Bentan Semasa Berpantang Adalah Sangat Menakutkan, Boleh Bawa Maut OK!

Bentan Semasa Berpantang Adalah Sangat Menakutkan, Boleh Bawa Maut OK!

Elakkan Bentan Semasa Berpantang

Syu tak pernah kena bentan teruk-teruk sampai tumpah darah dan masuk hospital. Tapi, kena bentan sikit-sikit tu adalah rasa. Yang rasa sikit-sikit tu pun Syu dah rasa takut, inikan pula orang lain yang sampai kena masuk hospital, dan ada juga orang yang mati sebab bentan nie tau. Sebab itulah, mummy-mummy sekarang perlu berpantang betul-betul supaya tak terkena bentan semasa berpantang untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Apa itu bentan?

Bentan adalah istilah tradisional untuk menerangkan mengenai badan kita yang rasa seram sejuk sampai pakai selimut dan stokin berlapis-lapis pun tak hilang sejuknya. Selain itu, mummy akan rasa sengal-sengal badan, demam panas, sakit-sakit sendi serta kejang-kejang otot. Masa nie rasa tak berdaya sangat. Nak bangun dan bergerak pun rasa sakit. Selalunya, lama jugalah nak baik bentan nie, jangan main-main tau bab-bab bentan nie.

Masa Syu kena bentan tu, walaupun hanya sikit, tapi tetap berselimut dan baring je sebab tak dapat nak gerakkan badan pun. Gerrak sikit rasa macam kena cucuk duri. Memang pedih sangat badan masa tu. Ngeri bila fikir-fikirkan balik.

 

bentan

Punca-Punca Bentan

Mummy-mummy sekarang, terutamanya mummy yang muda-muda nie, memang tak boleh nak duduk diam, Syu pun macam tu juga. Tapi, sebab tak boleh duduk diam nie la akan menjadi punca bentan kalau tersalah langkah.

  • Mengangkat barang-barang berat adalah salah satu punca bentan. Bila angkat barang berat, kalau tersalah langkah, boleh kejang otot dan sakit sendi. Ini akan menyebabkan badan kita lemah longlai tak boleh bergerak terus. Jadi, minta tolong suami ataupun orang lain untuk mengangkat barang tu tau!
  • Mandi air sejuk juga boleh menyebabkan urat masuk angin dan akhirnya, badan kita yang kena. Elakkan mandi air sejuk di masa-masa sejuk, seperti waktu awal pagi dan juga lewat petang ataupun waktu malam.
  • Dah la mandi air sejuk, mandi lama-lama pulak tu. Memang boleh mengundang bentan. Jadi, elakkan dari mandi terlalu lama masa berpantang.
  • Masa berpantang adalah masa untuk berehat, tapi ada segelintir mummy dah mula banyak bergerak dan lasak. Baru beberapa hari berpantang, dah mula nak menyapu, basuh baju, sidai baju. Bahaya untuk badan kita yang masih lemah nie. Jadi, elakkanlah dari banyak bergerak. Duduk je diam-diam dan banyakkan berehat.
  • Yang paling penting, jaga ibu jari kaki. Jangan bagi tersadung ataupun terlanggar mana-mana. Memang akan terus kena bentan bila ibu jari terlanggar sesuatu. Boleh tumpah darah dan masuk hospital kalau ibu jari kaki nie terlanggar sesuatu benda keras dengan kuat.

.

Cara Atasi Bentan

Masa terkena bentan adalah masa badan kita paling lemah. Kita perlu berjaga-jaga supaya kita boleh atasinya.

  1. Makan panadol ataupun painkiller yang dibenarkan doktor (sebab kita masih menyusukan anak kan).
  2. Selimutkan badan dan pakai stokin tebal-tebal untuk kurangkan rasa seram sejuk. Jangan pasang kipas. Biarlah badan kita berpeluh.
  3. Mandi air suam. (Yang nie, ikut badan kita sebab ada sesetengah mummy yang bentan, mereka tak boleh terkena air langsung walaupun air suam/panas.)
  4. Berurut.
  5. Banyakkan berehat untuk pulihkan sengal-sengal badan dan kejang-kejang otot.

.

Mummy kena jaga diri tau masa berpantang nie, jangan la tunjuk superwoman sangat. Kita tak tahu badan kita dah sihat betul-betul ataupun belum. Luaran mungkin nampak kuat dan sihat, tapi dalaman kita, rahim kita, urat-urat kita mana kita nak tahu kan. Jadi, masa berpantang selama 44 hari itu, berpantanglah betul-betul. Makanlah makanan berpantang yang simple-simple, dan paling penting jangan dilupakan jamu dan suplement untuk menyihatkan dan menguatkan badan mummy yang baru lepas bersalin nie.

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.