minyak tu pun berbau bawang putih. 

  5. Sapukan pada bayi dengan kerap di bahagian dada, belakang, dan betis. 

  • Tapi, sebelum mula sapukan pada baby, buat patch test dulu untuk melihat sama ada kulit baby kita allergik ke tak pada bawang putih itu. Sapu di bahagian pilipat dan biarkan selama setengah ke 1 jam. Kalau tiada kesan merah-merah atau bintik-bintik, kira OK la tu. Bolehlah sapukan kepada anak.

     2. Steam N Purcussion

Picture taken from butikgebugebu.blogspot.com

Picture taken from butikgebugebu.blogspot.com

  • Steam and percussion adalah teknik menepuk belakang bayi untuk mengeluarkan kahak.

Langkah-langkah:

  1. Hiris 2-3 ulas bawang putih dan dimasukkan ke dalam bekas berisi air panas. 

  2. Terbalikkan bayi (seperti dalam gambar) dan pastikan muka bayi berada di atas mangkuk tersebut. Tapi, hati-hati dengan tangan anak ye sebab air tu panas. Kalau nak anak kita sedut lebih banyak wap bawang putih, tutup kepala mereka dengan kain. Wap itu akan terperangkap di dalam kain itu sahaja. Cumanya, salah seorang perlulah berada di bawah kain bersama anak untuk memantau keadaan anak kita.

hand percussion

3. Buat tangan seperti dalam gambar di atas dan tepuk belakang bayi perlahan-lahan. Pada masa ini, bayi kita memang akan menangis tapi biarkan sahaja. Lagi banyak mereka menangis, lagi banyaklah wap yang mereka sedut 🙂 Wap bawang putih akan meresap masuk ke dalam rongga-rongga untuk membunuh sel-sel bakteria dan pada masa yang sama untuk mencairkan kahak supaya boleh keluar  dengan mudah.

4. Lakukan teknik ini 2 kali sehari (selepas mandi pagi dan juga selepas mandi petang) untuk memudahkan anak kita bernafas dan juga tidur dengan lebih lena. 

.

Selain dari membuat 2 langkah di atas, sebagai ibu yang menyusukan anak, Syu akan pastikan Syu makan suplement yang membantu untuk menaikkan imunisasi badan anak agar anak kita cepat sembuh. Ini kerana suplement yang kita makan tu akan menjadi sebahagian daripada susu badan dan anak kita akan mendapat khasiat dari suplement itu untuk cepat sembuh.

Syu sememangnya akan mengamalkan suplement Shaklee bagi membantu sistem imunisasi badan Syu dan juga badan baby. Syu mengamalkan:

  1. Vitamin C

Syu makan Sustain-Released Vitamin C dari Shaklee. Vitamin C membantu untuk menaikkan sistem imunisasi badan dan juga membunuh bakteria dalam badan. Dengan makan vitamin C, anak Syu pun akan dapat khasiat vitamin C itu untuk membantu dalam penyembuhan.

2. Garlic Complex

Khasiat bawang putih memang terbukti berkesan dalam mambantu membaikkan penyakit, sebab tu kita buat minyak bawang putih. Tapi, kita juga perlukan sumber bawang putih untuk dalam badan kita juga.

Jadi, garlic complex adalah yang terbaik. Ia bersifat anti-bakteria dan juga antibiotik semulajadi. Tak perlu risau, ia memang tak memudaratkan kita dan baby kita yang menyusu.

3. Nutriferon

Ini yang paling penting Syu akan ambil semasa anak sakit. Nutriferon amat membantu dalam cepatkan penyembuhan sakit. Nutriferon mengukuhkan lagi sistem imun kita dengan cepat. Disebabkan ianya berbentuk serbuk, ia mudah ditelan dan diserap oleh badan kita.

Bila makan lebih dari biasa di waktu-waktu sakit begini, memang cepat baik.

Syu perasan, bila mengamalkan 2 langkah di atas, tambah pula dengan pengambilan suplemen Shaklee ini, batuk selesema anak Syu memang sekejap je. Lagi-lagi kalau ambil megadose (tak perlu risau sebab vitamin Shaklee tidak membahayakan buah pinggang), memang kahak dan hingus cepat je kering. Alhamdulillah.

Ibu-ibu pun wajib ambil suplement ini supaya dapat bantu anak baik dengan cepat. Kesian kan tengok baby kita susah bernafas lama-lama? Sedih kan bila anak kita menangis je sebab tak selesa?

Syu percaya, demi kebaikan anak, kita akan sanggup lakukan apa sahaja. Kita akan lebih puas hati dan gembira melihat anak kita pulih dengan cara yang selamat. Moga dengan teknik dan cara tradisional ini, anak kita akan lebih sihat dan bebas dari ubat-ubat doktor yang tidak berapa sesuai untuk mereka.

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Tips yang sangat berguna, thanks akak !

  2. Ramai yang tak tahu macam mana nak tepuk bila buat teknik Steam N Purcussion tu.
    Ros recently posted…Jalani Pemeriksaan Antenatal Seawal Mungkin Terutamanya Ibu Hamil Anak PertamaMy Profile

  3. tq..tips yg mmg saya cari2 untuk bby saya…

  4. Betapa lama nk kena buat tu? Setengah jam ke? Atau lenbi lamA?

  5. Daliz Sussiyani Ibrahim :

    Terima kasih atas tips…

  6. terima kasih artikel yang sangat membantu saya
    Nurhayati recently posted…Halalkah Ubat Anda ?My Profile

  7. Terima kasih… anak saya 2 org selsema.. baru nak cuba kaedah ni… terima kasih ye..

  8. Tuan Puteri Umairah :

    brilliant! nnti insyaAllah saya try 🙂
    tq for the good info. sy share di fb ya

  9. Alhamdulillah..sy cuba kedua-dua cara. Teknik steam n percussion tu sgt menjadi..mmg keluar baby punya hingus n kahak.lepas buat tu baby tdo nyenyak.alhamdulillah..thanks for sharing sis.

  10. tips yang berguna..tq admin

  11. ALHAMDULILLAH..MEMANG DOK BUAT MCM NIH..TAPI YANH LETAK AIR PANAS BOH BWG PUTIH XPENAH TRY LAGI.
    HUHU SAYA DH BG UBAT DKT ANK SAYA 11BULAN. ?

  12. Alhamdulilah saya pun buat dekat anak yg berumur 7 bulan saya steam & percussion tuh sebelum anak tidur, alhamdulilah malam tu baby tido lena jer, esok paginya kuar hingus panjang dan terus kering hingus tersebut.

Trackbacks

  1. […] Baca di entry Syu yang ini untuk belajar teknik steam and percussion! […]

Leave a Reply to Zulaikha Cancel reply

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.