Betul ke Menyusukan Anak Boleh Kuruskan Badan?

Betul ke Menyusukan Anak Boleh Kuruskan Badan?

Menyusukan anak bukanlah sesuatu yang mudah. Setiap masa kena susukan anak tak kira masa. Tengah-tengah malam masa orang lain sedang lena tidur pun kita masih berjaga untuk bagi anak susu. Tapi, menyusukan anak adalah satu harta yang sangat berharga sebab tiada orang lain yang boleh buat tugas ini. Hanya orang bergelar ibu sahaja yang boleh buat 🙂

Ada banyak kelebihan menyusukan anak tau. Antaranya adalah kita dapat bagi makanan yang berkhasiat untuknya dan masa menyusu itulah ‘bonding time’ yang paling bahagia. Masa ini tidak dapat dikongsi dengan orang lain melainkan kita dan juga baby kita je.

Tapi kan, ada lagi satu kelebihan yang ramai ibu menyusu tergila-gilakan. Nak tahu apa kelebihannya? Video nie akan bongkarkan rahsia di sebalik menyusukan anak 🙂

 

 

Best tak kelebihan menyusu? Mesti semua pun nak kan?

Siapa yang tak nak kurus lepas bersalin kan? Dengan menyusukan anak, kita boleh kuruskan badan semula. Tak percaya? Percayalah.

Kalau ikut pengalaman Syu sendiri, memang betul pun susukan anak memang cepat turunkan berat badan Syu semula. Lepas bersalinkan Basyiirah, berat Syu naik 10 kg dari sebelum mengandung. Memang Syu cuak la, tak pernah-pernah berat jadi 60+ kg. Nak tenangkan hati, cakap juga ‘takpe…nanti turun la balik’ tapi Allah saja yang tahu betapa takutnya Syu kalau berat Syu kekal 60+ kg. Ngerilah.

Syu selalu dengar orang cakap kalau susukan anak secara eksklusif, berat kita akan turun ke paras sebelum mengandung semula. Tapi, bila tengokkan ada orang yang tidak berjaya dapatkan berat badan tu semula buat Syu ragu-ragu. Tapi, takpelah, Syu cuba sedaya upaya untuk susukan akan juga sebab itu memang impian Syu.

Akhirnya, setelah 5 bulan menyusukan Basyiirah secara eksklusif, berat Syu turun semula menjadi normal. Dapatlah berat badan yang Syu idam-idamkan. Memang gembira sangat-sangat. Bersusah payah siang malam susukan Basyiirah, sambil-sambil tu mengepam setiap pagi dan malam (semasa berpantang) dan juga mengepam setiap 3 jam semasa Syu mula bekerja, tak termasuk lagi mengepam juga walaupun outstation. Semua susah payah Syu akhirnya terbayar. Alhamdulillah 🙂

 

 Macam mana pula menyusukan anak boleh buat kita kurus?

1. Apabila kita menyusukan anak, kita akan automatik minum air dengan banyak. Haus tau setiap kali susukan anak. Jadi, setiap kali air (susu) keluar, ibu kena ganti semula air dalam badan supaya boleh digunakan untuk menghasilkan susu semula.

Air masak memang sangat membantu dalam proses nak kuruskan badan dan buang lemak-lemak yang tidak berfaedah ini. Jadi, apabila kita banyak minum air untuk menghasilkan susu, badan kita juga akan mempunyai cukup air untuk menguruskan badan kita. Mudah kan?

 

2. Anak kita cuma memerlukan sebanyak 300-500 kalori sahaja setiap hari. Mereka akan dapat kalori ini dari kita la di mana sebahagian daripada kalori yang anak kita ambil adalah dari lemak-lemak yang sedia ada pada badan kita. Anak kita memperolehi kalori tersebut masa mereka menyusu. Jadi, secara tak langsung, lemak kita terbakar dengan sendiri semasa menyusukan anak.

Anak kita akan mengambil kalori-kalori yang diperlukan oleh badan mereka untuk proses tumbesaran yang sihat. Anak kita ambil kalori kita, jadi kita tak perlulah susah-susah nak pergi bersenam untuk bakar kalori badan. Best kan? Duduk rumah dengan anak pun boleh kurus 🙂

 

3. Untuk menyusukan anak kita, kita akan pilih makanan yang berkhasiat sahaja untuk masuk dalam badan kita kan? Lebih-lebih lagi makanan semulajadi yang boleh banyakkan susu badan kan? Dengan makan makanan yang berkhasiat, kita akan dapat hasilkan susu yang berkhasiat dan penuh dengan nutrisi untuk tumbesaran baby kita.

Tapi, tahu tak, dengan makan makanan yang berkhasiat itu tadi, kita akan dapat menguruskan badan kita. Contohnya, kita makan buah-buahan dan juga makanan berserat seperti oats dan cereals, kan tu semua makanan untuk menguruskan badan? Betul tak? Jadi, badan kita sebenarnya akan menjadi lebih sihat tanpa lemak dan minyak yang boleh menggemukkan. Susu yang terhasil untuk anak pun berkhasiat, badan kita pun sihat slim gitu 😀

 

Set-Menyusu

 

4. Makan makanan berkhasiat sahaja kadang kala tak cukup untuk menampung keperluan nutrisi yang kita dan baby perlukan sebab tengok cara kita masak. Nutrisi banyak yang hilang sebab suhu yang tinggi dan lama sangat berendam dalam air macam masak sup. Sebab tu la kita kena tampung nutrisi dengan ambil suplement tambahan untuk mencukupkan khasiat susu ibu yang kita hasilkan. Pilihlah suplement yang membantu untuk kuruskan badan juga disamping banyakkan susu ibu. Syu memang sentiasa amalkan SET SUSU MERIAH yang memang membantu penghasilan susu yang pekat dan lebih berkhasiat di samping membantu menurunkan berat badan Syu yang menakutkan tu.

 

Bila kita memang betul-betul pegang pada prinsip yang susukan anak secara eksklusif boleh kuruskan badan, itulah mindset kita. Kita akan buat sampai jadi. Selagi tak kurus,selagi tu kita takkan berhenti menyusukan anak. Dan itulah yang Syu pegang kuat-kuat. Syu memang  percaya yang susukan anak memang dapat kuruskan badan dan Syu memang dapat apa yang Syu percaya.

Syu juga percaya yang ibu-ibu juga akan dapat apa yang ibu-ibu percaya. Jangan risau pasal susu tak cukup ataupun susu kurang, itu semua hanyalah mitos semata-mata. Kalau perlukan apa-apa bantuan, hubungi Syu 0192198621. Syu akan bantu sebaik mungkin untuk ibu dapatkan berat badan ideal yang diidamkan.

 

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

 

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.