Buat Home-made Water Colour Yang Super Mudah

Buat Home-made Water Colour Yang Super Mudah

Melakukan aktiviti seni di hujung minggu, seperti buat finger paint boleh dikatakan salah satu aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama anak. Ianya sangat seronok bila kita boleh menghabiskan masa yang berkualiti bersama anak tersayang.

Tapi, nak buat finger paint, kita perlukan water colour ataupun cat. Water colour kan banyak bahan kimia. Kalau anak kita termakan water colour tu macam mana? Kalau mereka jilat-jilat paint tu tak ke bahaya?

Syu pun selalu nak buat aktiviti menggunakan water colour dengan Ahmad dan Syifa’, tapi takut kalau-kalau mereka makan. Sebab tu la Syu cari resipi buat water colour home-made. Alhamdulillah, ada rupanya. Jadi, Syu nak kongsikan di sini la 🙂

Ada 2 resipi untuk buat water colour yang super mudah nie.

 

paint

 

Resipi 1

1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan garam

1/2 cawan air

Pewarna pilihan (Syu suka buat warna asas, iaitu warna merah, biru dan kuning)

 

1. Campurkan kesemua bahan-bahan kecuali pewarna ke dalam blender. Blend hingga sebati.

2. Masukkan ke dalam periuk dan didihkan hingga sebatian menjadi pekat.

3. Masukkan ke dalam beberapa bekas. Kalau nak buat 5 warna yang berlainan, masukkanlah ke dalam 5 bekas kecil.

4. Titikkan pewarna makanan ke dalam bekas dan kacau hingga sebati dan warnanya rata.

5. Biarkan water colour semua sejuk dahulu sebelum main.

 

Siap!!!! Boleh terus main dengan anak-anak 🙂

 

paint 2

 

Resipi 2

1/2 cawan tepung gandum

1 cawan air

Secubit garam

Air sejuk

 

1. Didihkan tepung gandum, air di dalam periuk. Kacau hingga jadi pekat.

2. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit hingga mendapat kepekatan yang kita nak. Kalau nak cair, lebihkan air, kalau nak pekat, letak air sedikit je 🙂

3. Masukkan ke dalam beberapa bekas kecil.

4. Masukkan beberapa titik pewarna kesukaan dan juga masukkan secubit garam juga. Kacau rata.

Siap dah!

 

Mudah kan? Boleh la cuba buat dan jadikan ini sebagai aktiviti di hujung minggu semua. Takde la anak kita asyik nak main iPad je. Dengan aktiviti seperti ini, kita boleh hadkan penggunaan iPad kepada mereka nie.

 

Tapi kan, apa kebaikan main dengan water colour nie? Tak ke bersepah je. Penat nak kemas nanti.

Memang la penat nak kemas, tapi ianya memang banyak kebaikan dan manfaat terhadap perkembangan anak-anak kita tau.

 

1. Mengasah kreativiti anak

Dengan menggunakan water colour nie, kita dapat mengasah kreativiti anak-anak kita. Anak kita dapat belajar nak mewarnakan gambar dengan menggunakan warna yang sesuai, buat cop-cop pelbagai bentuk, ataupun melukis gambar kesukaan mereka dengan menggunakan warna yang mereka suka dari water colur ini.

 

2. Meningkatkan penggunaan motor-skill anak

Apabila kita melakukan aktiviti menggunakan water colour, anak kita akan belajar cara-cara memegang berus lukisan dengan betul, menekan botol water colour untuk mengeluarkan warna, dan juga menggerakkan berus lukisan untuk melukis dan mewarna. Ini semua adalah penggunaan motor-skill untuk menguatkan tangan mereka. Sebab itulah penggunaan water colour sangat-sangat digalakkan di kalangan kanak-kanak.

 

3. Mengajar anak mengenali warna

Selain dari merangsang penggunaan motor-skill, aktiviti ini juga mengajar anak kia mengenal warna- warna yang banyak. Kita boleh juga ajar anak kita yang setiap warna ada pelbagai jenis, sama ada lebih gelap atau lebih terang. Kalau tambah sedikit warna putih, warna tersebut akan bertambah terang dan kalau tambah warna hitam, ia akan menjadi bertambah gelap.

 

4. Gabungan warna

Bila kita gabung-gabungkan warrna, ia akan bertukar menjadi warna yang berlainan. Ini akan mengajar anak kita untuk  menghasilkan lebih banyak warna dengan warna yang seida ada. Ini juga akan buat mereka lebih teruja nak campur-campurkan warna- warna yang ada.

Syu suka sangat gabung-gabungkan warna menggunakan warna-warna asas, iaitu merah, biru, dan kuning. Bila gabungkan kuning dan biru, ia akan jadi hijau. Kalau gabungkan biru dan merah, ia akan bertukar menjadi ungu. Memang best campur-campur warna dengan anak-anak. Mereka mesti suka dan terkejut. Cubalah!

 

5. Perkembangan otak yang memberangsangkan

Ia juga akan menghubungkan sel-sel otak anak kita. Lagi banyak aktiviti-aktiviti seperti ini, lagi banyak perkara anak-anak kita akan belajar.

 

CHILDREN HEALTH SET

 

Syu memang bagi anak-anak Syu makan Vitamin Anak Pintar, tapi kita tidak bolehlah hanya bergantung harap kepada Vitamin dan suplement sahaja tanpa melakukan apa-apa aktiviti untuk meningkatkan daya ingatan dan perkembangan otak anak-anak kita. Aktiviti-aktiviti praktikal sebegini perlu dilakukan juga supaya anak kita akan belajar secara praktikal, bukan hanya teori sahaja.

 

Cubalah aktiviti ini dengan anak-anak di hujung minggu. Jangan hanya bergantung harap kepada gadget ataupun keadaan persekitaran untuk mengajar anak kita. Ia perlulah dimulakan dari rumah oleh ibu ayah. Carilah aktiviti-aktiviti pembelajaran yang kreatif yang boleh dilakukan di rumah untuk mengisi masa lapang bersama-sama anak.

Moga bermanfaat. Cubalah di rumah!

 

Love,

Syu Amir 

Shaklee ID: 1139539

0192198621

 

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.