Cara-cara Power Pumping Untuk Meningkatkan Penghasilan Susu Ibu

Cara-cara Power Pumping Untuk Meningkatkan Penghasilan Susu Ibu

Semasa di awal proses penyusuan Syifa’, susu Syu tidaklah banyak. Kalau mengepam pun dapatlah dalam 3 – 4 oz setiap sesi. Syu sangatlah sedih bila tengok hasil dari mengepam tu. Sampailah satu ketika Syu bersembang dengan Kak Syira di sekolah. Kebetulan Kak Syira tu pun tengah mengepam susu. Syu pun mulalah bercerita pasal susu Syu yang tak berapa nak keluar tu. Kak Syira yang cadangkan supaya Syu buat power pumping untuk meningkatkan penghasilan susu ibu.

Hasil pencarian di internet, rupa-rupanya takde la susah mana pun nak buat power pumping tu. Cumanya, ia memerlukan kesabaran dan kerajinan yang tinggi sebab kalau nak hasil yang mantap, kenalah buat hari-hari selama 1 jam.

 


 

pam double

 

Susu ibu sebenarnya terhasil apabila demand untuk susu tinggi. Formulanya senang je. Demand tinggi, supply pun akan tinggi. Jadi, fungsi membuat power pumping nie adalah untuk meningkatkan demand supaya supply untuk susu akan terhasil dengan lebih banyak.

 

Cara-cara membuat power pumping

Terdapat 2 cara untuk melakukan power pumping, sama ada menggunakan single-pump ataupun double-pump.

 

1. Single-pumping / mengepam sebelah-sebelah

a. Mulakan mengepam ‘Cik B’ di sebelah  bahagian selama 10 minit.

b. Selepas habis 10 minit di satu bahagian, tukar ke ‘Cik B’ sebelah lagi. Pam selama 10 minit juga.

c. Ulang langkah a dan b sebanyak 3 kali selama 1 jam. Di akhir power pumping, ibu-ibu akan dapat mengepam 3 kali di sebelah kanan dan 3 kali di sebelah kiri dalam masa 1 jam tersebut.

 

2. Double-pumping / mengepam dua-dua ‘Cik B’ serentak

a. Mula mengepam kedua-dua ‘Cik B’ serentak selama 10 minit.

b. Rehat selama 10 minit.

c. Ulang langkah a dan b sebanyak 3 kali. Di akhir power pumping, ibu-ibu akan mengepam 3 kali dalam masa 1 jam itu.

 


 

Itulah cara mudah untuk power pumping. Tapi, secara peribadi, Syu lgi suka buat cara single-pumping sebab takde masa rehat. Kalau rehat sekejap Syu risau Syu akan tertidur semasa menunggu 10 minit.

Alhamdulillah, selepas Syu buat power pumping selama seminggu, Syu nampak ada peningkatannya. Dari 3 – 4 oz, sekarang dapatlah 5 – 6 oz semasa power pumping tu.

Sekarang, bila menyusukan Basyiirah, Syu dah mengambil Set Penyusuan Premium, tapi Syu masih lagi buat power pumping tau. Kesannya memang lagi mantap la. Penuhlah freezer dengan stok EBM untuk anak.

 

Tak percaya cakap Syu? Kak Farah Wahida nie pun gunakan suplement yang sama. Cuba dengar apa beliau cakapkan.

 

Power pumping + Set Penyusuan Premium = Susu melimpah ruah. Alhamdulillah.

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. power pumping memang berkesan untuk banyakkan kembali susu. 🙂
    Ros recently posted…Panduan Ibu Menyusu Outstation Kekal Bertenaga Ke Sana Ke SiniMy Profile

    • UmmuZuhayr :

      betul betul betul….

      Syu smp sekarang pun masih buat power pumping…hasilnya mmg memberangsangkan… 🙂

  2. azwin zakaria :

    assalamualaikum,

    berapa jam sekali nak buat power pumping tu

    • syuhada amir :

      power pumping buat sekali sehari…bila2 masa yang kita free…

      tapi, kalau nak tambah susu, seeloknya buat tengah malam sbb susu lagi meriah masa mlm…

Leave a Reply to Ros Cancel reply

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.