Cara-cara Untuk Ibu Ayah Atasi Kolik (colic) Supaya Anak Tidur Lena

Cara-cara Untuk Ibu Ayah Atasi Kolik (colic) Supaya Anak Tidur Lena

Cara Atasi Kolik Agar Bayi Tidur Lena

Kolik (colic) merupakan satu perkara yang memeningkan ibu ayah kerana colic terjadi tanpa apa-apa sebab dan ia tiada jalan penyelesaian juga. Ini kerana bayi kita cukup makan dan sihat je, tetapi asyik menangis je. Colic boleh terjadi seawal bayi berusia 3 minggu dan paling lama sehingga anak tu umur 6 bulan pun ada. Tapi, jaranglah sampai 6 bulan baru pulih.

Biasanya colic mula lewat petang, sampai 3 jam pun boleh menangis tak henti. Sampai tengah malam pun pernah juga. Anak kita mengangis macam kena dera je. Dah la kita penat sebab baru balik kerja, anak pula tak berhenti-henti menangis, memang stress la masa tu. Tak sempat nak rehat pun.

Syu masih ingat masa anak sulung kena colic dulu. Mula je lepas maghrib memang akan menangis. Mula-mula ingatkan Zuhayr lapar, Syu susukan. Tapi, lepas tu sambung menangis lagi. Syu mandikan, salinkan baju untuk buat dia selesa, tapi masih juga menangis. Masa tu dengan Syu pun menangis sekali sebab tak tahu nak buat apa dah. Last sekali bila dah tak tahan, buat susu botol je (Zuhayr memang mula campur susu sejak awal kelahiran lagi). Habis sebotol memang dia tidur. Setiap malam Zuhayr mengangis macam tu sampai la dia berusia 2 bulan.

Masa anak sulung tak banyak ilmu uruskan anak lagi. Tambahan pula Syu masih di luar negara pada masa tu. Masa dapat anak kedua Syu dah bersedia dengan ilmu (petua sebenarnya) untuk dipraktikkan kalau anak kolik lagi.

Petua Untuk Mengatasi Kolik (Colic)

colic baby

.

Selain pembacaan di internet dan buku-buku, Syu banyak bertanyakan dengan makcik-makcik Syu apa yang boleh dibuat kalau anak kolik. Antara yang Syu dapat adalah:

1. Sapu Minyak Angin

Syu selalu sapukan minyak bayi seperti minyak telon setiap kali lepas mandikan baby. Syu akan sapu di dada, belakang, betis dan tapak kaki baby. Minyak sebegini buat bayi kita sentiasa panas.

2. Urut Bayi

Masa sapu minyak angin tu, Syu akan urut baby sekali, terutama bahagian perut dan juga betis hingga ke pangkal tumit kaki anak. Urut bahagian perut sambil tekan sedikit di bahagian pusat bayi supaya keluar angin (mak Syu cakap). Alhamdulillah, bila urut, baby kita akan selesa.

3. Pakaikan sarung kaki dan sarung tangan

Sesetengah mak ayah tak suka pakaikan sarung kaki dan tangan pada bayi dfghnvb . Tapi, kalau anak colic, memang digalakkan untuk pakai supaya badan anak tak masuk angin dan mereka tidak kesejukan.

4. Tidurkan anak menyiarap (tummy time)

Masa colic, anak-anak Syu memang tidur lena bila menyiarap (tak colic pun mereka memang suka tidur camtu pun..hehe…). Tak tahu la kenapa. Tapi, dah lena, Syu biarkan je. Kesian sebab penat anak menangis berjam-jam. Bila dah tidur (tak kira la tidur gaya macam mana sekalipun) Syu akan biar je.

.

Masa anak colic, kita memang takkan tahu apa yang mujarab. Hari ini cara ini berhasil, esok belum tentu lagi. Jadi, bersedialah dengan pelbagai petua supaya ibu ayah boleh terus bereksperimen untuk mendapatkan cara yang terbaik untuk bantu anak tidur lena semasa tempoh colic ini.

Syu doakan ibu ayah dapat tempuhi masa-masa ini dengan sabar ye. In sya Allah, fasa colic anak kita tak lama. Ia akan berakhir juga. Yakinlah!

Anda ibu ayah hebat!

.

Love,

Syu amir

Shaklee ID | 1139539

Whatssap | 019-2198621

COD Shaklee Skudai, JB

Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui Kurier Berdaftar

 

 

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Betul syu, kalau anak colic ni memang susah kita, nak tidur pun tak sampai hati huhu..thanks sharing
    Ibu Zarith recently posted…Paste Halia Bantu Redakan Batuk BerkahakMy Profile

    • syuhada amir :

      Betul…kita tak leh tdo tp ada masa rasa nak marah jgk..cuma waras lg la..bb bukan faham pun…

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.