BIG WHY – Sangat Penting Bagi Meneruskan Juga Bisnes Di Kala Putus Asa

BIG WHY – Sangat Penting Bagi Meneruskan Juga Bisnes Di Kala Putus Asa

Apa yang membuatkan kita teruskan juga bisnes walaupun rasa down?

Apabila kita memulakan bisnes, kita mesti ada sebab mengapa dan kenapa kita buat semua itu. Tapi, untuk meneruskan apa yang kita mulakan itu, kita mesti ada penguat yang akan buat kita teruskan juga bisnes kita walau macam mana putus asa kita rasa. Itulah BIG WHY kita dalam bisnes!

think-big

Masa awal-awal orang tanya apa BIG WHY Syu, Syu tak tahu nak jawab apa, tapi Syu tahu Syu mesti jayakan bisnes ini. Lepas tu, barulah Syu mula fikirkan kenapa Syu buat bisnes Shaklee. Tak cukup ke gaji yang Syu dapat? Tak cukup lagi ke duit yang suami bagi setiap bulan?

Lama Syu fikir, dan duit bukanlah penyebab utama mengapa Syu buat keputusan untuk buat bisnes Shaklee. Duit memang kita akan dapat bila kita usaha dengan gigih dalam bisnes ini, tapi bukan itu yang Syu cari. Kalau pasal duit, Syu takkan kekal lama. Syu yakin kita akan putus asa bila keuntungan tak mencapai tahap yang kita mahukan.

Syu fikir anak-anak, Syu fikir suami, Syu fikir betapa Syu tak banyak masa bersama mereka, Syu tak dapat nak sediakan keperluan keluarga, sampai masak pun tak sempat sebab kerja jauh, masa banyak dibazirkan atas jalan.

Syu mahukan semua itu. Syu nak uruskan keluarga sendiri. Syu nak hantar anak pergi sekolah yang Syu nak, Syu nak masak untuk anak-anak dan suami, Syu nak luangkan masa dengan anak-anak, nak tengok mereka membesar depan mata, nak jaga mereka semasa mereka sakit. Syu perlukan TIME FREEDOM untuk buat semua ini.

big-why

.

Anak-anak dan Suami adalah BIG WHY paling besar

.

IMG20160821184757

.

Ye, anak-anak adalah penguat terbesar Syu untuk meneruskan Shaklee. Bila tengok muka mereka dan betapa Syu tak punya banyak masa untuk mereka, Syu jadi kuat untuk teruskan bisnes ini. Syu akan bersemangat semula bila bayangkan masa-masa Syu main bersama anak nanti, Syu jadi lebih produktif bila Syu tengok wajah anak-anak syurga Syu tersenyum bila Syu ada di rumah temankan mereka selalu. Sebab itulah Syu perlu buat sampai jadi WAHM dan bekerja dari rumah.

Untuk jadi WAHM, Syu wajib stabilkan pendapatan (bonus yang Shaklee bagi setiap bulan). Syu tak nak duduk rumah semata, tapi takde duit. Syu tak suka minta duit suami untuk shopping. Dah la Syu nie boros sikit dalam berbelanja, terutama sekali kalau beli barang untuk anak-anak. Syu beli yang berkualiti, bukannya harga murah.

.

Checklist Untuk Menjadi WAHM

ini adalah checklist Syu. Untuk jadi WAHM, Syu perlukan target untuk pastikan yang Syu benar-benar bersedia untuk meninggalkan kerja hakiki sekarang. Syu tak nak la nanti terkontang-kanting tak tahu nak buat apa bila duduk rumah.

  • Pendapatan yang stabil dan melebihi gaji semasa. Sekurang-kurangnya mesti dapat bonus RM 5k sebulan.
  • Berjaya bahagi masa antara anak-anak, keluarga dan juga bisnes. Dari sekarang lagi dah perlu biasakan diri dengan rutin dan jadual sebagai WAHM. Contoh: bangun awal/tidur lewat untuk update blog dan study mengenai bisnes, bangun awal untuk solat tahajud, bersihkan rumah selepas anak tidur, dan sebagainya. Kena latih dari sekarang.
  • Penuhkan Master Checklist (checklist amalan rohani terutamanya) dan konsisten dengannya.
  • Berjaya update blog setiap hari tanpa gagal. Blog adalah medium paling mudah untuk jana pendapatan. Tapi, kenalah belajar selok belok menulis entry yang bagus.

.

Ini adalah antara perkara terpenting yang Syu kena berjaya buat dulu sebelum boleh teruskan niat nak jadi WAHM.  Syu target akan berhenti kerja sebelum akhir 2017. Doakan Syu berjaya ye.

.

Your Business Leader & Mentor,

Syu Amir

Shaklee ID | 1139539

Whatssap | 019-2198621

Pengedar Shaklee Skudai, JB

Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui kurier berdaftar

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Comments

  1. Kak Ros kagum dengan semangat Syu.
    Kak Ros doakan Syu berjaya capai impian Syu.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.