Boleh Ke Menyusukan Anak Semasa Hamil?

Boleh Ke Menyusukan Anak Semasa Hamil?

Menyusukan bayi adalah cara semulajadi yang boleh menjarakkan kelahiran. Tapi, ada kalanya ianya tidak menjadi. Pada masa kita masih menyusukan anak kita sekarang, kita tiba-tiba dikurniakan rezeki untuk mengandung lagi. Jadi, apa nak buat sekarang? Nak terus menyusukan anak kita ataupun berhentikan sahaja sebab kita dah hamil?

Syu pernah juga mengalami keadaan seperti ini. Syu memang menyusukan Syifa’ pada masa itu. Disebabkan Syu tidak mengalami period sepanjang Syu menyusukan Syifa’, jadi Syu tak tahupun yang Syu mengandung lagi. Syu hanya perasan masa kandungan Syu dah hampir 3 bulan. Itupun kerana Syu pening teruk sangat yang membuatkan Syu beli UPT kit. Sah mengandung.

Tapi Syu masih menyusukan Syifa’. Syu risau sangat pada masa itu sebab Syifa’ tak nak berhenti menyusu. Nak wean off susah, Syifa’ menangis setiap kali Syu tak bagi susu. Jadi, teruskan je la dan pada masa yang sama mula bagi Syifa’ minum susu kambing berselang seli dengan susu EBM yang masih berbaki. Masa Syu hamil 6 bulan, Syifa’ berhenti sendiri dan mula minum susu kambing sepenuhnya.

ibu mengandung susukan anak

Faktor yang tidak membolehkan ibu teruskan penyusuan semasa hamil

Ibu tidak akan dihalang untuk meneruskan penyusuan semasa hamil kalau tiada apa-apa masalah dan kerisauan melanda. Ibu-ibu hanya akan disuruh untuk berhenti dari menyusukan anak semasa mengandung jika menghadapi situasi sebegini:

1. Mengalami sakit perut yang terlalu kuat hingga menyebabkan pendarahan dari vagina

2. Pernah mengalami kelahiran anak pra-matang

3. Pernah mengalami keguguran

Menurut ketiga-tiga situasi di atas, ianya memang berkaitan dengan pengecutan rahim yang terlalu kuat. Ia memang boleh menyebabkan pendarahan, ataupun kelahiran lebih awal, dan lebih tuerk lagi, keguguran. Dan disebabkan situasi-situasi ini, ibu-ibu memang tak digalakkan untuk meneruskan penyusuan kalau dah mengandung sekali lagi.

Semasa penyusuan, ibu akan mengalami sakit perut sebab pada masa itu, pengecutan rahim berlaku. Ini kerana rahim kita sensitif kepada hormon oxytocin yang dikeluarkan semasa penyusuan. Hormon ini yang merangsang rahim untuk mengecut. Kalau pengecutan berlaku terlalu kuat, ia akan membahayakan nyawa ibu dan juga bayi yang dikandung.

Jika ibu-ibu tidak mengalami masalah-masalah di atas, ianya memang tidak menjadi isu untuk teruskan penyusuan dengan anak sekarang. Jangan risau. Ibu-ibu hanya perlu melakukan beberapa perkara, seperti:

1. Pastikan yang ibu mendapat rehat yang cukup.

Menyusu dah memenatkan dan menggunakan banyak kalori. Ditambah dengan mengandung, ia memang akan membuatkan ibu merasa sangat letih. Macam mana nak melayan anak, menguruskan rumah, menyusukan anak, dan pada masa yang sama hamil anak terbaru? Rehatlah selagi boleh.

2. Jumpa doktor segera jika apa-apa berlaku

Kalau ada apa-apa masalah, segera pergi hospital tau sebab kita tak tahu apa yang terjadi. Minta pendapat doktor jika perlu untuk meneruskan penyusuan ini ataupun tak. Jangan paksa diri untuk terus menyusukan anak jika apa ia membahayakan nyawa ibu dan juga baby dalam kandungan.

3. Makan makanan berkhasiat

Ibu kena ingat, ibu mengandung DAN menyusu. Kedua-duanya perlukan nutrisi yang cukup daripada ibu. Jadi, ibu perlukan makanan yang berkhasiat setiap hari dan setiap masa. Jangan risau pasal makan banyak ataupun makan dengan kerap, asalkan ibu makan makanan yang berkhasiat.

Jangan tinggalkan mengambil SET HAMIL CERGAS untuk mencukupkan nutrisi yang ibu perlukan dan juga memberi ibu tenaga untuk melayan kerenah anak. Selain tu, boleh juga ibu lengkapkan dengan khasiat dari SET SUSU MERIAH untuk terus menghasilkan susu yang pekat dan mengenyangkan si anak.


Syu sangat kagum dengan ibu-ibu yang mampu untuk terus menyusukan anak walaupun dah mengandung. Syu lagi kagum bila ibu-ibu dapat melayan kerenah anak-anak dengan penuh tenaga walaupun ibu hamil. Mesti suami pun kagum tengok  isterinya yang sentiasa bertenaga dan mampu nak uruskan rumah dan anak-anak walaupun keadaan ibu yang berbadan dua sekarang ini. Pastikan ibu-ibu sentiasa menjaga kesihatan tau!

Ibu-ibu ada pengalaman menyusukan anak semasa mengandung? Jom kongsi dengan Syu <3

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.