Cara Atasi Bengkak Susu Yang Amat Menyakitkan Hingga Sakit-sakit Badan

Cara Atasi Bengkak Susu Yang Amat Menyakitkan Hingga Sakit-sakit Badan

Bengkak susu memang menyakitkan, boleh jadi demam dan sakit-sakit badan kalau teruk sangat. Bengkak susu nie terjadi apabila susu dah terlalu penuh tetapi anak kita tidak minum ataupun kita tidak mengepamnya keluar. Lama kelamaan, salur susu itu menjadi tersumbat. Masa dah tersumbat nie kalau anak minum pun dah susah sebab payudara kita dah mengeras, anak tak selesa nak minum akibat bibir susah nak melekap pada areola.

Masa pertama kali menyusukan Zuhayr, Syu mengalami bengkak susu yang agak teruk sampai menangis siang malam sampai suami pun tak tahu nak tolong macam mana. Masa tu Syu di Ireland, memang tak tahu nak minta tolong siapa pun. Bila tanya mak nak buat apa, mak hanya mampu memberitahu je la. Tak boleh nak tolong sangat pun. 2 bulan Syu menahan sakit bengkak susu hinggalah Syu pulang ke Malaysia dan pergi berurut dengan bidan untuk membetulkan semula saluran susu yang dah tersumbat itu. Lega rasa lepas tu!

Masa Syu di Ireland tu, mak ada memberi beberapa tips untuk mengurangkan sakit bengkak susu. Ada tips yang sangat membantu untuk diri Syu, ada yang kurang sikit. Syu kongsikan sahaja semuanya, manalah tahu berkesan untuk orang lain kan.

breastfeeding mom

1. Kobis Sejuk

Kobis sejuk memang sangat melegakan, lagi-lagi masa Cik B tengah mengeras tu. Ambil sekelopak kobis tu dan letak di atas Cik B. Biar je lama-lama. Nanti memang akan lega sakit tu. Tapi, perlu diingatkan, jangan buat selalu tau. Memang la best sebab tak sakit dah Cik B, tapi ia boleh menjadikan susu kita KERING tau!

2. Tuam dengan ais yang dibalut kain

Ais nie memang sejuk diluar tapi panas di dalam (ikut kata mak bidan la). Bila kita tuam dengan ais sejuk, ia cukup ‘panas’ untuk mencairkan ketulan-ketulan susu yang dah mengeras di saluran tempat keluar susu nie. Tuam je sekeliling Cik B dari luar hingga ke bahagian puting supaya ia boleh keluar.

3. Urut dengan kain panas

Ambil semangkuk air panas dan kain lembut untuk mengurut Cik B. Urut perlahan-lahan sehingga kita dapat keluarkan susu yang dah tersumbat tu. Tapi, Syu buat masa mandi je sebab mandi guna air panas kan. Senang sikit. Tapi, terus terang Syu cakap, bila kita urut masa nak keluarkan susu tu, memang sakit. Syu menangis masa urut diri sendiri. Bukan nak menakut-nakutkan, tapi cuma nak cakap, ibu-ibu kena bertahan ye masa mengurut tu πŸ™‚

4. Menyusukan anak sekerap mungkin

Bila dah bengkak susu nie, memang kena susukan anak kita sekerap mungkin untuk mengeluarkan susu yang tersumbat tu. Lagi bagus kalau ada anak kita yang dah besar sikit tapi masih menyusu. Suruh je anak kita yang dah besar tu minum susu untuk keluarkan blockage tu.

5. Mengepam sekerap mungkin

Bila anak menyusu, susu tak keluar semua pun sebab susu kita tu penuh di bahagian dalam yang tak boleh keluar sebab saluran yang dah tersumbat. Anak pun menyusu tak puas sebab tak dapat keluar banyak pun susu kita tu.

Apa yang boleh kita lakukan adalah mengepam susu sekerap mungkin lepas anak kita minum ataupun masa baby kita tidur. Lagi bagus kalau kita mengepam semasa anak kita menyusu. Buat tandem nursing,Β di mana anak kita menyusu sebelah Cik B, kita mengepam di lagi sebelah.

6. Posisi menyusu yang berlainan

 

posisi menyusui 2

Ada macam-macam posisi menyusukan anak. Walaupun kita dah biasa dengan satu posisi sahaja, tapi kita digalakkan untuk menuukar posisi yang berlainan untuk memastikan semua bahagian Cik B dah kosong. Barulah boleh kurangkan bengkak susu ini πŸ™‚

7. Suplement untuk mencairkan susu yang dah mengeras

Syu masa menyusukan Zuhayr, Syu tak kenal lagi suplement yang boleh memulihkan bengkak susu. Tapi, masa bersalin anak ketiga, Syu tahu kalau bengkak susu boleh amalkan makan Lecithin Shaklee. Masa Syu bengkak susu, memang Syu cuba makan Lecithin dan alhamdulillah memang hilang bengkak susu. Syu cuma makan 3 kali je (2 biji pagi, 2 biji malam, 2 biji lagi pagi esoknya) Lecithin nie. Lepas makan kali ketiga dah takde dah bengkak susu πŸ™‚

Harapnya ibu-ibu tidak menunggu masa yang lama untuk menghilangkan bengkak susu ini. Lagi lama tunggu, lagi sakit nanti. Baik ubati sebelum ia menjadi lebih parah. Harapnya, tips-tips ini boleh membantu ibu-ibu semua. Jangan malu jangan segan nak hubungi Syu 0192198621 kalau memerlukan apa-apa pertolongan ye πŸ™‚

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

Β 

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Nurul izzati :

    Syu ada bengkak mcam ketul ketul tak di breast waktu 2 bulan tu ..takut pula sebaliknya ? sebab ada famly history breast cancer
    wasap.my/60135320585

Trackbacks

  1. […] tapi, kalau kita tidak boleh mengepam pada masa tu, pamlah secepat mungkin untuk mengelakkan bengkak susu […]

  2. […] paling best adalah ia akan buat susu badan bertambah meriah, Syu pernah sampai bengkak susu bila baby lambat minum. Kena pula la telan Lecithin untuk kurangkan sakit bengkak susu […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.