Barang WAJIB Ada Dalam Diaper Bag!

Barang WAJIB Ada Dalam Diaper Bag!

Diaper Bag WAJIB Ada Barang-Barang Ini!

.

Setiap ibu ayah yang mempunyai anak kecil mesti akan bawa diaper bag ke hulu ke hilir setiap kali keluar untuk berjalan ataupun menziarahi orang. Ke mana-mana pun kena ada diaper bag bersama. Kalau tak de memang susah la, mana tahu anak kita buang air besar ke nak kena salin, anak kita muntah ke nak tukar baju, dan sebagainya.

Syu pernah banyak kali tertinggal diaper bag kerana kelam kabut siapkan anak semua hingga terlupa untuk membawa diaber bag. Ada sehari tu, kebetulan pula anak buang air besar. Memang kena beli la pampers dan baju salin. Tak ke membazir. Taubat tak buat lagi dah lepas tu!

Lepas kejadian tu, Syu memang akan pastikan yang segala barang-barang keperluan anak ada dalam beg dan Syu akan pastikan juga Syu bawa beg anak ke mana-mana!

.

Barang-Barang WAJIB ada dalam diaper Bag

.

diaper bag

.

Kalau anak kita masih kecil, Kita memerlukan beberapa barang keperluan anak supaya tak perlulah membeli on the spot maca kes Syu tu. Dalam beg anak mesti ada:

1. Pampers – Letaklah beberapa keping dalam beg anak. Syu biasa akan letak 3 keping seorang (Syu ada 2 orang anak lagi yang masih pakai pampers) sebagai langkah berjaga-jaga. Biar lebih, jangan terkurang 😀

2. Baby wipes – Syu guna baby wipes untuk cuci najis anak dan juga untuk lap-lap tangan atau mulut kalau-kalau comot makan sesuatu. Tak de la nanti diorang lap di kusyen kereta kan?

3. Botol spray air dan tisu – Yang nie standby je. Kalau anak Syu buang air besar dan Syu tak jumpa tandas untuk cuci dengan air, Syu akan guna botol spray dan juga tisu untuk mencucinya. Lagi bersih!

4. Baju sepersalinan – Syu akan letak baju siang satu set dan baju malam satu set. Kita tak tahu kan baju mana yan gkita perlukan nanti. Baik la kita berjaga-jaga kan?

5. Changing Mat – Setiap kali Syu tukarkan pampers anak, tak kira la di tandas mahupun dalam kereta, Syu akan alas changing mat supaya ajis tak terkena tempat lain. Kalau kena di changing mat je takpe sebab boleh lap. changing mat kan kalis air!

6. Plastik – plastik diperlukan untuk membuang pampers kotor. Lagi-lagi kalau kita tukarkan pampers anak dalam kereta. Sekurang-kurangnya kita bolehlah letak pampers kotor di dalam plastik sampailah kita jumpa tong sampah.

7. Tuala Kecil – Tuala kecil nie ada macam-macam fungsinya. Bila dah cuci najis anak, kenalah keringkan dahulu bahagian sulit anak sebelum pakaikan pampers bersih. Ataupun, kalau kita mandikan anak, bolehlah guna tuala kecil untuk lap badan mereka. Kalau tak pum boleh guna tuala untuk lap hingus anak juga. Ikutlah kepada ibu ayah tapi tuala adalah sesuatu yang sangat penting yang kena ada dalam diaper bag!

8. Ubat-ubatan – Ubat seperti krim anti-ruam dan minyak telon Syu akan letak sekali dalam beg just in case Syu perlukannya.

9. Topi – Syu akan guna topi terutamanya kalau keluar pada waktu malam. Ini kerana anak kecil tak elok kena angin malam. Takut kepala sejuk nanti boleh selesema dan demam (kata orang tua-tua la, Syu ikut aje).

.

Ini adalah barang wajib yang mesti ada dalam diaper bag anak Syu. Tapi, sekarang ini, Zuhayr dan Syifa’ dah mula minum susu formula. Jadi, dalam diaper bag anak dah bertambah beberapa barang lagi, iaitu susu formula, botol susu, air panas dan juga air masak untuk membuat susu mereka berdua.

.

Dengan checklist barang-barang ini, takde lagi la insiden terpaksa membeli pampers dan baju on the spot 😛  Moga checklist ini membantu ibu-ibu yang lain juga!

.

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

About syuhada amir

Pengedar sah Shaklee yang komited dalam bisnes ini. Boleh COD bagi kawasan Johor Bahru, Skudai, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dan pengeposan ke seluruh Malaysia amnya. Whatssap Syu 0192198621 untuk sebarang pertanyaan/pembelian/konsultasi percuma*.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

All contents are owned by ummuzuhayr.com. Disclaimer: Segala kandungan di dalam blog ummuzuhayr.com adalah perkongsian semata-mata. Ummuzuhayr.com tidak bertanggungjawab di atas segala penyalahgunaan yang berkaitan dengan penulisan di dalamnya.