Cara Melakukan Teknik Marmet Apabila Pam Tidak boleh Digunakan

Cara Melakukan Teknik Marmet Apabila Pam Tidak boleh Digunakan

Teknik Marmet Amat Membantu Semasa Pam Tiada

Sekarang ini, ramai ibu-ibu mempunyai alatan mengepam yang cukup canggih untuk memudahkan mereka mengepam susu. Tetapi, ada kalanhcjgchgchccgcfya, atas sebab-sebab tertentu, seperti bateri habis ataupun pam rosak, teknik marmet amatlah membantu untuk mengosongkan Cik B mengikut masa mengepam yang ibu-ibu buat. Bagaimana nak buat marmet nie? Macam susah je.

Ye, teknik marmet ini mencabar tetapi ianya amat bermanfaat untuk dipelajarinya. Ibu tahu tak, dengan menggunakan teknik marmet ni, Cik B kita lagi kosong daripada menggunakan pam? Cuba mengepam dan kemudiannya buat marmet, mesti ada lagi susu yang keluar. Percayalah.

.

Cabaran Menggunakan Teknik Marmet

Syu rasa teknik ini amatlah mencabar diri walaupun Syu tahu yang marmet adalah yang terbaik. Antara cabaran-cabaran yang Syu hadapi ialah:

1. Sakit Leher

Syu pernah buat marmet beberapa kali, tapi tak larat sebab sakit leher. Ini kerana asyik menundukkan kepala sepanjang buat marmet. Lama-lama, give up.

2. Lenguh Tangan

Posisi tangan membuat marmet menyebabkan Syu lenguh tangan. Tak larat nak marmet sampai 20 minit untuk sebelah cik B.

3. Teknik Yang Salah

Kalau teknik salah, boleh jadi susu langsung tak keluar. Ibu-ibu perlu mempelajari teknik marmet dengan betul supaya dapat keluarkan semua susu pada masa itu.

4. Boleh jatuhkan motivasi ibu

Bila teknik dah salah, susu tak keluar. Bila susu tak keluar, kita pula yang down.

.

Untuk mengelakkan ibu-ibu tidak down, jomlah kita belajar teknik-teknik marmet dengan betul.

.

images

Teknik Marmet

Teknik marmet tidaklah susah sebenarnya. Cuma ia perlukan kesabaran. Tapi, kalau nak Cik B kosong sepenuhnya, elok guna marmet berbanding pam.

  • Sebelum mula memerah

– urut Cik B dahulu untuk merangsang pengeluaran susu.

credit to hidayahkassim.com

credit to hidayahkassim.com

  • Memerah

– Selepas mengurut, bolehlah ibu mulakan marmet.

– Cara-cara:

1. Letak ibu jari lebih kurang 1 cm dari aerola (jam 12) manakala jari telunjuk dan jari tengah diletakkan di bahagian bawah aerola (jam 6).

2. Tekan Cik B ke arah dada tanpa mengalihkan jari tadi. Ini penting supaya tidak melecet dan lebam.

download

3. Picit ibu jari, jari telunjuk dan juga jari tengah bagi menggalakkan susu keluar. Kemudian, lepaskan. Ulang semula pergerakan picit-lepas, picit-lepas sehingga susu sudah tidak keluar di bahagian itu.

download-1

4. Pindahkan ibu bari ke posisi jam 1, 2, 3, 4, dan 5 manakala jari telunjuk dan jari tengah ke posisi jam 7, 8, 9, 10, 11. Ulang pergerakan picit-lepas, picit-lepas tadi.

5. Selepas selesai memerah sebelah Cik B, bolehlah berpindah ke Cik B yang sebelah lagi dan ulangi langkah 1 – 4 itu.

.

Ibu-ibu sangatlah digalakkan untuk mempelajari teknik marmet ini untuk kemudahan ibu-ibu semasa waktu terdesak. Ye la kan, kita tak dapat jangka apa yang bakal kita lalui kan. Jadi, eloklah kita bersedia dengan ilmu yang berkaitan.

.

Love,

Syu Amir

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.