Cara-cara Menguruskan Susu Perahan Semasa Bekerja

Cara-cara Menguruskan Susu Perahan Semasa Bekerja

Cara-cara Menguruskan Susu EBM Semasa Bekerja

Ramai ibu-ibu sekarang nekad untuk menyusukan anak mereka sehingga dua tahun walaupun mereka seorang yang bekerjaya. Ibu-ibu kini ramai yang sudah menuntut ilmu mengenai penyusuan dan apa yang perlu dilakukan supaya impian mereka tercapai. Ibu-ibu sudah bersedia untuk menyusukan bayi serta mengepam susu di tempat kerja supaya dapat sediakan stok susu di rumah pengasuh. Tapi, bagaimana cara yang ideal untuk menguruskan susu perahan di tempat kerja agar susu yang diperah tidak rosak?

.

Barang Yang Diperlukan Untuk Mengepam Susu

Untuk menjayakan penyusuan, ibu perlulah invest sedikit untuk membeli peralatan menyusu, sperti alatan mengepam dan juga alatan menyimpannya. Antara barang-barang yang diperlukan ialah:

1. Cooler bag

Cooler bag adalah penting untuk menyimpan susu perahan sementara menungu masa nak balik kerja. Kalau di tempat kerja ada peti ais sekali pun, kita masih perlukan cooler bag untuk membawa susu perahan pulang ke rumah.

2. Ice pack

Kalau ada cooler bag, tapi tiada ice pack pun tak guna juga. Macam mana nak simpan susu EBM kan? Susu kita kena sentiasa berada di tempat sejuk supaya tahan daripada rosak.

Eloklah jika kita ada 2 – 3 ice pack untuk kegunaan sepanjang hari bekerja.

3. Pam susu

Pam susu sekarang ini ada macam-macam jenama, dan kebanyakannya memang mampu milik. Kalau ada budget lebih, bolehlah beli pam yang mahal sikit supaya tahan lama. Kalau tak, belilah apa-apa brand sahaja asalkan sesuai dengan badan kita.

4. Storage bag/storage bottle

 Storage bag/bottles diperlukan untuk menyimpan susu perahan. Syu selalunya akan simpan mengikut jumlah yang anak Syu minum pada esok hari. Selebihnya baru Syu simpan penuh bag tu untuk dibekukan. Memang akan guna banyak storage bags.

.

cara-simpan-susu-perahan

.

Cara Menguruskan Susu Perahan Semasa Bekerja

  • Selain dari mengikut masa yang ideal mengepam, semasa bekerja, kita digalakkan untuk mengepam setiap 3 jam. Ibu-ibu perlu mengosongkan Cik B sekerap mungkin supaya boleh merangsang penghasilan susu dengan lebih banyak.
  • Sebelum mengepam, passtikan alatan mengepam bersih, kering dan sudah disterilkan untuk mengelakkan bakteria dan juga susu cepat rosak.
  • Selepas mengepam, masukkan susu ke dalam botol atau plastik storage mengikut kesesuaian bayi kita. Simpan susu perahan di dalam cooler bag yang mempunyai ice pack itu.
  • Alatan mengepam pula hendaklah disimpan didalam tempat sejuk (Syu simpan dalam cooler bag tu je) untuk kegunaan seterusnya. Syu tak basuh sebab takde tempat nak steril kan semula.
  • Akhir sekali, Syu akan minum air milkbooster untuk pastikan Cik B cepat penuh dan susu masih meriah di sesi seterusnya. Tak boleh miss dari amalkannya.

.

Cara ini amat penting bagi menguruskan susu perahan dengan baik supaya susu EBM itu tak rosak. Moga dengan mengamalkan cara ini, susu EBM akan sentiasa dalam keadaan baik sehingga dibekukan ataupun di simpan di dalam peti ais di rumah.

Moga entry ini bermanfaat. Selamat mencuba.

.

Love,

Syu Amir

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.